Dr. M mahu teliti senarai sblm dedah nama pemimpin yg terlibat dgn politik wang

CG Sponsors




alonso

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 1, 2008
Messages
62,520
Reaction score
426
Points
531
KUALA LUMPUR 25 Nov. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau mahu memastikan dengan tepat senarai nama pemimpin UMNO yang terlibat dengan politik wang sebelum mendedahkannya.

Kata Dr. Mahathir, beliau akan mendedahkannya kepada umum jika Lembaga Disiplin UMNO tidak mengambil sebarang tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat.

"Saya perlu memastikan dengan tepat bukti yang saya ada," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan ucaptama pada Program Bahasa Inggeris dan Asia: Persidangan Antarabangsa Pertama Bahasa dan Linguistik di sini hari ini.

Beliau berkata, Lembaga Disiplin UMNO diharap akan memberi maklum balas terhadap perkara itu kepadanya secepat mungkin.

Dr. Mahathir dalam laporan akhbar sebelum ini berkata, beliau menerima senarai nama pemimpin UMNO terutama calon pada pemilihan parti Mac 2009 yang terlibat dengan politik wang dan berhasrat mendedahkannya jika parti tidak mengambil sebarang tindakan.

Beliau juga mengakui bahawa pada zaman pentadbiran beliau sudah berlaku politik wang di kalangan ahli UMNO namun ia tidak seteruk seperti yang berlaku ketika ini.

Katanya, ia semakin jelas berlaku apabila calon-calon kini sedang berkempen bagi menghadapi pemilihan UMNO.

"Saya mengaku memang pada masa saya ada berlaku rasuah tetapi bukan dalam skala seperti sekarang," katanya.

Sementara itu diminta mengulas mengenai fatwa mengharamkan yoga, Dr. Mahathir berkata, adalah malang sekiranya ada pihak yang cuba menjadikannya sebagai isu penghinaan agama lain.

"Apabila Islam mengharamkan yoga tidak bermakna agama itu menghina agama Hindu. Mana-mana pihak pun tidak sepatutnya menjadikan ini sebagai satu isu agama," katanya.

Majlis Fatwa Kebangsaan pada Jumaat lalu mengeluarkan fatwa mengharamkan amalan yoga secara sistematik kerana dibimbangi akan menghakis akidah umat Islam jika pengamalnya meneruskan amalan itu ke peringkat lebih tinggi.

Fatwa itu menggariskan bahawa amalan senaman yoga iaitu membabitkan gerakan fizikal, bacaan mentera dan matlamat penyatuan diri dengan tuhan bertentangan dengan syariat Islam
 
Sponsored Post

apit0

Active+ Member
Joined
May 12, 2008
Messages
2,999
Reaction score
0
Points
20
huhu mcm²....mesti ramai yg tak senang duduk skrg nih...huhu
 

shahrul_hla

Active Member
Joined
Jun 17, 2008
Messages
2,221
Reaction score
1
Points
25
padan muka korang...amik ko. main ngan duit kat dunia nie semua jalan...nie lah attitude pemimpin2 pujaan hati juak2 UMNO....
 

badrush

Super Active Member
Joined
Sep 4, 2008
Messages
5,519
Reaction score
18
Points
65
ramai sangat sampai kena senaraikan...

dedah...jangan tak dedah....

dah kena dedah,nama mahathir pn naik gak...

sama2 mendedah...
 

SOUL86F

Legendary Member
Joined
Jan 22, 2008
Messages
10,969
Reaction score
115
Points
123
wakakaka dah siap ngaku tuh x kan BPR mandangg dr jauh jek kotttt.....:eek::eek:

mana pejuang2 berprinsip nih........:eek::eek::eek:
 

alonso

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 1, 2008
Messages
62,520
Reaction score
426
Points
531
da cuak da tu..hehe
 

Kehidupan

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
217
Points
123
Dr. M nak tebus kesilapan lalu kot nih...

hik3...
 

aidiryatim

Legendary Member
Joined
Dec 25, 2006
Messages
14,011
Reaction score
22
Points
120
dedah je lah.. x rugi ape pn.. at least rakyat leh tau:))
tgk ape kesan:p
 

fareast262

Active+ Member
Joined
Feb 7, 2007
Messages
4,010
Reaction score
7
Points
25
rs2 nama TUN ade skali tak...
klu takder ...mustahil tun tak amik port kot....
 

akay

Banned
Joined
Jan 30, 2008
Messages
14,865
Reaction score
17
Points
115
KUALA LUMPUR 25 Nov. -
Beliau juga mengakui bahawa pada zaman pentadbiran beliau sudah berlaku politik wang di kalangan ahli UMNO namun ia tidak seteruk seperti yang berlaku ketika ini.
....

"Saya mengaku memang pada masa saya ada berlaku rasuah tetapi bukan dalam skala seperti sekarang," katanya.


da lama ade rasuah da bru la ni je nak kecoh bila da xde jawatan n terpinggir
 
Sponsored Post
Top
Log in Register