BTC USD 66,334.2 Gold USD 2,326.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Donald Trump Diarah Bayar Denda AS$438 Juta Atas Kesalahan Menipu, Fitnah

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
446,972
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
446,972
Reaction score
35,933
Points
2,836
Awards
2

Donald Trump diarah bayar denda AS$438 juta atas kesalahan menipu, fitnah​


17 FEB 2024

2540880.jpg

Hakim Mahkamah New York, Arthur Engoron menjatuhkan hukuman denda sebanyak AS$355 juta (RM1.7 bilion) pada Jumaat ke atas Donald Trump kerana menipu nilai hartanahnya. - Foto fail Reuters


NEW YORK – Hakim Mahkamah New York, Arthur Engoron menjatuhkan hukuman denda sebanyak AS$355 juta (RM1.7 bilion) pada Jumaat ke atas Donald Trump kerana menipu nilai hartanahnya.

Ia merupakan denda terbesar yang dikenakan oleh mahkamah berbanding bulan lalu apabila mahkamah mengarahkan bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) itu membayar AS$83 juta (RM397 juta) sebagai pampasan kepada penulis E Jean Carroll yang diserang secara seksual dan difitnah.

Perintah sivil itu disifatkan jauh melebihi ganti rugi fitnah yang dituntut Carroll iatu lebih AS$10 juta (RM47.8 juta).

Engoron mendapati Trump bertanggungjawab atas penipuan, konspirasi, mengeluarkan penyata kewangan palsu dan memalsukan rekod perniagaan, menghalangnya daripada berkhidmat sebagai pengarah sebuah syarikat di New York selama tiga tahun.

Sementara hakim menarik diri daripada cuba membubarkan Organisasi Trump, Engoron mengeluarkan penghujahan setebal 93 muka surat yang menggambarkan bekas Presiden itu sebagai tidak menyesal dan berkemungkinan besar untuk melakukan penipuan lagi.

“Mahkamah ini mendapati bahawa defendan berkemungkinan meneruskan cara penipuan mereka melainkan mahkamah memberikan pelepasan injunksi yang ketara,” tulis Engoron.

Dalam reaksi segeranya, Trump mengecam keputusan hakim yang mengarahkan beliau dan syarikatnya membayar hampir AS$355 juta dalam kes penipuan sivil New York dan terus mendakwa, tanpa bukti selain mendakwa beliau menjadi sasaran politik kerana bertanding jawatan Presiden pada pilihan raya akan datang. – Agensi


 
Sponsored Post

Ia merupakan denda terbesar yang dikenakan oleh mahkamah berbanding bulan lalu apabila mahkamah mengarahkan bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) itu membayar AS$83 juta (RM397 juta) sebagai pampasan kepada penulis E Jean Carroll yang diserang secara seksual dan difitnah.

Perintah sivil itu disifatkan jauh melebihi ganti rugi fitnah yang dituntut Carroll iatu lebih AS$10 juta (RM47.8 juta).
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register