BTC USD 61,076.3 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dokumentasi penyelewengan di Batu Sapi

Untouchable

Fun Poster
Joined
Aug 6, 2009
Messages
477
Reaction score
0
Points
10
Baru cadang nak buat.... harap boleh tunggu CD keluar....

SHAH ALAM 6 NOV : Calon PKR di pilihanraya kecil Batu Sapi, Ansari Abdullah akan mendokumentasikan segala penyelewengan termasuk sogokan kepada pengundi yang berlaku di pilihanraya di kawasan berkenaan.

Menurutnya dokumentasi berkenaan bertujuan mendedahkan kepada umum maklumat sebenar segala penyelewengan yang berlaku ketika pilihannraya kecil terbabit.

Ansari menambah langkah mendokumentasikannya dilakukan daripada membawanya ke mahkamah adalah lebih berkesan supaya bukti maklumat yang dikumpulkan dapat membuka mata rakyat di negara berkenaan taktik kotor yang diamalkan oleh kerajaan Barisan Nasional semata-mata untuk memenagi pilihanraya tersebut.

"Kita bukukan dan dokumenkan kemudian edar,supaya dunia dan rakyat tahu apa yang berlaku,kita bawa ke mahkamah pihak media akan putar belitkan dan kita kena bayar kos ratusan ribu lagi baik wang yang kita ada buat dokumentari,cd dan kita edar secara menyeluuh" ujarnya ketika dihubungi oleh TV Selangor petang tadi.

Katanya lagi, keputusan itu dirumus selepas mengambil iktibar dari senario yang berlaku ketika mengambil tindakan undang-undang terhadap kepincangan yang berlaku di pilihanraya umum 2008 lalu bagi kerusi parlimen Pensiangan.

"Selepas pilihanraya Pensiangan,kita menang petisyen di Mahkamah Tinggi tetapi keputusan rayuan yang dibuat oleh BN di Mahkamah Persekutuan meihak kepada mereka.

Kerana itu, saya buat keputusan tidak akan bawa kes ke mahkamah kerana tidak percaya dengan ketelusan kehakiman," jelasnya lagi.

Ansari menegaskan bahawa perkara yang positif di pilihanraya kecil Batu Sapi lepas adalah semua rumah di Sandakan sudah mengetahui mengenai Pakatan Rakyat dan khususnya parti PKR.

Beliau menambah perkembangan tersebut memberikan petanda positif apabila pilihanraya kecil itu membawa banyak keuntungan kepada Pakatan Rakyat selain menunjukkan SAPP parti yang tidak relevan lagi "

Ansari berkata lagi analisa awalnya menyatakan bahawa Pakatan Rakyat boleh bekerja sebagai satu pasukan apabila ketiga-tiga pasukan boleh bekerja bersama-sama.

Beliau menegaskan lagi bagi menghadapi pilihanraya umum ke-13 nanti beliau berharap agar semua pembangkang yang mahu menentang BN perlu duduk semeja dengan Pakatan Rakyat,supaya ada senario satu lawan satu.

Pada pilihanraya kecil di kawasan parlimen terbabit, Ansari mendapat 3,414 manakala calon SAPP Yong Teck Lee memperolehi 2,031 dan calon BN pula, Linda Tsen mendapat 9,773 undi untuk memenangi kerusi parlimen berkenaan.
 
Sponsored Post

papayaomela

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2008
Messages
6,285
Reaction score
32
Points
70
Dalam p/raya lepas PKR tidak bertanding tetapi apabila bertanding, 3 ribu lebih juga yg mengundi PKR. Ini membuktikan sudah ramai org Batu Sapi yg menyokong PKR. Walaupun Yong Teck Lee yg mewakili SAPP sudah ramai kenal, tetapi masih kalah dgn undian terhadap calon PKR Ansari Abdullah walaupun Ansari Abdullah baru pertama kali bertanding di Batu Sapi. Jadi usah risau dgn kekalahan di Batu Sapi. Ia membuktikan sokongan terhadap PKR meningkat dan mungkin akan terus meningkat menjelang PRU akan datang.
 

zerovirus

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Joined
Jan 25, 2009
Messages
182,199
Reaction score
94
Points
1,020
bongkar aje ... nak tau gak
 

ray_imran

Active Member
Joined
Jun 21, 2007
Messages
1,041
Reaction score
0
Points
20
moga sukses memecahkan deposit tetap BN...klu xde sabah sarawak..dah lama bungkus balik kg BN nie
 

matkul

Banned
Joined
Jul 30, 2010
Messages
486
Reaction score
0
Points
10
tak per la kalah, pru dah dekat, bersiap sedia je.
 

mrkon

Active+ Member
Joined
May 21, 2010
Messages
2,525
Reaction score
16
Points
25
piliharaya kecil memang susah nak tewaskan BN,semua serbu sana bantu itu & ini ,terimalah dengan hati yg terbuka dan bekerja lebih gigih untuk PRU akan datang.
 

papayaomela

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2008
Messages
6,285
Reaction score
32
Points
70
Teringat dgn PRK Ijok. Khalid kalah. Tapi dalam PRU menang plak.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register