BTC USD 59,136.7 Gold USD 1,802.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dr Asri: Ketuanan Melayu sanggah Islam

murabbiy

Banned
Joined
Sep 16, 2010
Messages
592
Reaction score
8
Points
15
4 Dis, 10 10:08am
Istilah ketuanan Melayu adalah berbeza dengan hak keistimewaan Melayu kerana bukan semua yang dapat keistimewaan itu lebih mulia atau tinggi dari orang lain, kata mantan mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Mungkin seseorang diberikan keistimewaan disebabkan faktor kekurangannya ataupun kelebihannya. Maka, perkataan 'keistimewaan' tidak boleh disamakan dengan ketuanan, katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Menurut Mohd Asri, jika seseorang menganggap dirinya lebih mulia disebabkan faktor keturunan atau bangsanya semata-mata, atau orang lain lebih rendah dari dirinya kerana tidak berbangsa sepertinya, maka itu adalah iktikad yang salah dan menyanggahi ajaran Islam.

Bangsa terpilih

Jika itu berlaku, ia boleh menyamai dakwaan Yahudi bahawa mereka 'bangsa terpilih' (chosen race). Kebanggaan yang seperti ini ditolak oleh Islam, katanya.

Mohd Asri berkata istilah ketuanan Melayu adalah istilah yang kabur yang tidak mempunyai pentakrifan khusus.

Katanya, jika merujuk kepada perkataan 'ketuanan Melayu', ia adalah dari akar perkataan 'tuan' kepada ketuanan dan digabungkan dengan 'Melayu'. Ini, katanya membawa bermaksud orang Melayu berada dalam status 'tuan' atau dalam bahasa Arab disebut siyadah (supremacy).

Jika merujuk kepada bahasa bererti orang Melayu sentiasa berada di atas, lebih tinggi dan mulia kedudukannya dibandingkan dengan orang bukan Melayu. Jika hendak ditakrifkan maka bererti kedudukan orang Melayu sebagai bangsa yang lebih tinggi dan mulia, katanya.

Justeru, menurut beliau adalah pelik untuk mana-mana pihak cuba mempertahankan ungkapan yang kabur dan tidak tentu maksudnya ini.

Dipandang mulia

Sesuatu bangsa jika mahu dipandang mulia, hendaklah membuktikan kemuliaan itu dalam realiti kehidupan mereka. Melayu, atau selain Melayu boleh menjadi mulia dengan usaha ke arah kemuliaan, bukan sekadar bergantung kepada keturunan atau atas nama bangsa semata.

Memetik Surah al-Hujurat: 13, Mohd Asri berkata ayat itu menjelaskan bahawa kemuliaan insan adalah disebabkan nilai keperibadiannya; iaitu iman dan akhlak yang mulia yang diistilahkan sebagai taqwa.

Katanya, prinsip Islam dalam menilai manusia, bukan berdasarkan warna kulit dan keturunan, tetapi berasaskan nilai kebaikan yang ada pada seseorang insan.

Beliau memetik hadis Nabi Muhammad SAW: Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas 'ajam (yang bukan arab), atau 'ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai Hasan oleh al-Albani).

Katanya lagi, hujah bahawa ketuanan Melayu adalah tidak relevan berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW: Sekalipun jika memerintah kamu seorang hamba habsyi, jika dia memimpin kamu dengan Kitab Allah, maka dengar dan taatlah (Riwayat Muslim).

Isu ketuanan Melayu menjadi hanta apabila Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada kongres parti itu minggu lalu mencadangkan konsep itu diketepikan jika bangsa Melayu ingin ke depan.

Kenyataannya itu menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpik kerajaan BN dan juga pertubuhan bukan kerajaan Melayu, khususnya PERKASA yang melabelkan Wan Azizah sebagai 'pelacur politik'.

http://m.malaysiakini.com/news/149959
 
Sponsored Post

yinbyungheon

CG Top Poster Club
Joined
Jul 12, 2006
Messages
36,821
Reaction score
856
Points
161
kalo yahudi betul la gak guna istila ketuanan yahudi...sebab yahudi jaga yahudi terajang palastine...

yg melayu ni ketuanan apa nye...kelantan ramai melayu pon x nak bagi wit royalti....peminjam ptptn yg ramai melayu pon x nak bagi biasiswa...kain pelikat dan songkok je yg betul2 melayu...amco x kisah bagi free walaupon pada bukan melayu...mamak pon dah mengaku melayu...kahkahkah
 

carkeyspin

Fun Poster
Joined
Jul 16, 2010
Messages
773
Reaction score
0
Points
10
duk rujuk sangat ngn yahudi abis porak pranda jdnyer...
islam itu adalah cara hidup....
duk xmo pake lg....jadah pa BN ni...
rosak2.........
 

kuhik

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,312
Points
191
apakah juak UMNO akan ikut kata Ulamak?
atau ikut kata Presiden diorang? :))
 

hafizan78

Legendary Member
Paid Membership
Joined
Apr 2, 2009
Messages
12,818
Reaction score
155
Points
123
Ketuanan Islam.. Kita adalah hamba pada yg Esa....
 

alkbar

Active+ Member
Joined
Oct 1, 2008
Messages
3,723
Reaction score
65
Points
30
buatlah ayat ketuanan BN kan senang...nampak sngt nak undi melayu sampai mengenepikan hadis oleh Nabi Muhammad.ramai yg tersesat dan terlupa..ego dlm diri punca segalanya bagi peringkat bawahan..bagi peringkat atasan hanyalah mahukan undi daripada kaum yg majoriti.
 

warheadfx

Active Member
Joined
Jun 6, 2008
Messages
2,274
Reaction score
278
Points
41
samada ketuanan melayu atau tidak, keistimewaan melayu tetap dan mesti dijaga supaya tida diserahkan kepada bangsa lain ...
 

anoone

Legendary Member
Joined
Mar 26, 2008
Messages
12,410
Reaction score
60
Points
120
keistimewaan lain...ketuanan lain..dua isu berbeza..pahamkan dulu...:D
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register