Donald Trump minat jadi Presiden AS

CG Sponsors




Status
Not open for further replies.

BasicCX

Super Active Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
Donald Trump minat jadi Presiden AS

NEW YORK: Jutawan pemaju hartanah Amerika Syarikat, Donald Trump, mengakui sedang meninjau kemungkinan 'menawan hartanah' sebenar iaitu Rumah Putih.

Trump yang terkenal dengan rancangan realitinya, The Apprentice memberitahu program berita ABC bahawa beliau serius menimbang untuk bertanding sebagai wakil Republikan pada pilihan raya 2012.
Beliau tidak akan segan silu membelanjakan lebih AS$200 juta (RM622.6 juta) wangnya sendiri dalam kempen itu.

“Ia mungkin menggembirakan kerana saya suka melihat perkara positif berlaku untuk negara. Saya akan buat keputusan kemungkinan menjelang Jun depan,” kata Trump kepada pengacara ABC, George Stephanopoulos.

Satu dasar utama sebagai presiden yang akan dilakukannya ialah mengambil tindakan ke atas ekonomi gergasi China, katanya.

China katanya, ‘melakukan pembunuhan’ dengan memanipulasi mata wang yuan yang merugikan Amerika.

Trump berkata, dia sudah bosan dengan perbuatan orang lain ‘merotan’ Amerika sesuka hati.

“Mereka tidak hormat lagi dengan Amerika. Saya ada ramai rakan dari China yang menjalankan urus niaga, mereka ketawakan kita.

“Mereka fikir kita *****. Diketuai oleh orang *****.”

Ini bukan kali pertama Trump memikirkan untuk bertanding sebagai presiden. Beliau sudah menimbang idea itu pada 1999.

Jika Trump mahu menjadi calon, beliau mungkin menghadapi pencabar yang turut mempunyai rancangan realiti sendiri iaitu bekas gabenor Alaska, Sarah Palin. – AFP
 
Sponsored Post

underscore

Legendary Member
Joined
Sep 20, 2008
Messages
11,502
Reaction score
4,256
Points
196
Tahniah trump.6 thn buat pelaburan

.berapa ko bayar kat pengundi..mesti mencecah angka billion
 

im755

Super Active Member
Joined
Apr 27, 2006
Messages
5,098
Reaction score
98
Points
70
Usd200juta jer guna utk kempen satu us skit Nya. Tu pun guna duit sendiri. Terbaik la.
Kat mesia kempen sampai 2.6 billion.
 

mobileapps

Active+ Member
Joined
Mar 26, 2013
Messages
3,824
Reaction score
24
Points
25
Usd200juta jer guna utk kempen satu us skit Nya. Tu pun guna duit sendiri. Terbaik la.
Kat mesia kempen sampai 2.6 billion.
jgn buat pitnah..guna 1k je..yg belen tu dia kata dia dh pulangkan :))
 

Bateleur

Active Member
Joined
Sep 22, 2015
Messages
1,514
Reaction score
105
Points
33
Mintak Trump tukar dgn bijaN jadi PM Malaysia :))

bolee buat lagi banyaaakkk ooo



:eek:
 
Status
Not open for further replies.
Sponsored Post
Top
Log in Register