BTC USD 106,010 Gold USD 3,355.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

[DIY] - Konfigurasi ADSL Modem Sebagai Router

zolympus

Elite Member
Messages
3,417
Paid Membership
Joined
Dec 21, 2005
Messages
3,417
Reaction score
247
Points
33
Sesetengah modem yang diberi oleh Streamyx (ataupun Streamyx recommended) boleh di set sebagai router. Dalam masa 6 bulan aku pakai Streamyx ni, aku dah cuba 3 jenis modem (Aztech DSL600E, Triz 3200C & ZTE ZDSL831) dan harap dgn pengalaman yg sedikit bolehlah membantu. Benda ni sebenarnya dah ada dalam modem tu sendiri. Cumanya, kita tak perasan. Secara default, modem didatangkan dalam bridge mode (kita kena 'dail'. Tapi, kalau guna router mode (kena set dulu la) .. on sahaja modem, tunggu lampu ADSL tak berkelip dah terus boleh masuk Internet selepas itu. Tak perlu dail. One step short dibandingkan dengan sebelum ini.

NOTA: TIDAK SEMUA ADSL MODEM MEMPUNYAI BUILT IN ROUTER FUNCTION

Langkah 1: Cuba http://192.168.1.1 di perisian pelayar Internet (IE/Firefox) dan lihat sekiranya ada prompt utk masukkan username dan password. Sekiranya ada, besar kemungkinan anda boleh configure router function berkenaan boleh dikonfigurasikan melalui web management console.

Langkah 2: Dapatkan model modem berkenaan. Ini kerana, setiap modem mempunyai setting yang berlainan.

Langkah 3: Setiap modem mempunya default password yang berbeza. Sebagai contoh;

Aztech DSL600E
Username : admin
Password : admin
Triz 3200C
Username: admin
Password: telekomst
ZTE ZXDSL 831
Username: ZXDSL
Password: ZXDSL

atau

Username: ADSL
Password: expert03

KASDA KE318D
Username: admin
Password: telekomst

DB102
Username: tmadmin
Password: tmadmin

HUAWEI smartAx MT800A
Username: admin
Password: admin

Caremo (Router/Bridge)
Username : admin
Password : epicrouter

Compex (ADSL 2/2)
Username : admin
Password : password

Yang penting sekarang, kenalah tahu model modem yang digunakan selepas itu barulah kita boleh proceed ke langkah yang seterusnya
 
Last edited:
Sponsored Post

cayang77 said:
:-D waa... menarik nih... aku guna KASDA KE318D ADSL modem yang provided dari telekom malaysia... bleh diset sebagai router ke? kalo bleh... tolong2.. :lol:
Boleh. Utk access ke modem web management console;

KASDA KE318D
Username: admin
Password: telekomst

Cara untuk set boleh didapat di sini. Buat slow slow. Kalau agak sukar untuk follow, print dulu artikel tersebut;
http://www.dslreports.com/faq/11956

Di ruangan PPP di http://192.168.1.1/MainPage?id=25

Username dan password yang patut diletakkan di situ ialah username dan password streamyx anda.

username: username-streamyxanda@streamyx
password: password-streamyx-anda

HARDENING !! PENTING!!
1. Tukar port setting dari default 80 kepada nombor port lain. Nombor port setting berkenaan mestilah antara 61000-62000 utk modem ini

http://192.168.1.1/MainPage?id=29

Ada tiga field iaitu HTTP, telnet dan ftp. Masukkan nombor yang berlainan setiap satu. Contoh.

HTTP : 61080
telnet : 61023
FTP : 61021

Selepas ini, bila anda hendak masuk ke console semula (dengan web/http request), kena masukkan IP modem dan port HTTP. Contohnya, nombor port baru ialah 61080.

Sebelum: http://192.168.1.1
Selepas: http://192.168.1.1:61080

1. Tukar default password modem anda kepada password lain. Ini untuk mengelakkan individu dari luar akses modem anda dan mencuri username dan password streamyx (possibility ini boleh jadi)

http://192.168.1.1/MainPage?id=3#

Jangan lupa COMMIT & REBOOT selepas itu. Modem akan simpan setting baru dan restart selepas itu.

Harap membantu ! :-D
 
bono79 said:
bro zoly,

aku pakai DSL600E (stended TM bagi) dan dpt masuk console tu...ape nak kene tuko eh?? bagus juge kalau leh set router neh, takyah beli router lagik...kekeke...
Basically, utk modem/router ini, kita akan tukar dari bridge mode sesuatu modem itu kepada router mode.

DSL600E spesifikasi:
http://www.aztech.com/prod_adsl_dsl600e.html

Utk konfigurasi DSL600E, boleh ikut di sini;
ftp://ftp.aztech.com/Malaysia/ADSL/DSL600E/DSL600E_bridge_routerv1.pdf

Sebenarnya, cara utk setting lebih kurang sama dari satu modem ke modem yang lain. Seperti kita guna gmail, Hotmail dan Yahoo. Ada beza, tapi lebih kurang sama.

NOTA TAMBAHAN UNTUK PENGGUNA TORRENT
Port forward mestilah dikonfigurasi untuk mengelakkan perisian client torrent anda melaporkan NAT setting error.

Penggunanaan router mode, kadangkala menyebabkan torrent download lebih perlahan dari penggunaan bridge mode (PPP dialling). Tapi, bagi aku sendiri, kenalah sacrifice sedikit. Sudahlah main online investment ni dah cukup berisiko, takkan nak tambahkan risiko lagi ye tak? Minimakan seminima mungkin.

Harap membantu ! :-D
 
crkb said:
tokmat said:
Huh....
Hebat zolympus ni.....
Banyak membantu ni....

wahh...hebat ni...nak cuba la.. :D
tak perlu dial...
Ceh. Tak ada hebat pun. Benda dah ada, tinggal guna je ehehehe.

Mengenai "tak perlu dial" ni, yang sebenarnya router yang mendial untuk anda sebab itu kena letak username dan password streamyx di dalam console tadi. :-D

Jangan lupa "save" atau "commit" bila sudah ubah konfigurasi modem anda.
 
Sponsored Post

CG Sponsors


--->

Back
Top
Log in Register