(News) Doogee S88 Pro Di Lancar - Bateri 10,000mAh & Tubuh Tahan Lasak

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
20,586
Reaction score
3,413
Points
236
Sudah agak lama tidak melihat peranti Doogee dipasarkan di Malaysia. Tetapi syarikat pengeluar dari China ini masih wujud dan terus memasarkan peranti yang boleh dikategorikan sebagai tahan lasak. Terkini Doogee S88 Pro telah diumumkan bukan sahaja mempunyai kemampuan tahan hentakan tetapi bateri gergasi sebesar 10,000 mAh.

Doogee-S88-Pro-A.jpg


Ia dilengkapi skrin 6.3″ LCD FHD+, dijana cip MediaTek Helio P70, memori sebesar 6GB RAM, storan sebesar 128GB, trikamera utama 21+8+8 megapixel dan kamera swafoto 16 megapixel. Sistem kamera yang disokong ialah lensa sudut lebar, ultra sudut lebar dan potret.

Kesemua komponen ini dimasukkan ke dalam kerangka yang melepasi piawaian IP69K serta MIL STD-810G. Ia telah diuji untuk tahan hentakan dari ketinggian sehingga 2 meter, suhu sehingga 60 darjah Celsius dan direndam sehingga kedalaman 1 meter selama 24 jam.

Doogee-S88-Pro-C.jpg


Peranti mempunyai pengimbas cap jari pada bahagian sisi serta dua butang tambahan pada sisi kiri. Ini boleh diprogramkan untuk melancarkan aplikasi kegemaran atau butang kecemasan. Beberapa aplikasi kecemasan terbina disertakan khusus bagi mereka yang melakukan aktiviti luaran.

Menurut Doogee peranti boleh beroperasi terus menerus sehingga 200 jam, menonton video sehingga 19 jam atau menjalan permua 3D sehingga 18 jam. Selain sokongan pengecasan pantas 24W berwayar, peranti turut boleh dicas secara nirwayar dengan kuasa 10W atau mengecas peranti lain juga secara nirwayar dengan kuasa 5W.

Akhir sekali Doogee S88 Pro menggunakan Android 10 asli tanpa pelancar pihak ketiga. Pada waktu ini peranti ditawarkan pada harga $250 (~RM1070) sebuah dalam warna Army Green, Mineral Black dan Fire Orange.

Sumber asal https://www.doogee.cc/detail/ip68-rugged-smartphone_s88pro/168
 
Sponsored Post

fms

CG Top Poster Club
Joined
Feb 10, 2007
Messages
20,249
Reaction score
259
Points
131
aku order n20 pada harga rm284..
harap2 dpt laa..beli kat AliExpress..
 

fms

CG Top Poster Club
Joined
Feb 10, 2007
Messages
20,249
Reaction score
259
Points
131
doogee ni sume cip mtk ka? ada yg cip sd dak?
edisi terhad Doogee F3 ade kluarkan varian microprocessor snapdragon..
tapi ni produk lama..skang ni nak jadi hp bajet, mmg guna Mediatek je laa..
 

tr4falgar

Super Active Member
Joined
Oct 14, 2012
Messages
6,539
Reaction score
566
Points
126
tuh la lama gak usha doogee ni, murah dan tahan lasak..

den bkn gamers sgt pon.. asal bleh guna sudah..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register