BTC USD 61,543.6 Gold USD 1,767.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Dos Ketiga Diberi Selepas Lebih 80 Peratus Dewasa Divaksin

Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
159,511
Reaction score
21,762
Points
1,671
Sudah sedia ke

IMG_20210928_011012_247.jpg
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
19,048
Reaction score
2,864
Points
201
'Segerakan pemberian dos ketiga vaksin COVID-19'
.
Tan Sri Lee Lam Thye.
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat menggesa kerajaan mempercepatkan pemberian suntikan dos ketiga vaksin COVID-19 atau dos penggalak bagi memastikan masyarakat tetap dilindungi di sebalik kemunculan varian baharu virus berkenaan.

Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata kemunculan varian baharu mungkin melemahkan vaksin yang sudah diterima khususnya oleh warga emas dan mereka yang mempunyai komorbiditi.

Justeru katanya, keputusan untuk memberikan dos ketiga sebagai penggalak kepada kekebalan imun sistem golongan berisiko adalah sangat penting.


"Perincian itu haruslah dibuat dengan pantas bagi memastikan masyarakat tetap dilindungi daripada pandemik ini.

"Semakin cepat perincian untuk pemberian dos ketiga diputuskan dan diedarkan akan membawa kesan yang lebih baik.

"Mungkin pada masa ini, kerajaan perlu memberi keutamaan dalam kajian penyelidikan perubatan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) bagi membolehkan negara kita menyediakan sendiri vaksin supaya penyediaannya dapat dipercepatkan berbanding sekarang," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sewaktu menjawab soalan di Dewan Rakyat semalam menyatakan kerajaan masih menunggu tarikh pemberian dos ketiga vaksin dengan Sarawak mungkin menjadi negeri pertama menerimanya berikutan peningkatan ketara kes di negeri itu.

Sementara itu, Lam Thye memuji usaha pihak berkuasa yang berusaha keras memastikan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) mencapai tahap kejayaan yang memuaskan.

Menurut laporan terbaru, 80 peratus populasi dewasa telah divaksinasi sepenuhnya dan 93.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Secara keseluruhan, hampir 41 juta dos telah diberikan kepada penduduk negara ini.

"Tetapi kita perlu meneruskan program imunisasi sehingga kita sampai tahap betul betul selamat. Kita baru diberitahu Menteri Kesihatan bahawa konsep imuniti kelompok tidak diapliklasikan lagi.

"Mengikut standard piawaian global, kita mungkin bermula agak lewat berbanding negara lain tetapi konsistensi dan kegigihan yang ditunjukkan menjadikan Malaysia mengatasi banyak negara lain yang masih berusaha untuk mendapatkan imuniti kelompok," katanya.

Mengulas lanjut, Lam Thye menasihatkan masyarakat supaya tetap berwaspada walaupun negara sudah hampir mencapai imuniti kelompok.

Katanya, setelah dibenar merentas daerah dan diberi sedikit kelonggaran lain, orang ramai didapati berkumpul secara besar-besaran di kawasan air terjun, pantai dan banyak lagi tempat rekreasi tanpa penjarakan fizikal yang mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

"Kita harus ingat walaupun kelonggaran-kelonggaran ini diberikan kita tetap wajib mematuhi SOP yang ditetapkan pihak berkuasa khasnya yang membabitkan orang ramai iaitu memakai pelitup muka, mematuhi jarak penjarakan sosial dan kerap mencuci tangan.

"Majikan dan pemilik kedai makan pula harus sentiasa peka memastikan pelanggan dan pekerja mereka bukan sahaja sudah melengkapkan dua dos vaksin tetapi turut mematuhi garis panduan SOP kedai makan yang ditetapkan," katanya.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
91,868
Reaction score
14,977
Points
1,906
PARLIMEN l Kerajaan disyor untuk meneruskan dengan heterologous vaccination atau penggunaan vaksin yang berbeza daripada vaksin asal yang diterima oleh seseorang individu.

1633327398884.png


Dos penggalak: Ada syor k’jaan guna vaksin berbeza dos asal

Diterbitkan: Oct 4, 2021 1:31 PM

PARLIMEN l Kerajaan disyor untuk meneruskan dengan heterologous vaccination atau penggunaan vaksin yang berbeza daripada vaksin asal yang diterima oleh seseorang individu, menerusi pemberian dos penggalak bermula bulan ini.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata syor itu dikemukakan Jawatankuasa Kecil Teknikal yang dipengerusikan Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal, Institut kesihatan Negara (NIH) Dr Kalaiarasu M Peariasamy kepada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) pada mesyuarat minggu lepas.

“Kajian berkenaan keselamatan ini telah pun dilaksanakan dan disyorkan untuk kita teruskan dengan program vaksin heterologus kita,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Azizah Mohd Dun (Bersatu-Beaufort) di Dewan Rakyat hari ini berhubung perkara itu.



7b70272d6bad311b05b30567f7fd07d5.jpg







Sebelum ini kerajaan mempertimbangkan kaedah campuran dua vaksin berkenaan sebagai sebahagian pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bagi meningkatkan antibodi peneutralan serta keberkesanan vaksin berikutan banyak negara sudah berbuat demikian.

Sarawak memulakan pemberian dos penggalak vaksin Covid-19 bulan ini, sekali gus menjadi negeri pertama yang memulakan inisiatif itu dengan fokus kepada golongan berisiko tinggi berusia 60 tahun ke atas, serta mereka yang mempunyai komorbid serius.

Menjawab soalan tambahan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan-Semporna) berhubung situasi Covid-19 di Sarawak, Khairy berkata pihaknya amat prihatin terhadap situasi semasa di negeri itu dengan kes harian yang masih tinggi walaupun sebahagian besarnya kategori satu hingga tiga.



b099f67ce57f558c830403bb6d1c42fb.jpg



Beliau berkata terdapat beberapa faktor yang mungkin menyebabkan perkara itu antaranya pembukaan awal sektor ekonomi daripada negeri lain dan kesan vaksinasi yang mungkin sudah mula menurun dan perlu dos penggalak untuk golongan tertentu.

“Kami juga melihat trend jangkitan masih ada banyak kluster di Sarawak melibatkan rumah panjang, dan aspek lain seperti varian, jenis vaksin dan sebagainya, dan kita akan buat pendekatan yang sepatutnya untuk pastikan kadar jangkitan di Sarawak dapat diturunkan,” katanya.

Beliau berkata KKM juga menghantar National Rapid Response Task Force di bawah Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Chong Chee Kheong yang ketika ini berada di Sarawak.

Jelasnya separuh daripada task force itu berada di Kuching dan separuh lagi di Sibu bagi melihat bagaimana kapasiti hospital terutamanya katil Unit Rawatan Rapi (ICU) dapat ditingkatkan bagi menampung pesakit kategori empat dan lima.

“Dalam keadaan kes meningkat, adalah sangat penting untuk sistem kesihatan awam menyediakan katil-katil kritikal iaitu katil ICU, ini adalah satu langkah awal untuk negeri-negeri lain mungkin kalau ada gelombang dan varian seterusnya kita dapat respons dengan baik,” katanya.

- Bernama

 

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
159,511
Reaction score
21,762
Points
1,671
Dos 3 boleh campur ye. Ingatkan booster another type yg order lain.

Bunyik mcm nak habiskan stok je
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
91,868
Reaction score
14,977
Points
1,906

Dos penggalak tidak diwajibkan​


1633632503626.png


KHAIRY Jamaluddin ketika sidang media selepas lawatan kerja ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). FOTO Mohamad Shahril Badri Saali

Kuala Lumpur: Pengambilan dos penggalak yang akan ditawarkan kepada golongan tertentu selepas enam bulan pengambilan dos kedua tidak akan diwajibkan.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, dos penggalak hanya akan ditawarkan kepada golongan tertentu seperti warga emas, komorbiditi dan petugas kesihatan.

"Pengambilan dos penggalak selepas enam bulan menerima dos kedua kepada golongan berkenaan tidak akan diwajibkan.
"Kita tidak akan paksa mereka ambil dos penggalak dan status vaksinasi mereka yang sudah lengkap ambil dua dos juga tidak akan terkesan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media semasa mengadakan lawatan rasmi di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan Pengarah HKL, Dr Rohana Johan.

Dalam perkembangan berasingan, beliau berkata, pihaknya optimis yakin semua negeri kecuali Sabah dapat mencapai kadar vaksinasi 80 peratus bagi individu dewasa.

"Semua negeri diunjurkan mencapai 80 peratus kadar vaksinasi bagi individu dewasa menjelang Oktober ini.

"Namun, hanya satu negeri yang sukar untuk mencapai 80 peratus iaitu Sabah berdasarkan jumlah individu dewasa yang semakin berkurangan hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV)," katanya.

Katanya, beliau sudah meminta Pengarah Kesihatan Sabah untuk mempertingkatkan program capaian (outreach) dan kempen.

"Sudah tidak ramai individu dewasa tidak datang ke PPV. Kita kena usahakan sumber yang ada pada kita untuk menggerakkan 'outreach' bagi memastikan Sabah mencapai nilai ambang 80 peratus.

"Bagi negeri lain yang masih belum merekodkan kadar 80 peratus kadar vaksinasi individu dewasa seperti Kelantan, Kedah dan Perak, kami yakin dapat mencapai kadar berkenaan pada Oktober ini," katanya.

Disiarkan pada: Oktober 7, 2021 @ 6:23pm


 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register