BTC USD 57,588.1 Gold USD 1,794.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dr M dilihat perlekeh Najib lagi

kuhik

CG Top Poster Club
Messages
39,519
Paid Membership
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,312
Points
191
Dr M dilihat perlekeh Najib lagi

Abdul Aziz Mustafa
Sat | Dec 13, 08 | 6:10:43 pm MYT


KUALA LUMPUR, 13 Dis (Hrkh) - Kalau dahulu tindakan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak membentang pakej ransangan ekonomi bernilai RM7 bilion dianggap menghina Parlimen, Jumaat lalu Tun Dr Mahathir Mohamad pula meremehkan pakej tersebut.

Malaysian Insider melaporkan, bekas Perdana Menteri menolak pakej rangsangan RM7 bilion itu sambil berkata, dengan membelanjakan beberapa bilion ringgit sahaja tidak akan membawa kesan dalam menghadapi kelembapan ekonomi.

Kenyataan itu dilihat sebagai memperlekehkan kebolehan Najib untuk menghadapi krisis ekonomi.

Kepada Dr Mahathir, pakej RM7 bilion Najib itu tidak seberapa adan tidak mencukupi untuk menangani masalah-masalah yang akan dihadapi negara ini.

Sebelum ini, beliau yang menyifatkan Najib tidak cekap menyatakan ketidakyakinannya kepada kemampuan Najib menghadapi cabaran berikutan kemelesetan ekonomi global

"Saya tidak yakin (bakal Presiden Amerika Syarikat, Barack) Obama (mampu kemelesetan ekonomi global), dan bagaimana pula Najib? Kerana ini terlalu besar untuk Najib. Terlalu besar untuk Obama," kata bekas Perdana Menteri.

Bukan sekadar dalam bidang ekonomi, malah dalam bidang politik pun Dr Mahathir tidak yakin kepada Najib yang disifatkannya tidak menunjukkan sebarang kekuatan dalam bidang politik.

Najib juga, katanya, lebih bersifat seorang pengikut dari seorang pemimpin.

Beliau berkata demikian dalam temubual khas dengan Riz Khan dari stesen TV Al-Jazeera.

Pandangan tersebut adalah lanjutan dari pelbagai pandangan negatif bekas Perdana Menteri itu terhadap Najib yang dijangka akan menjadi Perdana Menteri tidak lama selepas beliau disahkan sebagai Presiden Umno Mac ini.

Sebelum ini, Dr Mahathir menyatakan beliau tidak yakin peralihan kuasa di dalam Umno akan memulihkan parti itu.

Beliau tidak yakin gejala rasuah dan politik wang dalam Umno dapat dibendung meskipun Najib Tun Razak bakal menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno.

"Apakah dengan peralihan kuasa itu dapat memulihkan parti? Saya tidak boleh yakin lagi kerana saya belum lagi nampak Najib mampu menyelesaikan masalah rasuah dan politik wang," katanya.

Dr Mahathir bukan sahaja berkali-kali menyatakan ketidakyakinannya kepada Najib, malah beliau menyifatkan bakal pewaris takhta Umno itu sebagai Timbalan Perdana Menteri yang tidak cekap kerana tidak mempunyai pendirian sendiri dan sering mengikut kata Perdana Menteri.

Bekas Presiden Umno itu berkata, gejala itu agak sukar dikawal kerana rasuah telah menjadi satu budaya di kalangan ahli-ahli Umno yang mahukan sesuatu jawatan terutamanya menjelang perhimpunan Agung Umno pada Mac depan.

Dr Mahathir juga menganggap peralihan kuasa adalah sia-sia apabila Najib menyatakan beliau mahu meneruskan polisi-polisi yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Najib menyatakan bahawa beliau akan meneruskan Islam Hadhari. Ini bukan petanda yang baik kerana ia menunjukkan peralihan yang berlaku hanya peralihan bentuk tubuh badan sahaja, bukan polisi-polisi.

"Para pengundi tidak suka polisi-polisi yang dibawa oleh Abdullah, oleh itu mereka akan terus menolak Umno. Oleh itu, peralihan itu sia-sia sahaja," The Star memetik beliau berkata.

Dr Mahathir bukan sahaja berkali-kali menyatakan ketidakyakinannya kepada Najib, malah beliau menyifatkan bakal pewaris takhta Umno itu sebagai Timbalan Perdana Menteri yang tidak cekap kerana tidak mempunyai pendirian sendiri dan sering mengikut kata Perdana Menteri.

Malaysiakini pernah melaporkan Dr Mahathir menganggap Najib "lemah dan pengecut". Dari pendedahan Dr Mahathir juga, Malaysiakini melaporkan Najib dibayangi "budak-budak Tingkat Empat (Jabatan Perdana Menteri)".

Ketika membentangkan pakej ransangan RM7 bilion itu sebelum ini, Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyifatkan Najib melakukan penghinaan besar ke atas institusi Parlimen apabila Menteri Kewangan itu tidak mematuhi prosedur Parlimen yang betul.

Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub pula kesal apabila tindakan Najib itu bukan sahaja dibiarkan malah dipertahankan sedangkan perkara itu bukan sahaja sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini malah bercanggah dengan pearuran Dewan Rakyat.

Ketika beliau sepatutnya menggulung perbahasan Bajet 2009, Najib tiba-tiba membentangkan pakej dorongan ekonomi bernilai RM7 bilion.

Tindakannya itu mencetuskan kekecohan di Dewan Rakyat apabila ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) memprotes tindakan itu yang menurut mereka bertentangan dengan perkara 66(15) peraturan Parlimen._

bonama.jpg



p/s : den tak cakap...orang tua tu yang cakap aaaa.....
 
Sponsored Post

taufanmerah

Active+ Member
Messages
3,647
Joined
Aug 14, 2008
Messages
3,647
Reaction score
2
Points
25
lar .... baru tau ka?


p/s >>> mamat yg pakai tie merah tu... ishhh tu bodek tahap gaban tuh...kekkee
 

nippon_hokage

Fun Poster
Messages
856
Joined
Jul 20, 2008
Messages
856
Reaction score
3
Points
15
ada ati nak jadi pm balik ke org tua sorang tu...


patut dah pencen tu duk umah diam2 le x yah kaco org...trade forex ke apa ke...


p/s : time dia printah dlu sesapa brani bantah siap le....apa ra che det ni.....dia mudah lupa ni ada pepatah jepun kata....kelahiran generasi baru adalah untuk melepasi kemampuan generasi skg....
 

mamasit

Fun Poster
Messages
813
Joined
Mar 14, 2008
Messages
813
Reaction score
0
Points
10
Bila dia jadi Pm nanti, kita lihatlah bagaimana dia mentadbir negara, kasi la dia chance.
 

kuhik

CG Top Poster Club
Messages
39,519
Paid Membership
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,312
Points
191
Bila dia jadi Pm nanti, kita lihatlah bagaimana dia mentadbir negara, kasi la dia chance.

lebih baik kasi Pakatan Rakyat chance untuk memerintah daripada kasi Najib yang penuh dengan skandal..
 

traderfox

Super Active Member
Messages
7,769
Joined
Apr 25, 2008
Messages
7,769
Reaction score
243
Points
83
lebih baik kasi Pakatan Rakyat chance untuk memerintah daripada kasi Najib yang penuh dengan skandal..

Ape x kasi pulak....kelantan, kedah, penang, selangor, perak... kasi try handle yg kecek2 dlu kalu pass baru pi yg besaq sikit... pe macam bro? :D
 

kuhik

CG Top Poster Club
Messages
39,519
Paid Membership
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,312
Points
191
Ape x kasi pulak....kelantan, kedah, penang, selangor, perak... kasi try handle yg kecek2 dlu kalu pass baru pi yg besaq sikit... pe macam bro? :D

yup, that's right. tapi apa yang penting UMNO sendiri pun telah gagal memerintah yang besar, apatah lagi perintah yang kecil. PAS di Kelantan sudah pun dibuktikan berjaya dalam tempoh 18 tahun. 4 negeri lain masih lagi di peringkat awal. kalau merujuk kepada model kerajaan PAS di Kelantan, maka Pakatan sudah layak untuk memerintah Malaysia nie...

sekadar pendapat kedai kopi je...
 

syah99

Super Active Member
Messages
6,069
Joined
Sep 22, 2006
Messages
6,069
Reaction score
63
Points
70
dulu dlm umno ada 3 je yg dilihat punya peluang yg baik utk jd PM malaysia,
Mahathir, Kuli & anwar.
Mahathir dah expired, dia pun tak bape betul, pilih pengganti pun yg tak betul.
Kuli, mmg dicipta utk jd loser kot, org umno pun tolak.
tinggallah Anwar yg nampaknya punya peluang cerah jd calon PM pertama bukan umno.

paklah, Najib, Ali Rustam, Muhyiden, Md Taib ni mmg tak layak & tak berkemampuan pun.
jika terusan memilih salah sorg ni jd PM, mmg Malaysia ni takkan kemana,
kita umpama berada dizaman gelap, kita akan mundur kebelakang.
Indonesia, Burma, Vietnam akan jauh kedepan memintas & meninggalkan kita.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register