Donald Trump, Presiden Amerika Syarikat ke 45

CG Sponsors




oldtbone

Legendary Member
Joined
May 25, 2012
Messages
17,324
Reaction score
3,694
Points
191
Dewan Perwakilan AS mula siasatan rasmi ke atas Trump


SPEAKER Dewan Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi. - Foto Reuters









WASHINGTON: Speaker Dewan Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi berkata Dewan Perwakilan akan melancarkan siasatan rasmi sama ada Presiden Donald Trump perlu didakwa, sambil menegaskan tiada siapa dapat mengatasi undang-undang.

Dewan yang dikuasai parti Demokrat itu akan menyiasat sama ada Trump meminta bantuan Ukraine untuk mencemarkan nama baik bekas Naib Presiden Joe Biden, yang bakal bersaing sebagai calon presiden Demokrat 2020, kata Pelosi.

“Oleh itu, hari ini saya mengumumkan bahawa Dewan akan meneruskan dengan siasatan pendakwaan rasmi,” katanya.

“Presiden perlu dipertanggungjawabkan. Tiada siapa dapat mengatasi undang-undang,” kata Pelosi. - Reuters







sumber: https://www.bharian.com.my/dunia/am...-perwakilan-mula-siasatan-rasmi-ke-atas-trump
 
  • Like
Reactions: TT
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,617
Reaction score
21,075
Points
1,671
Trump dakwa tanggung kerugian kerana jadi Presiden AS



WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam mendakwa beliau mengalami kerugian antara AS$2 bilion (RM8.2 bilion) dan AS$5 bilion (RM20.9 bilion) sejak memegang jawatan di Rumah Putih pada 2016.


Menurutnya, nilai itu mungkin boleh diperoleh jika beliau tidak terlibat dalam dunia politik.

"Tidak kira saya hilang keuntungan sebanyak itu atau kurang daripada itu. Ia tidak memberi sebarang perbezaan. Saya tidak kisah. Saya lakukan ini untuk negara dan rakyat," ujarnya.

Bagaimanapun, tiada bukti yang mengesahkan dakwaan jutawan hartanah terbabit.

Data diperoleh majalah Forbes pada Mac lalu menunjukkan jumlah pendapatannya adalah sebanyak AS$1.3 bilion (RM5.4 bilion) dan tidak berubah sejak tahun lalu.

Pada Ogos lalu, Trump pernah mengeluarkan kenyataan sama tentang kerugian itu, namun Forbes mendakwa pendapatan jutawan hartanah terbabit sebenarnya adalah hampir AS$3 bilion (RM12.5 bilion).

Tidak seperti pendahulunya, Trump juga enggan mendedahkan pembayaran cukai pendapatan dan pernah mengemukakan tuntutan kepada mahkamah serta Kongres untuk melindungi maklumat kewangannya.

Sementara itu, keputusan beliau untuk mengadakan Sidang Kemuncak G7 di National Doral Golf Resort miliknya di Miami pada Jun depan turut mencetuskan kritikan ahli Republikan dan Demokrat yang melihat pemimpin itu menggunakan kedudukannya untuk mengaut keuntungan sendiri. - Agensi


 

oldtbone

Legendary Member
Joined
May 25, 2012
Messages
17,324
Reaction score
3,694
Points
191
biasalah ayat org politik .... kat mana2 pn sama ....
kerugian yg dia telan sendiri yg x masuk buku xnak xkira lak...
 

oldtbone

Legendary Member
Joined
May 25, 2012
Messages
17,324
Reaction score
3,694
Points
191
Kongres siasat jika Trump berbohong dalam isu campur tangan Russia

Mueller (kanan) menghantar laporan kepada Peguam AS, William Barr pada Mac lalu selepas menyelesaikan siasatan 22 bulan yang memperincikan kempen godaman dan propaganda Russia bagi menaikkan peluang pemilihan Trump dalam pilihan raya 2016, serta hubungan lanjut antara kempennya dan Moscow. -Foto Agensi












WASHINGTON: Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) sedang meneliti jika Presiden Donald Trump berbohong dalam keterangan bertulisnya untuk siasatan persekutuan oleh penasihat khas Robert Mueller terhadap campur tangan Russia dalam pilihan raya 2016.

Peguam Kongres, Doug Letter memberitahu sebuah mahkamah rayuan persekutuan di sini semalam, pembuat dasar sedang meneliti jika jawapan bertulis Trump kepada penyiasat persekutuan adalah tidak benar, menurut rakaman audio hujah lisan dikeluarkan mahkamah.

“Adakah presiden berbohong? Adakah presiden bercakap tidak benar mengenai maklum balasnya terhadap siasatan Mueller?” menurut surat yang bertanyakan Mahkamah Rayuan Daerah Columbia ketika berhujah bahawa Dewan Perwakilan memerlukan akses untuk dokumen disunting dalam laporan Mueller.

Mueller menghantar laporannya kepada Peguam AS, William Barr pada Mac lalu selepas menyelesaikan siasatan 22 bulan yang memperincikan kempen godaman dan propaganda Russia bagi menaikkan peluang pemilihan Trump dalam pilihan raya 2016, serta hubungan lanjut antara kempennya dan Moscow.

Peguam Kongres sudah mendedahkan siasatan terhadap maklum balas bertulis Trump pada September, mengatakan dalam satu dokumen mahkamah, laporan tanpa suntingan Mueller mungkin mendedahkan jika Trump bercakap bohong mengenai hubungan kempennya dengan WikiLeaks, yang menerbitkan e-mail Parti Demokrat yang digodam.

Rumah Putih tidak membalas permohonan untuk mengulas.

Minggu lalu, bekas timbalan pengerusi kempen Trump, Rick Gates mendakwa dalam keterangan perbicaraan kes jenayah, pemimpin itu bercakap dengan penasihat sekian lamanya, Roger Stone mengenai WikiLeaks ketika kempen 2016.

Gates memberi keterangan, selepas selesai berbual dengan Stone pada Julai 2016, Trump mendakwa, ‘lebih banyak maklumat akan muncul,’ merujuk WikiLeaks.

Keterangan Gates jelasnya bercanggah dengan kenyataan sumpah bertulis diserahkan Trump kepada Mueller. -Reuters









sumber: https://www.bharian.com.my/dunia/am...rump-berbohong-dalam-isu-campur-tangan-russia
 

oldtbone

Legendary Member
Joined
May 25, 2012
Messages
17,324
Reaction score
3,694
Points
191
Trump pertimbang undur 4,000 askar dari Korea Selatan

Ada kira-kira 28,500 tentera AS di Korea Selatan dan Trump bercadang mengurangkan antara 3,000 hingga 4,000 anggotanya. -Foto Agensi













SEOUL: Amerika Syarikat (AS) menimbang mengundurkan briged pasukan bersenjata dari Korea Selatan jika negara itu tidak bersetuju terhadap tuntutan Washington untuk menyumbang lebih perbelanjaan, lapor akhbar Korea Selatan hari ini.

AS membatalkan rundingan dengan Korea Selatan Selasa lalu selepas menuntut Seoul menaikkan sumbangan tahunan untuk tentera Washington kepada AS$5 bilion (RM20.83 bilion), atau lima kali ganda berbanding apa yang dibayarnya, menurut pembuat dasar di sini.

Presiden Donald Trump bertegas Korea Selatan membayar lebih dan turut mencadangkan mengundurkan tenteranya sama sekali.

“Saya difahamkan AS bersedia mengundurkan satu briged tentera jika rundingan dengan Korea Selatan tidak berjalan lancar seperti dimahukan Trump,” kata sumber diplomatik di Washington yang tahu mengenai rundingan itu seperti dipetik akhbar Chosun Ilbo.

Kira-kira 28,500 tentera AS berkhidmat di Korea Selatan ketika ini. Satu briged tentera AS berjumlah antara 3,000 hingga 4,000 anggota, kata akhbar itu.

Sebarang syor pengurangan tentera perlu dalam had yang ditetapkan oleh Akta Kelulusan Pertahanan Nasional untuk tahun fiskal 2019 yang diluluskan Kongres AS.

Tiada satu pun dana diluluskan akta itu yang mungkin digunakan untuk mengurangkan jumlah tentera AS di Korea Selatan di bawah angka 22,000 anggota, kecuali Setiausaha Pertahanan mengesahkan keperluannya kepada jawatankuasa Kongres.

Semalam, Wakil Khas AS untuk Korea Utara, Stephen Biegun percaya AS perlu terus menempatkan tenteranya di Korea Selatan apabila beliau ditanya sokogannya terhadap kehadiran tentera AS di negara itu.

“Korea Selatan adalah antara rakan sekutu kita (AS) paling penting. Itu tidak bermakna sesiapa mendapat sesuatu secara percuma. Kami mengadakan rundingan perkongsian beban sukar sehingga kami berada di persimpangan dengan rakyat Korea Selatan,” kata Biegun. - Reuters









sumber: https://www.bharian.com.my/dunia/as...ertimbang-undur-4000-askar-dari-korea-selatan
 
  • Like
Reactions: TT

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,617
Reaction score
21,075
Points
1,671
Trump mendahului kutipan sumbangan kempen pilihan raya


Pengurus kempen Trump 200, Brad Parscale.

WASHINGTON: Pasukan kempen pilihan raya Donald Trump mendedahkan Presiden Amerika Syarikat (AS) itu mendahului kutipan dana pilihan raya dengan sumbangan sebanyak AS$46 juta (RM188.03 juta).

Ia adalah tempoh kutipan dana terbaik beliau selama setahun yang menjadikan jumlah terkumpul sebanyak AS$143 juta (RM584.51 juta) untuk kempen pemilihan semula, menurut pasukan kempen terbabit.

“Dana presiden dan tentera akar umbi menjadi kempen pemilihan semula beliau sebagai gergasi yang tidak boleh dihalang.

“Demokrat dan media giat menyebar berita palsu mengenai undi tidak percaya, namun kempen presiden hanya menjadi lebih besar dan lebih kuat,” menurut kenyataan pengurus kempen Trump 200, Brad Parscale. - AFP

 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,617
Reaction score
21,075
Points
1,671
Prosiding terhadap Trump mungkin bermula Selasa depan



WASHINGTON: Prosiding pendakwaan terhadap Presiden Donald Trump berkemungkinan bermula dalam tempoh seminggu lagi selepas beberapa pelantikan untuk mengendalikan pertuduhan dibuat minggu ini, kata pemimpin majoriti Dewan Senat, Mitch McConnell.


McConnell berkata beliau menjangkakan Dewan Perwakilan akan menyerahkan kertas pertuduhan terhadap Trump kepada Senat dalam tempoh terdekat.

“Jika (prosiding) diteruskan, kita akan melalui beberapa langkah peringkat awal minggu ini termasuk upacara angkat sumpah anggota Senat,” katanya sambil menambah beliau berharap semua proses pentadbiran dapat diselesaikan sebelum prosiding pertuduhan bermula Selasa depan.

Trump berhadapan pertuduhan salah guna kuasa dan menghalang kuasa Kongres dan 100 senator di Dewan Senat akan menghakimi pertuduhan berkenaan.

Mengulas lanjut, McConnell berkata, pada Khamis atau Jumaat ini, Ketua Hakim Mahkamah Agung, John Roberts akan mengangkat sumpah untuk mengendalikan perbicaraan itu, yang mana ia mungkin berlanjutan sekurang-kurangnya dua minggu dan mungkin berterusan hingga pertengahan bulan depan.

Trump menjadi presiden ketiga dalam sejarah Amerika Syarikat yang berhadapan pertuduhan, yang mana keputusan akhirnya mungkin menyebabkan Presiden dipecat.

Bagaimanapun kemungkinan ke arah itu tipis kerana parti Trump, Republikan menguasai 53 kerusi manakala 47 lagi Demokrat. Majoriti dua pertiga diperlukan daripada ahli Senat untuk menyokong pertuduhan bahawa Trump bersalah.

Trump menghadapi pertuduhan pada 18 Disember apabila Dewan Senat secara rasmi menuduhnya menyalahguna kuasa apabila mendapatkan bantuan Ukraine dalam kempen pemilihan semulanya sebagai Presiden.

Beliau dituduh menangguhkan bantuan ketenteraan bernilai AS$391 juta kepada Ukraine bagi mendesak Kiev menyiasat bekas naib presiden Joe Biden, antara tokoh utama Demokrat untuk dinamakan sebagai calon presiden dalam dalam pemilihan parti tahun ini. - AFP

 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,218
Reaction score
4,253
Points
201

Gambar fail, Dewan Senat Amerika Syarikat sedang bersidang. - Foto REUTERS

Speaker Dewan Perwakilan tandatangani artikel pertuduhan terhadap Trump

WASHINGTON: Speaker Dewan Perwakilan menandatangani dua artikel pertuduhan terhadap Presiden Donald Trump dan menyerahkannya kepada Dewan Senat.

Trump menghadapi pertuduhan di Dewan Senat kerana didakwa menyalahguna kuasa dan menghalang tugas Kongres.

“Sungguh menyedihkan. Ia sesuatu yang sangat tragik kepada negara ini, ...tindakan seorang Presiden boleh menjejaskan keselamatan negara, melanggar sumpah jawatannya, menjejaskan keselamatan sistem pilihan raya kita sehingga keadaan ini (pertuduhan) terjadi,” katanya pada majlis menandatangani artikel pertuduhan berkenaan.


Nancy Pelosi selepas menandatangani artikel pertuduhan terhadap Trump. - AFP

Majlis menandatangani diikuti dengan upacara membawa artikel pertuduhan itu dari bangunan Capitol ke bangunan Senat di sini.


Artikel pertuduhan dibawa dari bangunan Capitol ke Dewan Senat. - AFP

Pertuduhan terhadap Trump di Senat dijangka berlangsung Selasa ini. - AFP
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,218
Reaction score
4,253
Points
201
Pelosi announces prosecution team in Trump impeachment trial
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,218
Reaction score
4,253
Points
201
The Five' breaks down impeachment antics after Dems deliver articles
 
Sponsored Post
Top
Log in Register