Dr Asri pertikai Dr Haron Din isu 'Allah'

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
enyataan tokoh ulama PAS Datuk Dr Haron Din - yang mengaitkan sokongan kepada keputusan mahkamah kes kalimah 'Allah' boleh membawa kepada kekufuran - dipertikaikan.

Membidas pengamal perubatan Islam itu, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, Dr Haron patut memberikan pandangan yang rasional dan tidak menafsirkan dengan salah pendapat orang lain.

"Saya hendak tanya Dr Haron, kalau kita dengar orang bukan Islam berkata, 'Allah menciptakan alam', adakah kita hendak ambil tindakan pada mereka?

"Adakah kita hendak suruh mereka kata tuhan lain yang menciptakan alam?" kata bekas mufti Perlis.

Sementara ahli majlis syura PAS, Ahmad Awang pula berpendapat isu akhidah dan keputusan mahkamah merupakan dua hal yang berbeza sama sekali.

"Kefahaman bahawa kalimah Allah itu eksklusif untuk orang Islam sahaja, saya percaya (kefahaman) itu lagi sesat.

“Sedangkan Allah itu tuhan semesta alam, tuhan kepada semua manusia,” katanya, sewaktu diminta mengulas pandangan timbalan mursyidul am PAS.

Dr Haron hari ini dilaporkan berkata umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur – membenarkan mingguan Katholik Herald The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya – boleh membawa kepada kekufuran.

Beliau dipetik berkata, menurut kaedah ilmu akidah, bersetuju dengan penggunaan nama Allah oleh Kristian membawa maksud menyekutukan Allah kerana agama itu mempercayai konsep tritunggal (trinity).

Usaha mendapatkan penjelasan lanjut Dr Haron setakat ini belum berhasil.

ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Dr Mohd Asri berkata kenyataan Dr Haron itu bertentangan dengan kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri berhubung perkara yang sama.

"Hendak mengkafirkan orang bukan senang. Parti beliau sendiri kata golongan bukan Islam boleh menggunakan perkataan Allah.

"Keizinan menggunakan nama Allah juga telah digunakan sejak zaman nabi. Dalam perjanjian dengan Quraish (perjanjian Hudaibiah), nabi tulis nama Allah," katanya.

Abdul Hadi dalam kenyataannya semalam berkata, berdasarkan kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya dibenarkan kepada penganut agama Kristian dan Yahudi.

Bagaimanapun, Abdul Hadi juga berkata, penggunaannya secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ia tidak menjadi isu yang menjejaskan keharmonian kaum dan agama.

Dr Mohd Asri sekali lagi menekankan keperluan mewujudkan satu panduan atau undang-undang berhubung penggunaan kalimah tersebut bagi mengelakkan berlakunya sebarang provokasi.

Sementara Ahmad pula menyifatkan keputusan mahkamah 31 Disember lalu mempunyai hikmah supaya umat Islam memantapkan lagi kepercayaan dan kefahaman tauhid masing-masing.

Selain itu, bekas pesuruhjaya PAS Perak itu berkata, bagi mengelakkan penggunaan kalimat tersebut secara salah, beliau mencadangkan pendekatan undang-undang dan dialog antara agama.
 
Sponsored Post

mygol

Super Active Member
Joined
Apr 10, 2008
Messages
5,761
Reaction score
71
Points
70
Herald puak Kristian punya pasal......:mad::mad:
kita yg bertelagah....:(:(:(
 

fordLASER

Legendary Member
Joined
Mar 22, 2007
Messages
10,806
Reaction score
54
Points
120
umat islam akan terus diuji .... pendirian dibuat berdasarkan kepentingan...
 

Abg_Aridz

Banned
Joined
Nov 18, 2009
Messages
217
Reaction score
6
Points
15
Masalahnya , Allah yang dimaksudkan bukan sama dengan Allah yang dimaksudkan dalam Islam.. Kalimah Allah boleh digunakan untuk menyesatkan orang Islam. Patutlah kena serbu dengan JAIS, pandangan sebegini pulak yang dibawanya... Dangkal sungguh!
 

abu.muaz

Fun Poster
Joined
Dec 5, 2008
Messages
417
Reaction score
0
Points
10
inilah strategi puak kristian nak pecah ummah islam...
org islam kena bersatu...baru depa takut...
 

imlucky

Junior Member
Joined
Aug 28, 2007
Messages
87
Reaction score
0
Points
6
sebenarnya matlamat diorang kristian tu dah pun tercapai...
kita sesama Islama dah bertelagah
bukannya nk bersatu hati
 

gengjawa

CG Top Poster Club, XM Official, Introducing Broke
Platinum Member
Joined
Dec 22, 2006
Messages
33,087
Reaction score
200
Points
123
nape la ustaz asri nie memburukkan lagi keadaan
 

WangEmas

Active+ Member
Joined
Aug 28, 2009
Messages
3,519
Reaction score
55
Points
30
Masing2 ulama' mempunyai pandangan yg betul. Cuma kita di pihak org awam perlu berhemah dalam menerima setiap pandangan tersebut.

Umat Islam wajib beriman bahawa Allah SWT merupakan tuhan yg satu. Pada masa yg sama, umat Islam tidak patut menyokong, menggalakkan org2 kafir menggunakan kalimah Allah di dalam sebarang penulisan mereka, termasuk menjadikan bahan penulisan org2 kristian sebagai bahan rujukan melainkan utk kajian.
 

LIpas_penIn

Fun Poster
Joined
Nov 26, 2006
Messages
312
Reaction score
12
Points
15
Masing2 ulama' mempunyai pandangan yg betul. Cuma kita di pihak org awam perlu berhemah dalam menerima setiap pandangan tersebut.

Umat Islam wajib beriman bahawa Allah SWT merupakan tuhan yg satu. Pada masa yg sama, umat Islam tidak patut menyokong, menggalakkan org2 kafir menggunakan kalimah Allah di dalam sebarang penulisan mereka, termasuk menjadikan bahan penulisan org2 kristian sebagai bahan rujukan melainkan utk kajian.
Ulasan yang bernas. tq bro
 
Sponsored Post
Top
Log in Register