Donald Trump, Presiden Amerika Syarikat ke 45

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,219
Reaction score
4,253
Points
201
Trump impeachment: Chief Justice Roberts to preside over trial
 
Sponsored Post

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,219
Reaction score
4,253
Points
201
US Senate formally opens Trump impeachment trial
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,219
Reaction score
4,253
Points
201
Trump 'knew exactly what was going on' in Ukraine: Giuliani aide
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,617
Reaction score
21,075
Points
1,671
Trump selamat, tidak dipecat

1580968602594.png


WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bebas daripada dakwaan salah guna kuasa dan menghalang Kongres dalam perbicaraan Senat yang dikuasai Republikan semalam.


Dalam undian pertama berhubung tuduhan salah guna kuasa, undian memihak kepada Trump dengan 52 undi berbanding 48 yang menentang.

Senator Utah, Matt Romney antara anggota Republikan yang menyokong Demokrat dalam usaha menyingkirkan Trump.

Sementara keputusan 53-47 turut memihak Trump bagi tuduhan menghalang Kongres.

Senator Republikan, Lindsey Graham menyatakan kegembiraannya selepas pungutan suara memihak kepada Trump.

"Sekarang baru saya rasa tenang," katanya.

Pada masa sama, beliau mengaku terkejut dengan tindakan Romney yang menyokong pendakwaan salah guna kuasa Trump.

Hujung tahun lalu, Dewan Perwakilan menetapkan satu perbicaraan Senat untuk menyingkirkan Trump daripada jawatannya selepas tiga tahun pentadbiran penuh gelora.

Dengan undian 230 menyokong berbalas 197 menentang dalam Kongres dikuasai Demokrat, Presiden AS ke-45 itu menjadi pemimpin Rumah Putih ketiga dalam sejarah negara itu bakal dipecat.

Undian Kongres itu dibuat empat bulan selepas seorang pembocor rahsia mendedahkan skandal Trump memberi tekanan kepada Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky untuk menyiasat pencabar potensi Rumah Putihnya pada 2020, anggota Demokrat veteran, Joe Biden. - AFP

 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,617
Reaction score
21,075
Points
1,671
Trump pecat pegawai kanan perisikan



WASHINGTON: Presiden Donald Trump semalam mengumumkan, beliau memecat seorang pegawai kanan perisikan memainkan peranan penting dalam aduan pada Ogos tahun lalu yang mencetuskan perbicaraan dakwaan bagi memecat pemimpin Amerika Syarikat (AS) itu.

Dalam sepucuk surat kepada Jawatankuasa Perisikan Senat, Trump berkata, beliau hilang keyakinan terhadap Michael Atkinson yang merupakan ketua inspektor bebas dalam komuniti perisikan AS.

“Adalah penting untuk saya mempunyai sepenuh keyakinan terhadap ketua inspektor yang dilantik.

“Ia tidak lagi dengan ketua inspektor ini,” tulis Trump dalam surat kepada dua senator utama dalam Jawatankuasa Perisikan itu, Richard Burr dan Mark Warner, tanpa menjelaskan sebabnya.

Pada Ogos tahun lalu, Atkinson telah meneliti serta menyampaikan satu aduan mendakwa Trump mendapatkan bantuan politik peribadi daripada Ukraine yang melanggar undang-undang AS.

Aduan berkenaan menjadi asas kepada perbicaraan bersejarah yang kemudian menyaksikan Trump dibebaskan daripada dakwaan untuk memecatnya itu.

Atkinson, 55, yang juga seorang peguam kerajaan veteran, menyampaikan aduan itu kepada Jabatan Keadilan dan Kongres selepas memutuskan bahawa ia mempunyai merit, sekali gus membawa kepada siasatan dijalankan. - AFP

 

Jedi

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 15, 2009
Messages
42,754
Reaction score
1,869
Points
201
Sanders berundur, Trump lawan Biden dalam pertarungan Presiden AS
Ibrahim Sani, Astro Awani |
Diterbitkan pada
April 08, 2020 23:46 MYT


Sanders berundur, Trump lawan Biden dalam pertarungan Presiden AS

Sanders mengundurkan diri setelah mengalami kekalahan berturut-turut dengan Biden / Foto Arkib


KUALA LUMPUR: Senator Bernie Sanders telah mengundurkan diri dalam pertarungan calon bagi parti Demokratik Amerika Syarikat (AS) untuk merebut jawatan Presiden dalam pilihan raya umum negara itu bulan November ini.

Sanders, seorang calon Sosialis Demokratik yang membuat percubaan keduanya untuk jawatan presiden itu akan menarik diri selepas beberapa kekalahan kepada Mantan Naib Presiden AS, Joseph R. Biden Jr, yang muncul sebagai calon presiden parti Demokrat, untuk pemilihan umum pada akhir tahun ini.

Senator Bernie Sanders dari Vermont melepaskan persaingan merebut tiket sebagai calon parti Demokrat pada Rabu.

BACA: Persaingan Demokrat, Biden dahului Sanders di Michigan


Beliau mengatakan bahawa usaha untuk memasuki White House bermula sejak lima tahun lalu.

Analisis: Mengapa Sanders kalah?

Strategi yang digunakan oleh Senator Sanders dalam pemilihan parti kali ini adalah sama dengan yang digunakan pada 2016, iaitu untuk menarik perhatian anak muda.

Namun demikian, dari segi suara kolektif yang diguna pakai oleh Biden, ahli-ahli parti Demokrat lebih senang jika calon parti mereka merupakan seorang calon yang mampu untuk menawan hati segelintir penyokong Parti Republikan.

Corak dan gaya retorik Sanders, yang berhaluan sangat kiri, berbanding dengan cara Biden, iaitu berhaluan tengah, telah mendapat ramai pemimpin parti Demokrat untuk menyokong Biden.

Sehingga kini, Sanders tidak mampu untuk meraih sokongan ahli-ahli kanan parti Demokrat, termasuk juga bekas rakan politik beliau, Senator Elizabeth Warren.

Satu-Lawan-Satu Biden-Trump

Dengan pengunduran Sanders, seluruh jentera kerja parti Demokrat, dan juga rakan-rakan mereka yang sehaluan dengan usaha untuk menjatuhkan Trump di peti undi, kini boleh digunakan untuk membantu Biden dalam pertarungan yang dijangka sengit ini.

Trump sentiasa mendapat perhatian ramai pihak disebabkan cara beliau mengendalikan dirinya di media sosial.

Jika usaha Biden sebelum ini adalah untuk menarik perhatian pengundi ahli-ahli parti Demokrat (satu usaha yang tidak akan secara langsung melemahkan Trump), kini segala usaha Biden, mulai hari ini sehingga hari pilihan raya nanti, boleh diberi fokus untuk menjatuhkan Trump di peti undi nanti.

Parti Demokrat kini benar-benar telah memasuki pertarungan untuk mengalahkan Trump secara demokratik.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
283,245
Reaction score
11,691
Points
2,376
1590767999629.png


Gambar Hiasan - Foto AFP

Trump 'balas dendam' terhadap media sosial


WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menandatangani perintah melucutkan kekebalan undang-undang bagi kandungan media sosial seperti Twitter.

Bagaimanapun, perintah yang ditandatangani selepas Twitter buat pertama kali bertindak terhadap 'ciapan palsu' Trump itu diselar sebagai balas dendam politik oleh pengkritiknya.

Perintah itu antara lain meminta pengawal selia kerajaan untuk menilai semula sekiranya pentas dalam talian dibenarkan mendapatkan perlindungan liabiliti bagi kandungan yang dimuat naik oleh jutaan penggunanya.

Sekiranya dikuatkuasa, tindakan itu bakal mengubah kebiasaan dan pentas internet sebagai penerbit berdepan liabiliti untuk kandungan yang dimuat naik pengguna.

Trump berkata beliau bertindak sedemikian kerana firma teknologi komunikasi maklumat (ICT) besar 'mempunyai kuasa penuh untuk menapis, menyekat, mengedit, menyembunyi dan mengubah segala bentuk komunikasi'.

"Kita tidak biarkan ini terus berlaku, Twitter tidak lagi menjadi pentas yang seimbang, malah menjadi pengarang dengan pandangan tersendiri.

"Perkara yang sama juga berlaku di Google, termasuk Facebook dan lain," katanya.

Bagaimanapun, syarikat internet menafikan dakwaan Trump itu dengan menyifatkannya sebagai berat sebelah. - AFP


 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,617
Reaction score
21,075
Points
1,671
Akhirnya Trump pakai pelitup muka buat pertama kali

US-POLITICS-TRUMP-WAL43wtTERREED_1594506505.jpg

PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump (tengah) dilihat memakai pelitup muka berwarna hitam ketika berjalan di koridor hospital tentera Walter Reed. - Foto AFP

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memakai pelitup muka untuk kali pertamanya di khalayak ramai, hari ini sekali gus menunjukkan beliau terpaksa tunduk kepada tekanan kuat supaya memberikan contoh terhadap kesihatan awam di saat negara itu diancam teruk COVID-19.

Menurut rakaman berita di televisyen, Trump dilihat memakai pelitup muka berwarna hitam ketika beliau berjalan di koridor hospital tentera Walter Reed, di luar Washington bagi bertemu dengan veteran yang cedera.

Trump yang berjalan merentas wartawan, bagaimanapun tidak berhenti untuk membuat kenyataan berhubung tindakannya itu yang memang dinanti-nantikan selama ini, iaitu perubahan dilakukannya terhadap amalan disarankan oleh pakar perubatan kerajaan, walaupun beliau menolaknya sebelum ini.

"Saya rasa sangat bagus memakai pelitup muka. Saya tidak pernah menentang pemakaian pelitup muka, namun saya percaya ada masa dan tempatnya, " kata Trump sebaik sahaja meninggalkan Rumah Putih.

Laporan berita minggu ini, menyatakan bahawa pasukan pembantunya secara praktikalnya merayu kepada presiden supaya mengalah dan memakai pelitup muka di tempat awam dan membiarkan dirinya diambil gambar dengan memakainya di saat kes COVID-19 melonjak di beberapa negeri.

Selain disebabkan COVID-19, tindakan Trump itu disifatkan perlu ketika presiden AS itu sedang mengalami persaingan dari Demokrat Joe Biden dalam pemilihan pada pilihan raya November ini.

Trump dengan tegas mempertahankan pentadbirannya dalam menangani pandemik itu walaupun AS adalah negara yang paling teruk dilanda wabak itu.

AS baru-baru ini, merekodkan lebih 60,000 kes baharu, hampir 135,000 terkorban dengan negeri dibiarkan mencari jalan penyelesaian sendiri untuk 'dibuka' semula tanpa strategi yang jelas dan logik daripada Rumah Putih- AFP.

 
Sponsored Post
Top
Log in Register