Dompok pertahan Parlimen Penampang, Pairin pertahan Parlimen Keningau Artikel Penuh:

CG Sponsors




alkhawarizmi

Active+ Member
Joined
Mar 26, 2009
Messages
3,038
Reaction score
18
Points
25
PENAMPANG - Presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko), Tan Sri Benard Dompok akan mempertahankan kerusi Parlimen Penampang bagi meneruskan kesinambungan perjuangan membela nasib rakyat di situ yang majoriti penduduknya daripada suku kaum Kadazandusun.

Parti komponen Barisan Nasional (BN) itu turut menampilkan dua muka baharu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), 5 Mei ini.

"Calon yang diketengahkan itu diputuskan pucuk pimpinan BN, namun mereka yang tidak dipilih bukan bererti tidak 'perform (melunaskan tanggungjawab), tetapi kita ingin membentuk satu pasukan yang kuat menghadapi pertandingan kali ini,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat parti bagi mengumumkan senarai calon parti itu.

Dompok yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menamakan dua calon baharu, Ketua Pemuda Upko Keningau Kennedy Jie John @ Kenn bagi menggantikan Datuk Justin Guka bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bingkor dan seorang ahli perniagaan Limus Jury yang menggantikan Teo Mau Sing di DUN Kuala Penyu.

Setiausaha agung parti itu Datuk Wilfred Madius Tangau pula dicalon semula bagi Parlimen Tuaran selepas memberi laluan kepada bekas timbalan presiden Upko Datuk Wilfred Bumburing untuk bertanding atas tiket BN pada pilihan raya 2008 manakala bekas anggota DUN Moyog Datuk Philip Benedict Lasimbang menggantikan Datuk Donald Mojuntin yang memberi laluan kepada Philip.

Dompok turut mengumumkan penyandang DUN Paginatan Datuk Ewon Ebin bertukar kerusi di Parlimen Ranau sementara penyandang Parlimen Ranau Datuk Siringan Gubat bertanding di DUN Paginatan.

Turut mempertahankan kerusi masing-masing ialah Datuk [email protected] Majigoh di Parlimen Putatan, Datuk Bobbey Ah Fang Suan di DUN Nabawan dan Masiung Banah di DUN Kuamut.

Pada pilihan raya 2008, Upko yang diperuntukkan kerusi empat Parlimen iaitu Penampang, Ranau, Tuaran dan Putatan manakala enam kerusi DUN iaitu Moyog, Bingkor, Kuala Penyu, Nabawan, Paginatan dan Kuamut dan memenangi kesemua kerusi itu.

Sementara itu, Madius ketika ditemui pemberita berkata beliau tidak gentar berhadapan dengan Bumburing yang meninggalkan parti itu dan menubuhkan badan bukan kerajaan Angkatan Perubahan Sabah (APS) yang menyokong Pakatan Rakyat, pada tahun lepas.

Beliau percaya rakyat Tuaran bijak menilai rekod prestasi BN yang cemerlang, terutama dalam membela nasib rakyat, khususnya di kawasan luar bandar.

Sementara itu, di ibu pejabat Parti Bersatu Sabah (PBS), Presidennya Tan Sri Pairin Kitingan mengumumkan beliau mempertahankan kerusi Parlimen Keningau dan DUN Tambunan.

Pairin berkata parti itu mengemukakan muka baharu iaitu bekas pendidik, Datuk Mary Yap Kain Ching yang bertanding di Parlimen Tawau dan Pemimpin Kemajuan Rakyat, Fung Len Fui untuk bertanding kerusi DUN Sri Tanjong yang dimenangi DAP pada pilihan raya lepas. Beliau turut mengumumkan bekas calon BN Parlimen Kota Kinabalu pada pilihan raya lepas, Chin Tek Ming, dicalonkan semula untuk kerusi itu yang dimenangi DAP.

Katanya kesemua penyandang kerusi Parlimen, termasuk Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Maximus Ongkili di Parlimen Kota Marudu dan DUN pada pilihan raya lepas, dikekalkan. - Bernama

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/conte...o&sec=Pilihan_Raya&pg=pr_74.htm#ixzz2QfgrQ0mN
Hakcipta terpelihara
 
Sponsored Post
Sponsored Post
Top
Log in Register