BTC USD 51,813.7 Gold USD 1,783.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Dos Ketiga Diberi Selepas Lebih 80 Peratus Dewasa Divaksin

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,289
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,289
Reaction score
15,432
Points
1,906
#KualaLumpur "Lebih baik kita fokus dos penggalak kepada penerima vaksin untuk perlindungan maksimum," kata Dr Hanafiah Bashirun.
https://www.hmetro.com.my/.../pemberian-vaksin-penggalak...

Pemberian vaksin penggalak lebih penting ketika ini - Pakar​

1634980393909.png


Kuala Lumpur: "Saya tak rasa mana-mana negara dalam dunia ini akan capai 100 peratus golongan dewasa divaksin.

"Lebih baik kita fokus dos penggalak kepada penerima vaksin untuk perlindungan maksimum," kata Pakar Kesihatan Pekerjaan, Kecemasan dan Kesihatan Am, Dr Hanafiah Bashirun.

Beliau berkata, secara logik di mana-mana tempat dalam dunia akan ada penolakan terhadap vaksin Covid-19 atau pun golongan antivaksin.



Sehubungan itu, katanya, usahlah bersusah payah waktu ini hendak usahakan 100 peratus golongan dewasa divaksin.

"Tambahan pula, sebenarnya kita sudah mencapai sasaran asal untuk imuniti kelompok apabila lebih 80 peratus populasi dewasa lengkap menerima vaksin.

"Pada masa ini lebih baik negara memfokuskan kepada dos penggalak, sebabnya kita kena faham bahawa Pfizer dan AstraZeneca yang membuat kajian menunjukkan bahawa antibodi penerima vaksin keluaran mereka akan jadi rendah selepas enam bulan sahaja penerimaan vaksin. Jadi vaksin penggalak diperlukan.

"Jadi lebih baik, kita fokus sasaran sekarang bukannya nak capai 100 peratus golongan dewasa divaksin tetapi lebih baik menggalakkan golongan sudah divaksin yang kini mencapai 94 peratus, diberikan dos penggalak," katanya.

Beliau berkata, ini untuk memastikan lebih ramai individu dewasa di Malaysia yang sudah melepasi enam bulan vaksin lengkap diberikan sebelum ini, dapat menerima suntikan vaksin penggalak seterusnya memberikan perlindungan lebih maksimum.

Katanya, itu adalah fokus kepada benda yang lebih penting serta realistik lebih-lebih lagi tiada negara dalam dunia setakat ini yang dapat 100 peratus.

"Untuk dapat lebih 90 peratus (penduduk dewasa divaksin) pun saya rasa Malaysia negara pertama capai tahap sedemikian.

"Tak silap saya, negara maju pun tak capai lagi lebih 90 peratus. Jika ini adalah peperiksaan, cikgu sudah beri kita markah A+," katanya.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bermula secara rasmi pada 24 Februari lalu dan Perdana Menteri kelapan Tan Sri Muhyiddin Yasin waktu itu menerima suntikan vaksin Covid-19, Pfizer-BioNTech, sekali gus menjadi rakyat pertama negara ini yang berbuat demikian.
Disiarkan pada: Oktober 23, 2021 @ 4:34pm

 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
324,685
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
324,685
Reaction score
16,562
Points
2,376

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
324,685
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
324,685
Reaction score
16,562
Points
2,376

tokey99

Super Active Member
Messages
7,001
Joined
Jan 22, 2009
Messages
7,001
Reaction score
1,125
Points
151
Ramai plak anti 3rd dos
Nak mati syahid akhirat le tewww

Ambil la lg satu utk kebaikan kita bersama
Kes pun da semakin naik
Antibody bdn pula semakin turun

Bersama kita cucuk 💪
kali ni memang sampai ke marikh la tuan dot com..huhu
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
324,685
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
324,685
Reaction score
16,562
Points
2,376
COVID-19 | Vaksin Campuran Untuk Dos Penggalak Selamat

Kaedah pemberian vaksin campuran disahkan selamat dan berkesan.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan, dos penggalak adalah bagi mereka yang mengalami tindak balas imun menurun selepas beberapa bulan mengambil dos kedua vaksin.

Melalui dua dos lengkap dan satu dos penggalak, tempoh perlindungan dapat dipertingkatkan ke tahap optimum.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

siamanggagapp

Active+ Member
Messages
3,845
Joined
Jul 20, 2013
Messages
3,845
Reaction score
441
Points
41
COVID-19 | Vaksin Campuran Untuk Dos Penggalak Selamat

Kaedah pemberian vaksin campuran disahkan selamat dan berkesan.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan, dos penggalak adalah bagi mereka yang mengalami tindak balas imun menurun selepas beberapa bulan mengambil dos kedua vaksin.

Melalui dua dos lengkap dan satu dos penggalak, tempoh perlindungan dapat dipertingkatkan ke tahap optimum.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

Haah selamat dh 2thn depa test campo2 vax ni dgn byk test subjek. Jgn riso. Serupa kita mkn nasik campo lauk kari, campo sambal tempoyak, campo bendi. The end confirm kenyang.
 

akudotcom

CG Top Poster Club
Messages
20,399
Joined
Jun 17, 2007
Messages
20,399
Reaction score
2,966
Points
201
Kita akan susah kan golongan anti dos penggalak selepas ini
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,289
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,289
Reaction score
15,432
Points
1,906

Mohd Zaki Abdul Rahim



Ramai jgk yg bertanya tentang Dose Penggalak yg abg ambik pg tadi.. abg nak jwb lebih2 kang takut salah pulak jawapan abg.. maklum la abg ni cuma Drebar je kat Klinik Gigi..

Nah.. abg tepek gambar yg abg cedok dari page KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA..
Korang baca dan fahamkan sendiri.. klau tak faham, jgn suruh abg lukis pulak.. abg tak pandai melukis..

1635030669206.png

1635030676423.png

1635030683836.png

1635030690584.png

1635030697271.png



 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,289
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,289
Reaction score
15,432
Points
1,906

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA



Dos penggalak atau booster dose dan dos tambahan adalah berbeza tetapi dari kategori yang sama iaitu dos ketiga.

Pemberian dos penggalak telah bermula 13 Oktober lalu menggunakan vaksin Corminaty keluaran Pfizer.

Setakat 19 Oktober lalu, seramai 47,729 orang telah menerima dos penggalak yang terdiri daripada petugas barisan hadapan (kesihatan dan keselamatan), warga emas dan golongan komorbid.

Kesemua mereka ini telah lengkap dos vaksin Pfizer sekurang-kurang 6 bulan lalu.

Bermula 22 Oktober baru-baru ini, pemberian dos penggalak diperluaskan kepada warga emas yang telah lengkap 2 dos vaksin Sinovac sekurang-kurangnya 3 bulan lalu.

Penggunaan vaksin campuran atau heterologous vaccination ini telah pun diguna di beberapa negara lain.

Sebelum kaedah vaksin campuran ini dimulakan, KKM telah menubuhkan jawatankuasa kecil di bawah Jawantakuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) untuk membuat penilaian.

Untuk dos penggalak, semua pengeluar vaksin perlu menghantar permohonan baharu kepada NPRA untuk penilaian terutama aspek keselamatan dan keberkesanan.

Permohonan baharu ini kerana NPRA hanya memberi kelulusan bersyarat kepada dua dos vaksin keluaran Pfizer, Sinovac, AstraZeneca, SinoPharm manakala 1 dos vaksin Can Sino.

Setakat ini, NPRA hanya memberi kelulusan bersyarat untuk dos penggalak kepada vaksin Pfizer.

Seperti ditegaskan Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin pemberian dos penggalak ini tidak bermaksud dua dos yang telah diterima tidak berkesan.

Dos penggalak adalah bagi mereka di mana dua dos lengkap sudah mencukupi, tetapi dalam tempoh tertentu, tindak balas imun mula menurun.

Dos penggalak ini bagi memastikan penerima vaksin mendapat tempoh perlindungan paling optimum.




1635031358476.png



 
Sponsored Post
Top
Log in Register