BTC USD 67,037.3 Gold USD 2,331.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dr Amalina selamat lahirkan bayi perempuan, siap dedah wajah anak

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
51,130
Joined
Jun 17, 2007
Messages
51,130
Reaction score
6,249
Points
881
Awards
1



Dr Amalina selamat lahirkan bayi perempuan, siap dedah wajah anak. BERSALIN seminggu yang lalu, pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr Amalina Che Bakri kini bergelar ibu kepada seorang cahaya mata perempuan.

Dr Amalina, 35 yang sedang berkhidmat dan menyambung pelajaran di United Kingdom (UK) berkongsi telah bersalin seminggu yang lalu.

Menerusi hantaran di laman sosial Instagram, Dr Amalina memuat naik foto beliau dan puteri sulungnya.

“KAMI INGIN MEMPERKENALKAN ANAK PEREMPUAN KAMI, ARABELLA MIA YANG DILAHIRKAN DI HOSPITAL ST. THOMAS SEMINGGU LALU.

“KAMI MENGHARGAI SETIAP SAAT DENGANNYA DAN TERUJA UNTUK MELALUI MASA AKAN DATANG BERSAMA, ALHAMDULILLAH,” TITIPNYA.


Dr Amalina selamat lahirkan bayi perempuan, siap dedah wajah anak

Warga maya rata-rata teruja dengan perkembangan terbaru Dr Amalina dan menitipkan ucapan tahniah atas kelahiran cahaya mata sulungnya. Bahkan ada yang menegur penampilan Dr Amalina yang nampak bertenaga.

-“Tahniah Dr Amalina dan Alex atas kelahiran Arabella Mia.”

-“Assalamualaikum Arabella Mia.”

-“Tahniah doktor, gembira untuk Dr dan keluarga.”

-“Comelnya, doktor nampak gorgeous tidak macam baru bersalin.”

-“Alhamdullilah. Semoga membesar menjadi anak yang solehah berjasa pada ibu dan ayah.”

Dr Amalina mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Alexander Charles pada 31 Mac 2021 di London.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register