BTC USD 55,383.6 Gold USD 1,777.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Doktor disiasat muncul dalam perbicaraan maya semasa melakukan pembedahan

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,446
Reaction score
12,500
Points
2,376
Doktor disiasat muncul dalam perbicaraan maya semasa melakukan pembedahan


Dr Green memakai pakaian untuk melakukan pembedahan dengan pesakit yang menjalani prosedur di luar pandangan dan bunyi mesin perubatan boleh didengar di belakang. - Gambar hiasan​

SACRAMENTO: Lembaga Perubatan California dilaporkan akan menyiasat seorang pakar bedah plastik yang muncul dalam persidangan video untuk perbicaraan kes kesalahan trafik semasa sedang bertugas.
Portal The Sacramento Bee melaporkan, Dr. Scott Green muncul pada Khamis untuk perbicaraan Mahkamah Tinggi Sacramento, yang diadakan secara dalam talian kerana wabak COVID-19 dari bilik pembedahan.


Dia memakai pakaian untuk melakukan pembedahan dengan pesakit yang menjalani prosedur di luar pandangan dan bunyi mesin perubatan boleh didengar di belakang.


"Hai, Green? Adakah anda bersedia untuk perbicaraan?" tanya kerani mahkamah sementara pegawai yang yang hadir dalam perbicaraan bertanya "Adakah sekarang kamu berada di bilik pembedahan?"

"Ya, tuan, saya berada di bilik pembedahan dan bersedia untuk dibicarakan," jawab Green.

Petugas itu kemudiannya mengingatkan Green bahawa proses tersebut disiarkan secara langsung kerana kesalahannya dibolehkan oleh undang-undang untuk disiarkan kepada umum.

Green menyatakan faham dan terus sambung bekerja sambil menunduk sementara menunggu Komisioner Mahkamah, Gary Link memasuki kamar.

Ketika Link muncul dan melihat doktor di layar, beliau ragu-ragu untuk meneruskan perbicaraan kerana isu pesakit.

"Saya mempunyai pakar bedah lain di sini yang melakukan pembedahan dengan saya, jadi saya boleh berdiri di sini dan membenarkan mereka melakukan pembedahan juga," kata Green.

Hakim mengatakan bahawa dia tidak menganggap wajar untuk menjalankan perbicaraan dalam keadaan seperti itu.

Dia mengatakan kepada Green bahawa dia akan menetapkan tarikh baharu untuk perbicaraan pada masa Green tidak mempunyai jadual pembedahan.

Green kemudiannya meminta maaf.

"Kadang-kadang, pembedahan tidak selalu berjalan lancar," kata Green.

"Ia berlaku. Kita mahu menjaga kesihatan orang, kita juga mahu mereka hidup. Itu penting,” kata Link.

Lembaga perubatan California kemudian dilaporkan akan meneliti insiden itu dan berharap doktor mengikuti standard perawatan ketika merawat pesakit.

Sementara itu, usaha untuk mendapatkan kenyataan daripada Green masih belum diperoleh.


 

CG Sponsors




Top
Log in Register