Donald Trump minat jadi Presiden AS

CG Sponsors




ARIFFX

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Mar 27, 2008
Messages
12,037
Reaction score
159
Points
123
NEW YORK: Jutawan pemaju hartanah Amerika Syarikat, Donald Trump, mengakui sedang meninjau kemungkinan 'menawan hartanah' sebenar iaitu Rumah Putih.

Trump yang terkenal dengan rancangan realitinya, The Apprentice memberitahu program berita ABC bahawa beliau serius menimbang untuk bertanding sebagai wakil Republikan pada pilihan raya 2012.
Beliau tidak akan segan silu membelanjakan lebih AS$200 juta (RM622.6 juta) wangnya sendiri dalam kempen itu.
“Ia mungkin menggembirakan kerana saya suka melihat perkara positif berlaku untuk negara. Saya akan buat keputusan kemungkinan menjelang Jun depan,” kata Trump kepada pengacara ABC, George Stephanopoulos.

Satu dasar utama sebagai presiden yang akan dilakukannya ialah mengambil tindakan ke atas ekonomi gergasi China, katanya.

China katanya, ‘melakukan pembunuhan’ dengan memanipulasi mata wang yuan yang merugikan Amerika.

Trump berkata, dia sudah bosan dengan perbuatan orang lain ‘merotan’ Amerika sesuka hati.
“Mereka tidak hormat lagi dengan Amerika. Saya ada ramai rakan dari China yang menjalankan urus niaga, mereka ketawakan kita.

“Mereka fikir kita *****. Diketuai oleh orang *****.”

Ini bukan kali pertama Trump memikirkan untuk bertanding sebagai presiden. Beliau sudah menimbang idea itu pada 1999.

Jika Trump mahu menjadi calon, beliau mungkin menghadapi pencabar yang turut mempunyai rancangan realiti sendiri iaitu bekas gabenor Alaska, Sarah Palin. – AFP
 
Sponsored Post

-pojie-

Well-Known, Member, XM Official, Representative
Joined
Oct 29, 2008
Messages
20,951
Reaction score
50
Points
120
besar jugak cita2 donald duck nie..
:)):))
 

jerai

Active Member
Joined
Oct 13, 2008
Messages
1,901
Reaction score
47
Points
30
nanti bila dia tak puas hati je, "you are fired"
 

tokputih

CG Top Poster Club
Joined
Apr 24, 2008
Messages
27,212
Reaction score
830
Points
176
banyak perang ler nanti...
 

kamal_kampong

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2007
Messages
16,678
Reaction score
840
Points
171
nak jadi presiden plak dia yer..

negara tu banyak serang n zalimi org Islam..tu yg dpt musibah..tarik je balik tentera2 dekat Iraq, Afgan dan kembalikan perdamaian di Palestin serta tanah2 yg di rampas israel di Palestin..dan jgn asyik sebelahi israel jer..
 

danx

Super Active Member
Joined
Mar 9, 2010
Messages
5,709
Reaction score
5
Points
65
nanti kene cucuk hidung dgn yahudi jugak ke ni?
 

zerovirus

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 25, 2009
Messages
182,141
Reaction score
79
Points
1,020
habis la tanah2 kat us ... :eek::eek:
 

achok

Legendary Member
Joined
Jul 8, 2008
Messages
14,719
Reaction score
298
Points
141
ramai la kena fired nanti
 
Sponsored Post
Top
Log in Register