BTC USD 27,154.2 Gold USD 1,948.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Doktor, jururawat cedera ambulans terbabas masuk longkang

hiduprakyat

Super Active Member
gem
Messages
8,990
Joined
Dec 6, 2010
Messages
8,990
Reaction score
588
Points
121
Doktor, jururawat cedera ambulans terbabas masuk longkang
FB_IMG_1680238160274.jpg

Ambulans membawa seorang doktor dan seorang jururawat yang terbabas di Gua Musang. - Foto ihsan PDRM

GUA MUSANG: Seorang doktor dan jururawat serta pemandu cedera apabila ambulans dinaiki mereka dalam perjalangan pulang selepas menghantar pesakit ke Hospital Kuala Krai terbabas ke dalam longkang di Kilometer 15.5, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian jam 3.40 petang itu, Dr Al-Farouq Azmi Nazmi, 28, patah tangan kiri, jari kiri dan luka pada muka, manakala jururawat, Nur Hafini Hanis Hasbullah, 36, cedera ringan. Pemandu ambulans, Anuar Shamsudin, 39, anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, berkata kejadian berpunca apabila ambulans itu cuba mengelak pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton yang masuk ke laluannya.

Katanya, siasatan awal mendapati ambulans berkenaan dalam perjalanan dari Hospital Kuala Krai ke Hospital Gua Musang selepas menghantar pesakit.

"Apabila sampai di lokasi, ambulans terbabit cuba mengelak ke kiri jalan apabila Mitsubishi Triton memasuki laluannya ketika mengambil selekoh.

"Tayar ambulans jatuh ke bahu jalan menyebabkan mangsa tidak dapat mengawal kenderaan lalu terbabas ke dalam longkang di sebelah kiri jalan serta melanggar tiang elektrik.

"Pelanggaran menyebabkan pemandu ambulans yang juga anggota APM Gua Musang dan seorang doktor Hospital Gua Musang tersepit di dalam kenderaan dan dikeluarkan dengan bantuan bomba," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, kesemua mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang untuk menerima rawatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara tidak cermat sehingga menyebabkan kemalangan jalan raya dan siasatan lanjut masih dijalankan.

"Pihak polis sedang mengesan Mitsubishi Triton yang terbabit dalam kejadian ini," katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Gua Musang atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhamad Rahmad Zakaria di talian 019-4742270 bagi membantu siasatan.

#beritaharian
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register