BTC USD 68,369.5 Gold USD 2,342.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Doktor tak mengaku cabul pekerja

hiduprakyat

Legendary Member
gem
Messages
14,717
Joined
Dec 6, 2010
Messages
14,717
Reaction score
891
Points
171
7419.jpeg


Jempol: Seorang doktor sebuah klinik swasta di Bandar Baru Serting di sini, dituduh di Mahkamah Majistret Bahau di sini, hari ini, kerana mencabul seorang pekerja wanitanya.

Bagaimanapun, tertuduh Mohamad Amin Razaly, 36, dari Batu Kikir, tidak mengaku salah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norshazwani Ishak.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati mencabul mangsa berusia 25 itu di dalam sebuah bilik rehat tingkat atas klinik berkenaan.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh pada 10.30 malam, 19 Februari lalu.

Oleh yang demikian, tertuduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu.

Timbalan Pendakwa Raya Farahidah Zool Beri menawarkan jaminan RM10,000,

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan tertuduh diberi jaminan RM5,000 serta syarat tambahan tertuduh dan ahli keluarga dilarang mendekati mangsa sehingga kes selesai.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuan turut meminta jaminan itu dikurangkan berikutan terputus punca pendapatan apabila klinik tiada pesakit datang, selain perlu menanggung komitmen bayaran kepada pembekal ubatan.

Mahkamah menetapkan 24 April ini bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.


Kredit ➡️ Harian Metro
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register