BTC USD 61,562.6 Gold USD 1,767.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Dos Ketiga Diberi Selepas Lebih 80 Peratus Dewasa Divaksin

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
19,048
Reaction score
2,864
Points
201
Sama aje dos nya
Tadak beza pung

Nama saja beza
Dulu panggil booster shot
Besok lusa regular shot plak
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
91,868
Reaction score
14,977
Points
1,906

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

22m ·

Pemberian dos ketiga dan dos penggalak (booster shot)

Keutamaan pemberian dos ketiga ini akan tertumpu kepada kumpulan yang berisiko tinggi terlebih dahulu seperti anggota barisan hadapan kesihatan, pesakit kurang daya tahan imun (immunocompromised), warga tua dengan komorbiditi dan individu yang tinggal atau bekerja di pusat jagaan jangka panjang (long-term care facilities).

Dos ketiga ini dapat meningkatkan tahap imuniti dalam kalangan individu berisiko tinggi terhadap jangkitan COVID-19, di mana dos kedua tidak mencukupi untuk meningkatkan tindak balas imuniti terhadap jangkitan COVID-19.

Untuk itu, panel pakar perubatan dan kesihatan sedang membangunkan garis panduan pelaksanaan pemberian dos ketiga ini dan akan dibentangkan di dalam mesyuarat JKJAV yang akan datang.

Sementara itu dos penggalak pula atau booster shot diberikan kepada semua individu untuk meningkatkan tahap imuniti yang mungkin menurun dalam tempoh tertentu selepas dos kedua.

YB Khairy Jamaluddin
Menteri Kesihatan
Sidang media khas 24 Sept 2021

1632495106065.png
 

lau_kau

Legendary Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
15,541
Reaction score
2,504
Points
201
si rashid ni silap
org yg complete dua dos pun klu boleh taknak dos ketiga

even org yg ambik dua dos pun bimbang kot kerajaan putuskan semua org ambik dos ketiga nanti
Si Rashid nie org kesihatan jgk, xsalah ma
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
91,868
Reaction score
14,977
Points
1,906

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

11m ·

Malaysia sedia tangguh penghantaran jika stok vaksin cukup, beri peluang negara yang lebih memerlukan

YB Khairy Jamaluddin Menteri Kesihatan berkata adalah tidak adil jika Malaysia ingin mengambil langkah memberikan suntikan penggalak (booster) vaksin COVID-19 untuk rakyat negara ini ketika ada negara yang masih belum mendapatkan bekalan vaksin untuk rakyatnya.

"Program suntikan penggalak (booster) di negara ini adalah hanya tertumpu pada golongan yang disasarkan sahaja iaitu mereka yang sistem imuniti badan mereka tidak dapat memberikan respon yang mencukupi dari suntikan 2 dos ke atas kesan jangkitan COVID-1.

"Saya melihat program suntikan dos penggalak bersasar Malaysia memadai buat masa ini," katanya.

Selain itu, YB Khairy menyatakan bahawa di Malaysia memastikan tidak berlaku pembaziran dalam penggunaan vaksin di Malaysia dan semua stok simpanan yang ada digunakan sebelum tarikh luput vaksin berkenaan.

"Ia amat berbeza dengan di beberapa negara maju seperti yang kita dengar dalam laporan berita di mana berlakunya pembaziran vaksin apabila ia tidak digunakan sehingga melepasi tempoh luput dos vaksin berkenaan.

"Semua vaksin yang ada di Malaysia digunakan, kita tidak mendapatkan lebih stok vaksin daripada apa yang kita perlukan," katanya
Menurut beliau, dalam keadaan tertentu jika Malaysia tidak memerlukan bekalan vaksin dihantar, kita membuat keputusan untuk menangguhkan penghantaran supaya syarikat pengeluar vaksin yang memeterai kontrak dengan Malaysia boleh menghantar bekalan vaksin ke negara lain yang lebih memerlukan.

Beliau berkata demikian menjawab soalan wartawan dalam sidang media khas yang diadakan hari ini di Putrajaya.

Gambar hiasan

1632498716627.png

1632498699510.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
91,868
Reaction score
14,977
Points
1,906
#BHnasional Keputusan Malaysia beri dos ketiga kepada kumpulan risiko tinggi tak bercanggah saranan WHO
https://bit.ly/3o4YBLq

Dos ketiga bukan untuk semua rakyat​


September 24, 2021 @ 7:55pm


1632499268748.png


Kerajaan hanya akan memberikan dos ketiga kepada kumpulan tertentu dan bukan semua populasi yang layak menerima vaksin COVID-19. - Foto hiasan NSTP

KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan memberikan dos ketiga vaksin COVID-19 kepada kumpulan berisiko tinggi, tidak bercanggah dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang meminta pemberian suntikan tambahan itu ditangguhkan hingga akhir tahun.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata keputusan kerajaan itu wajar kerana Malaysia tidak merekodkan sebarang pembaziran vaksin COVID-19 di negara ini, berbanding beberapa negara maju yang sebelum ini membolot vaksin itu.

Selain itu, katanya, kerajaan hanya memberikan dos ketiga kepada kumpulan tertentu dan bukan semua populasi yang layak menerima vaksin COVID-19.

"Kita turut menyumbang vaksin kita kepada negara lain, antara ke Bosnia ketika kemuncak pandemik seperti yang pernah dilaporkan sebelum ini.




bhcovidvaksin_1632487611.jpg
Langkah kerajaan memberikan dos ketiga vaksin COVID-19 kepada kumpulan berisiko tinggi, tidak bercanggah dengan saranan WHO. - Foto hiasan NSTP

"Malah, tiada pembaziran vaksin dikesan di Malaysia. Ini berbeza berbanding negara maju yang membolot vaksin namun ada pembaziran apabila ada dos yang tidak digunakan selepas tarikh luput, sedangkan Malaysia gunakan semua stok vaksin yang ada.

"Malah, jika wujud situasi di mana bekalan vaksin tidak perlu dihantar, Malaysia boleh tangguhkan penghantaran supaya bekalan itu boleh dihantar ke negara lain terlebih dahulu," katanya pada sidang media, hari ini.

Sebelum ini, WHO dilaporkan menggesa moratorium terhadap pemberian dos penggalak vaksin COVID-19 sehingga hujung tahun ini berikutan masih banyak negara yang baru memulakan program imunisasi masing-masing.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, keputusan Malaysia untuk memberi dos ketiga seawal bulan depan juga sudah mengambil kira faktor beberapa negara yang belum atau baru memulakan suntikan dos pertama vaksin COVID-19.

"Sebab itu kita belum umum pemberian dos penggalak untuk semua populasi. Masih ada negara yang belum beri dos pertama. Jadi, dos ketiga yang kita berikan khusus kepada mereka yang memiliki sistem imun yang rendah dan tidak mendapat perlindungan mencukupi daripada dua dos vaksin.

"Isunya sekarang ada negara yang bolot vaksin tapi membazirkannya apabila ia tidak digunakan hingga melepasti tarikh luput. Ini sangat salah," katanya.

dos-ketiga-bukan-untuk-semua-rakyat
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
317,553
Reaction score
15,485
Points
2,376
IMUNISASI COVID-19 | Dos penggalak akan diberi kepada golongan tertentu bagi mengawal penularan COVID-19, mengurangkan kadar kemasukan ke ICU dan mengurangkan kadar kematian agar dapat masuk ke fasa endemik dengan selamat - Khairy Jamaluddin

 

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
159,511
Reaction score
21,762
Points
1,671
323,000 golongan rentan di Terengganu layak terima dos ketiga

Kuala Berang: Seramai 323,000 populasi dewasa daripada kumpulan rentan di Terengganu layak menerima suntikan dos ketiga atau dos penggalak vaksin Covid-19.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Kasemani Embong berkata, ia membabitkan seramai 31,000 petugas barisan hadapan, 104,000 warga emas dan 188,000 golongan komobiti.

Beliau berkata, pemberian suntikan dos ketiga itu akan diberikan sebaik sahaja pihaknya menerima arahan untuk memulakan proses pemberian itu di peringkat negeri.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
317,553
Reaction score
15,485
Points
2,376
DOS PENGGALAK | Sarawak Suntik Dos Penggalak Mulai Oktober

Sarawak akan menjadi negeri pertama memberi dos penggalak vaksin COVID-19, bermula bulan depan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata ketika ini pihaknya masih dalam proses penyediaan garis panduan klinikal untuk pelaksanaan program suntikan dos ketiga itu.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

sis_zety

Active+ Member
Joined
May 10, 2008
Messages
3,831
Reaction score
10
Points
40
depa kata ada sampai 8,9 dos..
tak lengkap latest dos, dikira unvaccinated..
tunggu tengok betul tak..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register