BTC USD 96,257.1 Gold USD 2,638.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Divisyen Tentera Islam dalam tentera Nazi Adolf Hitler

bono79

Active Member
Messages
2,447
Joined
Jan 6, 2006
Messages
2,447
Reaction score
0
Points
20
Menarik Untuk Dibaca

Assalammualaikum...

Kalau korang ada terjumpa apa2 keratan material bacaan yang menarik dan rare, bole la paste kat sini...ianya boleh terdiri daripada bahan bersifat keagamaan, sejarah peradaban dunia, ekonomi, sukan atau apa sahaja...berita pertama kali ni berkisar ttg Adolf Hitler...diktator German yang penuh misteri...beliau pernah menubuhkan Divisyen Perang Islam???...pelik tapi benar...mende2 camni buatkan kite seme terpikir jauh dan di dalam benak mula mencari lebih banyak kebenaran yang jitu...mungkinkah kebanyakan sejarah yg kita ketahui sekarang adalah olahan?? Telah diubah? Ada banyak kisah yang tidak disampaikan...semoga Allah bersama orang-orang yang benar...wallahualam...
 
Sponsored Post

Adolf Hitler tubuhkan divisyen tentera Islam

Susunan: SITI AINIZA KAMSARI
Satu pendedahan yang agak menggemparkan muncul baru-baru ini apabila Institut Kajian Aero dan Angkasa Malaysia (IKAM) menemui fakta-fakta menarik di sebalik kajian IKAM terhadap data sejarah Operasi Divisyen Hanzar!

Pendedahan itu menimbulkan kekeliruan mengenai siapakah sebenarnya Adolf Hitler? Dalam banyak catatan sejarah, tidak ada yang positif bagi menggambarkan pemimpin Jerman semasa Perang Dunia Kedua ini. Bukan sahaja negatif malah namanya masih dicaci sehingga hari ini kerana tragedi holocaust. Jutaan orang Yahudi mati dipercayai kononnya angkara perintah Hitler.

Bagaimanapun, sesuatu yang menghairankan sebaliknya terjadi. Hitler didapati masih mempunyai nilai toleransi yang tinggi dengan membenarkan penubuhan beberapa divisyen tentera beragama Islam di dalam kem atau menjadi sebahagian daripada bala tentera nazi Jerman.

Menurut Jeneral Leon Degrelle, seorang komander divisyen Waften SS (askar rakyat) Jerman, ada tiga divisyen Waffen SS yang 90 peratus anggotanya beragama Islam. Jumlah anggota dalam ketiga-tiga divisyen ini pula berjumlah 60,000 orang.

Antara tiga divisyen tentera beragama Islam Waffen SS ini, divisyen tentera paling terkenal adalah Divisyen ke-13 Waffen SS Hanzar. Divisyen ini beroperasi di Balkan dengan 90 peratus anggotanya berbangsa Albania, Bosnia dan Croatia yang beragama Islam. Bakinya orang Croat beragama Kristian Katolik yang berjumlah 21,000 orang.

Operasi Divisyen Hanzar mendapat perhatian IKAM kerana ia sesuatu yang sangat unik dan menakjubkan. Operasi tentera udara sukarela Croatia berjaya menembak jatuh hampir 300 kapal terbang tentera udara Rusia (komunis) sedangkan kapal terbang mereka yang dimusnahkan tentera udara Rusia kurang daripada 10 pesawat ketika Perang Dunia Kedua tercetus di Balkan.

Hanzar adalah perkataan Arab, Bosnia dan Croatia yang bermaksud parang. Parang hanzar ini dipilih sebagai nama rasmi dan juga simbol bagi Divisyen ke-13 Waffen SS.

Pakaian rasmi Divisyen Hanzar pula sama seperti pakaian rasmi Waffen SS yang lain. Cuma bezanya, anggota tentera Divisyen Hanzar memakai tarbus. Dari segi persenjataan, anggota pasukan ini juga dilengkapkan dengan senjata seperti anggota Waffen SS lain.

Namun IKAM mendapati apa yang lebih menarik ialah terdapat seorang tokoh Islam yang mampu menjalinkan hubungan baik dengan Hitler. Dia turut berperanan sebagai pemimpin Divisyen Hanzar.

Beliau ialah Mufti Besar Baitulmaqdis, Haji Amin Al Husseini. Beliau ialah pemimpin yang berpengaruh di Wilayah Arab terutama di kalangan pemimpin Arab Palestin.

Sepanjang Perang Dunia Kedua itu, Amin Al Husseini menetap di Jerman bagi menentukan pembentukan koordinasi antara fahaman Nazi dan polisi Arab sehingga membawa kepada pembentukan Divisyen Hanzar pada Februari 1943.

Divisyen Hanzar dihantar mengikuti latihan ketenteraan di Perancis sebaik sahaja penubuhannya. Ia mula beroperasi di Balkan pada Februari 1944. Divisyen ini beroperasi dengan jayanya menentang gerila komunis Partisan pimpinan Josip Broz Tito dan juga tentera Rusia.

Walaupun jawatan Muftinya dilantik oleh kerajaan British yang ketika itu menjajah Palestin, namun Amin Al Husseini merupakan seorang yang sangat membela Islam. Beliau juga bertanggungjawab menyekat kemaraan dan kemasukan beramai-ramai Yahudi ke Eropah setelah kaum itu gagal di sekat memasuki wilayah Palestin.

Generasi sekarang hanya mengenali Hitler namun ketokohan Amin Husseini sebagai pejuang Islam pada Perang Dunia Kedua sangat jarang diketahui. Malah beliau seorang yang banyak berjasa menggerakkan kebangkitan orang Islam selepas kekalahan kerajaan Uthmaniah (Ottoman) di Palestin diikuti Mesir dan Iraq.

Malah beliau merupakan mentor perjuangan kepada pemimpin Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Allahyarham Yassier Arafat dan ketua pemimpin dan pejuang Islam yang lain.

Walaupun ada laman web yang memburuk-burukkan nama Amin Al Husseini kerana dituduh terlibat dalam pembunuhan orang Kristian di Balkan namun paparan gambar sepanjang hayat beliau jelas menunjukkan tokoh ini mampu menerokai hubungan antarabangsa yang cukup luar biasa terutama berjaya menjalinkan satu hubungan dengan Hitler.

Presiden IKAM, Norul Ridzuan Zakaria berkata, adalah satu isu yang sangat menarik apabila Hitler memberikan persetujuan untuk menubuhkan Divisyen Hanzar dan toleransinya terhadap kegiatan anggota divisyen berkenaan yang majoritinya terdiri daripada orang Islam.

“Sebelum ini begitu banyak fakta menjelaskan bahawa Hitler adalah se-

orang diktator yang kejam dan tidak bertoleransi terhadap keagamaan, apa tah lagi Islam,” katanya dalam satu rencana yang disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan baru-baru ini.

Menurut Norul Ridzuan, setiap batalion atau rejimen dalam Divisyen Hanzar akan dilengkapi seorang imam dan seorang guru agama yang bertugas untuk memastikan setiap anggota divisyen ini terus mengekalkan cara hidup sebagai muslim.

“Di samping itu, divisyen ini kerap menerima kunjungan Mufti Baitulmaqdis Imam Amin Al-Husseini yang melengkapkan pengisian rohani anggota divisyen ini,” katanya.

Sebagaimana fakta sejarah merekodkan kekalahan tentera-tentera Nazi dalam Perang Dunia Kedua itu, begitu juga nasib yang diterima oleh tentera Divisyen Hanzar yang terpaksa menyerah diri pada Mei 1945 apabila pasukan tentera Jerman berundur dari Balkan. Lebih malang lagi kesemua mereka kemudian dibunuh oleh diktator Tito yang disokong oleh British dan Rusia.

Mungkin satu semakan semula sejarah Hitler perlu dibuat. Ini kerana hubungan baik Hitler dan Amin Al Husseini tentunya tidak terhad atas kepentingan politik dan mengembangkan pengaruh masing-masing.

Pasti masih ada sesuatu yang telah disembunyikan daripada pengetahuan umum di sebalik Hitler yang sering diburukkan dengan holocaustnya itu. Benarkah beliau sekejam itu?

Persoalan ini ditimbulkan oleh Pesiden Iran, Ahmadinejad baru-baru ini mengenai sejauh mana kebenaran holocaust. Ujar pemimpin itu, jika benar ia wujud maka itu sepatutnya menjadi dosa orang Eropah.

“Tetapi mengapa rakyat Palestin dan umat Islam yang terpaksa menanggungnya. Namun, kita meyakini Barat sebenarnya telah berjaya diperalatkan oleh Yahudi untuk menghancurkan negara Islam demi kelangsungan rejim dan puak Israel,” katanya.
 
1. Apakah hukum anak perempuan menipu sijil mati bapanya seperti kes yang berlaku di pantai timur negara baru-baru ini. Penipuan itu dibuat semata-mata untuk bernikah dengan lelaki pilihannya?

JAWAPAN: Menipu itu bukan sifat orang Islam. Orang suka menipu akan ditempatkan ke dalam neraka. Hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, “Sesungguhnya dusta itu akan membawa seseorang itu kepada kehancuran dan kehancuran itu kelak akan membawa seseorang ke neraka.” (Riwayat al-Bukhari). Wanita yang mendustakan surat mati bapanya itu perlu meminta maaf daripada ayahnya dan bertaubat kepada Allah s.w.t.. Perbuatan wanita itu boleh mendatangkan banyak masalah di antaranya perkahwinan mereka tidak sah. Jika mahkamah dapat tahu hal ini perkahwinan mereka boleh dibatalkan, kemudian bayangkan pula perasaan ibu bapa yang telah mengasuh dan membesarkan dia dengan penuh susah payah akhirnya dibalas dengan racun. Seorang anak dara tidak sepatutnya membuang ibu bapa dan sanak saudara semata-mata mengikut jejaka pilihannya. Sekiranya berlaku apa-apa masalah yang tidak diingini pada siapa dia mahu bergantung? Ingatlah keredaan kedua-dua ibu bapa adalah keredaan Allah jua.

2. Dalam perjalanan ke kedai makan bersama kawan saya, saya melalui sebuah rumah di mana tuan rumah itu sedang membasuh lantai garajnya. Pada ketika itu anjing kepunyaan tuan rumah itu ada bersama. Saya tidak tahu sama ada anjing itu basah atau tidak. Apabila saya berada betul-betul di hadapan rumahnya, anjing itu tiba-tiba mengibas-ngibaskan badannya seperti ingin mengeringkan badannya. Saya terkejut dan terasa seperti ada air yang terkena pada tangan dan pakaian saya. Tetapi, apabila saya periksa di tangan, tiada sumber-sumber air terdapat di situ. Saya was-was dengan keadaan saya. Kawan saya berkata bahawa jangan was-was. Kerana jika kita was-was, wajib samak. Jika kita pasti tidak ada air kena pada badan maka tidak perlu samak. Maka saya pun buat seperti biasa dan mengerjakan solat selepas itu dengan biasa.

a. Wajibkah saya menyamaknya? Jika ya, bagaimana caranya?

b. Adakah solat saya batal? Wajibkah saya ganti?

JAWAPAN: Lebih baik saudara samak, sebabnya saudara terasa ada air yang merecik daripada anjing itu dan terkena pada tangan saudara. Walaupun tidak ada kesan tetapi deria kulit saudara telah mengesan percikan air daripada badan anjing. Samak saudara adalah sebagai langkah menghilangkan was-was atau keraguan. Mungkin dengan cara menyamak saudara lebih tenang dan sekali gus dapat menghilangkan pelbagai kemungkinan.

Adapun cara menyamak adalah seperti mana yang telah diajar oleh Nabi s.a.w. iaitu basuh tempat yang terkena najis itu sebanyak tujuh kali dan salah satunya dengan tanah.

Solat saudara sah dan tidak perlu diganti, ini kerana najis yang memercik daripada anjing itu tidak kelihatan secara jelas dengan mata kasar, jadi dengan demikian tidak boleh dianggap batal. Saranan supaya samak adalah demi menghilangkan keraguan pada diri saudara.

3. AYAH saya berumur 75 tahun dan ibu 67 tahun yang masih belum menunaikan fardu haji. Melihatkan keadaan mereka, saya rasa adalah sangat baik jika mereka dapat menunaikan rukun Islam tersebut dalam waktu yang terdekat ini. Bagaimanapun, jumlah simpanan mereka masih belum mencukupi. Anak-anak pula semakin bertambah jumlah bebanan, menyebabkan pemberian kepada orang tua semakin kurang dan hanya cukup untuk menyara hidup mereka seharian. Kebetulan saya sedang mempertimbangkan untuk membuat peminjaman semula (refinance) rumah saya secara Islam. Saya boleh memperoleh sejumlah lebihan wang tunai hasil daripada urusan tersebut. Wang tersebut ingin saya gunakan untuk mencukupkan jumlah simpanan Tabung Haji kedua orang tua saya, agar mereka dapat menunaikan haji dengan segera. Adakah wang tersebut sah untuk digunakan? Adakah ia akan memberi kesan kepada ibadah haji yang bakal dilakukan?

JAWAPAN: Wang daripada hasil refinance boleh digunakan untuk menunaikan ibadat haji, dan hajinya dikira sah dalam Islam. Usaha saudara yang ingin refinance rumah daripada bank dan hasilnya diberikan kepada orang tua untuk membolehkan mereka menunaikan ibadat haji adalah satu usaha yang patut dipuji. Saudara perlu ketahui bahawa ibadat haji ini wajib dilaksanakan oleh mereka yang berkemampuan fizikal dan material. Mereka yang tidak mempunyai kemampuan material tidak wajib. Hukum ini berdasarkan kepada firman Allah yang bermaksud, Mengerjakan haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah, iaitu bagi orang-orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah. (Ali Imran: 97)

Untuk pengetahuan saudara, ada pandangan daripada segelintir ulama di beberapa negara yang mengharuskan seseorang itu berhutang untuk menunaikan ibadat haji. Yang paling afdal adalah menunaikan haji dengan duit yang mutlak milik kita dan bukan dengan berhutang. Dalam masalah saudara, yang bakal pergi haji adalah kedua-dua orang tua dan duit itu sebagai pemberian saudara kepada mereka, maksudnya mereka tidak terikat dengan hutang ini. Maksudnya tidak ada halangan, dan haji mereka sah dan diterima Allah s.w.t..
 
Umar Khayyam penyair dan pakar matematik

UMAR Khayyam terkenal dengan namanya sebagai seorang penyair unggul Parsi dan ahli astronomi. Beliau juga dikenali sebagai ahli matematik Islam yang telah memperkenalkan sebuah persamaan parsiel antara algebra dengan geometri.

Nama penuh Umar Khayyam ialah Umar Ibnu Ibrahim al-Khayyami. Beliau dilahirkan di Nisyapur, Semenanjung Khurasan pada 433H/1040M dan meninggal dunia pada 517H/ 1123-1124M.

Sejak kecil beliau sudah memperoleh pendidikan yang baik dan teratur daripada orang tuanya yang memang termasuk dalam kategori orang berada.

Salah seorang gurunya ialah Imam Muwaffak, pendidik yang amat terkenal di Nisyapur. Kecemerlangannya, berjaya menarik perhatian Sultan Malik Syah sehingga ditawarkan untuk berkhidmat di istana.

Namun, Umar Khayyam tidak berminat. Beliau lebih tertarik kepada dunia keilmuan, sastera dan sains. Oleh itu, sultan telah mendirikan sebuah observatori astronomi yang menjadi tempat Umar Khayyam mengembangkan ilmunya. Di samping itu, beliau juga dilantik menjadi ketua kepada lapansarjana yang melakukan penelitian astronomi di Perguruan Tinggi Nizamiah, Baghdad, Iraq.

Para ilmuwan ini kemudian melakukan modifikasi terhadap perhitungan takwim Islam. Pembaharuan ini didasarkan pada pemikiran dan juga kenyataan bahawa manusia hanya mengenal tahun syamsiyah (yang mempunyai 365 hari) dan tahun qamariah (354 hari).

Pada dasarnya ini merupakan sebuah tugas mirip dengan revisi yang dilakukan oleh Paus Gregory XIII pada 1528M terhadap kalendar Kristian atau kalendar Julian (Julius Caesar) yang telah dipakai sejak 46M. Hasil kerja kelompok Umar Khayyam ternyata jauh lebih baik berbanding yang dilakukan oleh Paus Gregory XIII.

Sejak 1079M, Umar Khayyam telah mula menerbitkan hasil penelitiannya berupa gambar rajah astronomi yang dikenali sebagai Zij Malik Syah. Begitu juga karyanya dalam bidang matematik, khususnya mengenai algebra serta sebuah buku penyelidikan daripada buku The Difficullies of Euclid’s Definitions (Kesulitan Definis Fuclides). Semuanya sehingga kini masih tersimpan dengan baik.

Karyanya tentang Al-Jabr (Algebra) telah diterjemahkan dan disunting oleh F.Woepeke ke dalam bahasa Perancis (1857M). Ia merupakan sumbangan amat berharga bagi negerinya serta bagi pengajian bidang matematik pada umumnya.

Beliau merupakan orang pertama secara ilmiah mengklasifikasikan persamaan-persamaan tingkat satu (persamaan Linear) serta memikirkan kemungkinan dan mengutamakan masalah persamaan pangkat tiga (kubik) yang berpangkal daripada persamaan umum. Lain halnya dengan al-Khawarizmi yang lebih banyak mencurahkan perhatiannya kepada persamaan kuadrat.

Umar Khayyam turut menghasilkan Jawami al-Hisab yang mengandungi rujukan awal mengenai segi tiga Pascal dan menguji balik postulat V Euclides yang berkait dengan teori garis sejajar.

Dalam satu risalahnya, beliau membincangkan kesulitan definisi Euclides yang menggambarkan segi empat ABCD dengan sisi AB dan DC yang sama dengan yang lain.

Umar Khayyam dan al-Thusi juga menyedari bahawa ada kemungkinan jumlah sudut sebuah segi tiga kurang daripada 180 darjah.

Karya syair Umar Khayyam disusun dalam satu kumpulan rubaiyyat atau quatrain (syair empat baris). Kebanyakan karyanya menyingkap kerendahan hati dan sifatnya kepada Allah s.w.t.. Bahkan, hasil karya Umar Khayyam telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh Fitz Gerald pada 1859M.

Pada 1893, E.H. Whinfiel pernah menterjemahkan sebuah buku edisi Umar Khayyam, 500 Quatrains, A Scholarly Work. Kemudiannya pada 1902, Bjerregard telah menerbitkan buku Sufi Interpretations of the Quatrains of Omar Khayyam and Fitz Gerald.
 
Apakah Ada Dalang Tsunami Asia? Tarikh: 1/17/2005 6:32:49 PM “Negara lain ada yang terlibat dengan keganasan jenis ekologi, di mana mereka boleh ubah suai cuaca, menyebabkan gempa bumi
Apakah Ada Dalang Tsunami Asia? Tarikh: 1/17/2005 6:32:49 PM


“Negara lain ada yang terlibat dengan keganasan jenis ekologi, di mana mereka boleh ubah suai cuaca, menyebabkan gempa bumi atau gunung berapi dari jauh, melalui penggunaan gelombang elektromagnetik.” Setiausaha Pertahanan Amerika William S. Cohen, April 1977. Kejutan besar! Kita boleh menganggap yang Cohen sudah pun tahu betapa senjata nuklear boleh menghasilkan apa yang beliau rujuk secara tidak langsung sebagai “gelombang elektromagnet”.
Di sebalik kecenderungan manusia secara semula jadi untuk terkejut sambil menutup mulut oleh angka menakutkan akan kematian serta kecederaan yang terjadi merentasi Asia pada 26 Disember 2004, serta di sebalik sedikit ketakutan akan kehilangan kredibiliti peribadi kerana darjah jenayah yang jelas, terdapat banyak keganjilan dalam cerita rasmi tsunami oleh Amerika yang perlu direkodkan sekarang, atau selamanya akan lenyap oleh perubahan masa. Ianya melampaui batas keraguan yang ombak tidal gergasi (tsunami) yang menghempas sepanjang laluannya melalui Asia Selatan dan Asia Tenggara, serta masih lagi berupaya bergerak jauh merentasi Lautan Hindi sehingga ke Afrika, di mana ia membunuh serta mencederakan lebih ramai mangsa.

Jadi satu-satunya soalan yang mesti kita tanya ialah, apakah tsunami itu bencana yang berlaku secara semula jadi atau dari buatan tangan-tangan jahat manusia sendiri? Jika ia bencana semula jadi memanglah menggerunkan, akan tetapi sekiranya tsunami itu adalah hasil buatan manusia, kita tanpa ragu sedang menghadapi satu jenayah perang yang terbesar dalam sejarah sejagat.

Untuk memahami keganjilan itu, kita mesti bermula pada garis permulaan dan kemudiannya mengikuti turutan kejadian apabila ceritanya berkembang, terutamanya kejadian di kawasan berhampiran pusat tsunami sebenar, kerana lokasi pusat tsunami sebenar agak berbeza dari lokasi yang dijaja oleh New York Times serta CNN.

Pada tengah hari waktu tempatan Australia saya dengan tekunnya telah merakamkan magnitud serta kedudukan yang diplot oleh Pejabat Geofizik Jakarta di Indonesia. Gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Richter telah menggegarkan kawasan utara Pulau Sumatera. Pejabat Geofizik Jakarta dengan teliti telah menyatakan yang pusat kejadian itu ialah 155 batu ke Barat Daya Wilayah Acheh.

Lokasi itu secara tepatnya ialah 250 batu ke Selatan dari kedudukan yang dipilih kemudiannya oleh NOAA Amerika, yang telah memplot pusat gegaran sebagai di Barat Laut Acheh, serta pada awalnya mendakwa bacaan 8.0 pada skala Richter. Akhirnya, apabila angka sebesar itu tidak mencukupi bagi menyebabkan kerosakan yang amat luar biasa itu, jadi NOAA secara bertahap telah menaikkan bacaan kepada 8.5, kemudiannya 8.9 dan akhirnya 9.0-sekurang-kurangnya buat masa ini.

Jadi, kepelikan pertama yang terbukti telah dijaja oleh para Pegawai NOAA Amerika yang tetiba mencipta puncak gelombang seismik baru yang ‘boleh berubah’ bagi kejadian tersebut, dengan magnitud yang jauh lebih besar dari yang direkodkan Jakarta sedangkan pejabat Jakarta terletak lebih dekat jaraknya dari pusat gegaran. Percayalah apabila saya mengatakan tidak benar adanya kemuncak magnitud gegaran yang ‘boleh berubah’ seperti didakwa oleh NOAA. Kemuncak gegaran pertama yang direkodkan itu adalah satu-satunya kemuncak gegaran yang sebenarnya, melainkan sekiranya secara insani telah dengan sendiri melakar kemuncaknya di pengesan bagi menyesuaikan dengan agenda yang sedang dilaksanakan itu. Secara semula jadinya hanya terdapat satu sahaja pusat gegaran yang dengan setianya dirakam oleh perakam seismik milik Indonesia dan India.

Selain daripada perbezaan ketara akan angka bacaan Richter, pihak berkuasa Indonesia serta India terpegun kerana mendapati ‘gegaran awal’ gempa bumi seperti lazimnya tidak dikesan oleh carta seismografi. Kesemua ini bermaksud yang gelombang “s” biasa yang meningkat dengan ketara yang mendahului suatu gempa bumi telah tidak dikesan, seperti mana gegaran susulan yang senantiasa berlaku selepas gempa bumi secara semula jadi atau pun yang dihasilkan oleh teknologi Tesla. Terdapat ‘beberapa amaran’ akan gegaran susulan yang dikeluarkan NOAA akan tetapi tidak satu pun yang berlaku.

Bagi memudahkan untuk difahami oleh pembaca yang tidak memahami teknikal, satu gempa bumi sentiasa sahaja akan dipicu oleh alunan frekuensi elektromagnetik pada jarak 0.5 sehingga 12 Hertz, akan tetapi ia bukanlah proses mendadak, kerana alunan frekuensi itu mesti tepat. Lantas apabila alunan sebenar menghampiri, garisan lemah akan mula bergegar seperti seutas tali yang diikat dengan tegang, sambil mengeluarkan amaran kepada ahli seismografi dalam bentuk gelombang melintang yang meningkat dengan bermakna.

Sekiranya anda hanya mendapati sekumpulan gelombang tekanan “p”, anda secara pastinya melihat kesan oleh letupan bawah tanah mahupun di bawah permukaan laut. Hakikatnya inilah satu-satunya isyarat gegaran yang pihak Indonesia dan India terima, dan mereka melihatnya dengan penuh minat kerana ia menyamai apa yang telah dihasilkan banyak tahun dahulu oleh senjata-senjata nuklear besar yang diletupkan bawah tanah di Nevada.

Kerajaan India memang tahu yang tragedi ini bukanlah gempabumi “normal”. Pada 27 Disember India telah enggan menyertai perancangan ‘Kelab Empat Buah Negara’ tajaan Bush, yang secara efektifnya akan menarik kuasa nuklear Asia ini dari pakatan barunya dengan Russia, China dan Brazil. Pada 28 haribulan Disember kerajaan India dengan sopannya telah memberi amaran kepada tentera AS supaya menjauhi wilayah kedaulatan India, dan pada 29 Disember editorial India Daily secara terbuka menyoal perihal gempabumi itu: “Apakah ini satu pertunjukan kekuatan oleh sebuah negara bagi mempamerkan pada rantau ini akan huru-hara yang boleh dicipta?”… “melihat kepada kemudnahan serta fata yang India adalah kuasa serantau di Asia Selatan, Tentera Laut India bertanggungjawab bagi menyiasat serta memberitahu dunia akan apa yang telah ditemui mereka.”
 
Kita akan kembali kemudian kepada tugasan mudah secara relatif bagi menghantar senjata termonuklear multi-megaton ke dasar Jurang Laut Sumatera dan kemudiannya meletupkan ia dengan kesan yang menakjubkan, akan tetapi buat masa ini kita perlu kembali kepada tugasan awal untuk mengikut jejak peristiwa dan kepelikan yang sukar diterangkan. Pertamanya kita perlu belayar ke Selatan ke pulau padang pasir yang jauh yakni Australia yang kini diperintah oleh kodok setia Wall Street yang dikenalisebagai Johnny Howard si kerdil. Bagi memualkan kebanyakan dari “khadam” Australia, Johnny yang kerdil itu tidak pernah keluar meninggalkan Australia melainkan jika ia mendapat titah dari salah seorang penguasa di New York. Ingatlah akan hakikat ini, kerana ianya tersangatlah penting dalam melihat apa yang dilakukan Australia kemudiannya.

Pada pagi 27 Disember, media Australia (yang dikuasai New York) telah menyatakan dengan jelas yang negara paling teruk dihenyak tsunami ialah Sri Lanka, sebuah Pulau pada penghujung Selatan India yang seperti mana Australia juga adalah anggota Komanwel British. Menurut Tim Costello, Ketua salah sebuah badan kebajikan Australia, telah membuat perancangan segera bagi terbang ke kawasan itu dan menilai keperluan bantuan. Akan tetapi pada pagi yang sama, si Kerdil Johnny pula bertindak sebaliknya, yang mana berdasarkan kepada penghambaan diri yang memang diketahui itu, semestinya telah menerima arahan melalui talian telefon sulit dari Wall Street.

Dalam gelagat yang benar-benar sulit, Si kerdil Johnny telah secara rahsia menghantar dua buah pesawat pengangkut Hercules RAAF yang sarat dengan bantuan ke Malaysia untuk ‘bersedia’, dan mengarah dua lagi ke Darwin bahagian Utara Australia. Tolong perhatikan sekiranya si Kerdil itu mengambil berat akan kemanusiaan, kesemua empat buah pesawat Hercules tentu sahaja akan terbang terus ke rakan Komanwelnya Sri Lanka, di mana setiap rakyat Australia sudah pun diberitahu oleh media bagaimana bantuan amat diperlukan. Akan tetapi ia tidak berlaku sebegitu, dan Si Kerdil itu menanti dengan sabar titah dari New York.

Tempoh menanti itu begitu pendek, sejurus selepas jet peninjau paras tinggi mengesahkan yang landasan terbang di Medan Sumatera Timur boleh digunakan, kesemua empat Hercules Australia yang lengkap dengan tentera, senjata dan peralatan lain telah menceroboh Sumatera di Selatan dari Wilayah Acheh. Sebaliknya, dengan 90 peratus penduduknya terbunuh oleh gempa bumi dan tsunami, Acheh mungkin pada satu hari nanti menjadi Guantanamo Bay Indonesia, yang dihurungi oleh tentera AS dan Australia yang lengkap bersenjata lengkap.

Ingat dengan cermat, tatkala kesemua empat buah pesawat Hercules mendarat di Medan, orang awam Australia tidak tahu langsung betapa Sumatera telah dihenyak teruk. Hanya Johnny yang kerdil itu sahaja tahu, begitu juga mereka yang berada di New York. Persetankan Sri Lanka, ketuanya mahukan pangkalan utama bagi kontrak pembinaan semula di Asia, yang perlu untuk menggantikan rompakan minyak serta pembinaan semula yang gagal di Iraq serta menyibukkan Zion yang malang di New York untuk beberapa minggu dan bulan lagi.

Akhirnya, peduli apa berapa ramai Goyim yang perlu mati? Dan , hei bukankah mereka sudah pun berjaya membunuh lebih 100,000 orang Islam di Sumatera
dengan satu ombak besar sahaja yang mana adalah sebahagian dari membalas dendam akan kekalahan mereka di Afghanistan dan Iraq.

Tidak perlu kita mengulas betapa tentera Australia hanyalah sebagai gerombolan pembuka jalan yang kemudiannya akan disertai tentera AS yang sungguh menghairankan dalam keadaan telah bersedia dan lengkap, walaupun adalah meragukan betapa setiap pegawai dan soldadu yang terlibat benar-benar tahu yang sedang berlaku. Hanya segelintir yang bertanya kenapa mereka yang terlatih selama setahun untuk membunuh tetiba bertugas pula bagi “Misi Kemanusiaan”, apa lagi bila kita melihat tujuan asal pembentukan Tentera Laut AS dan Marin Korp ialah untuk membunuh manusia dalam jumlah yang besar. Perhatikan saja Fallujah.

seolah-olah satu silap mata, Pentagon mampu menyediakan dua kumpulan armada tempur untuk segera belayar pada arahan segera dari Hong Kong dan Guam dalam suasana sambutan Krismas dan Tahun Baru. Menakjubkan! Disiplin tentera menjadi haru biru sejak zaman saya lagi, apabila setiap orang pasti lalai dan santai terutama ketika cuti sebegitu. Tetapi amat berlainan bagi 10,000 lebih tentera Amerika ini, yang pastinya berdiri tegak di tepi katil buai sepanjang masa dengan penuh perhatian apabila seorang pegawai menjengahkan mukanya.

Langkah berikutnya telah dipentaskan dengan hebat kerana ia berlaku di laut lepas, amat jauh dari mata perisik yang mengintai atau ejen KGB. Tetapi..oops, pertamanya anda perlu tahu siapa yang terlibat. Dari Hong Kong bergegas pasukan pertama, yang terdiri dari kapal USS Abraham Lincoln yang berkuasa nuclear serta kapal pengiringnya, sementara pasukan yang lebih menarik ialah Tim kedua yang digegaskan dari Guam, dengan dikepalai kapal USS Bonhomme Richard, kapal pengangkut pasukan penyerang amfibia Marin yang sesak dengan persenjataan. Bukan setakat itu sahaja, percayalah saya, kerana Bonhomme Richard sebenarnya ialah armada tersohor yang dikenali sebagai “Kumpulan 5 Ekspedisi Serangan”.

Kapal USS Bonhomme disertai kapal USS Duluth, kapal pengangkut amfibia; kapal dok pendaratan USS Rushmore; kapal Kruiser Misil USS Bunker Hill; Kapal Pemusnah Misil USS Milius serta kapal Friget berpeluru berpandu USS Thach. Bagi menangani bahagian bawah permukaan air mereka ditemani oleh kapal selam pemburu USS Pasadena sementara Kapal Coast Guard Munro juga mengikut sama, mungkin untuk berurusan dengan kastam dan Eksais Asia.

Sekarang, walaupun ‘Kumpulan Serangan 5’ mungkin membawa senjata nuklear yang secukupnya bagi memusnahkan separuh dari dunia, sementara gelaran itu agak tidak kena apabila dilihat dari pandangan kemanusiaan dengan tegas, Ketua Staf Jurutera Sgt. Julio C. Dominguez antara lain berkata: “Kumpulan Bantuan Perkhidmatan Marin telah pun bersiap sedia bagi misi kemanusiaan sebegini selama 12 bulan kini dan amat bersedia untuk misi yang sebenarnya”. Baiklah, OK Chief, tetapi tidakkah anda menyoal kenapa anda dilatih bagi misi kemanusiaan yang misteri setahun sebelum ianya benar-benar terjadi, terutamanya apabila tugasan harian anda ialah menembak orang Islam sehingga bersarang tubuh mereka?

Walaupun ia sendiri dihempap angka mangsa tsunami yang tinggi di negeri Tamil Nadu, India telah mengubah suai kapal pengukur INS Nirupak kepada hospital terapung dengan 50 buah katil dalam kurang 72 jam, kemudiannya menghantar kapal tersebut tanpa senjata bagi menolong rakyat Acheh di Indonesia. Secara perbandingan terus, Amerika telah menghantar kapal tempur dan anggota Marin yang bersenjata lengkap. Tentera Laut AS mempunyai dua buah kapal hospital dengan muatan 1,000 katil- Comfort dan Mercy, namun tidak sebuah pun dikerah ke sana. Walaupun kapal USNS Comfort telah dihantar ke New York tatkala 3,000 rakyat Amerika mati pada September 2001, kurang tindakan sebegitu telah menghantar isyarat jelas betapa 150,00 (kebanyakan Islam) yang mati di Asia Tenggara, serta setengah juta yang cedera, tidak dipentingkan oleh broker kuasa di New York.

Perkara yang benar-benar mencurigakan (sukar diterangkan) muncul apabila kedua-dua kumpulan tempur itu memasuki Lautan Hindi. Kapal USS Abraham Lincoln kelihatan santai saja sebagai sebuah kapal pengangkut dengan 70 buah pesawat penyerang, akan tetapi sudah pun membawa 2,000 anggota Marin walaupun jumlah kebiasaannya ialah 500 orang sahaja. Itu ialah jumlah kuasa tembak yang amat besar untuk diletakkan di jalan-jalan sepi Banda Acheh terutamanya apabila Wall Street biasanya menjangkakan yang kesemua mereka itu mati sebagai khadam Zionis secara senyap di Iraq. Soalnya, bagaimana mereka tahu tambahan marin diperlukan sebelum Tim pertama belayar meninggalkan Hong Kong, kerana lebihan 1,500 anggota Marin itu bukannya hanya untuk bersiar-siar di dermaga Kowloon menunggu untuk menumpang kapal yang lalu di situ.

Sementara kedua-dua kumpulan tempur menuju ke dua arah berbeza merentasi Lautan Hindi yang sepi itu, kejadian yang lebih aneh terjadi. Walaupun Kumpulan Serangan Ekspedisi 5 (KSE 5) sepatutnya membantu mangsa di Sri Lanka, anggota kombat Marin di atas kapal USS Bonhomme Richard telah dipindahkan ke kapal pengangkut dok Amfibia USS Duluth yang kemudiannya berpecah dari KSE 5 menghala ke Tim Pertama. Jadi tanpa pengetahuan Indonesia, kehadiran Kapal Gergasi USS Abraham Lincoln yang kelihatan tidak berbahaya telah digunakan sebagai asap perabun melindungi kehadiran lebih 3,500 anggota Marin AS yang bersenjata lengkap ke Wilayah Acheh yang kecil itu.

Secara kasarnya ia telah menerangkan yang terkini tentang aktiviti ketenteraan, walaupun kelmarin seorang jurukamera televisyen Australia secara tidak sengaja telah merakamkan sebahagian dari anggota Marin yang bersenjata berat (yang cuba menghalau jurukamera tersebut), menggelidah pangkalan tentera Indonesia yang rosak mencari saki-baki senjata yang ada. Anda boleh sahaja memanggil saya kolot, akan tetapi sekiranya mereka serta tuan mereka orang yang lurus, kerja penggelidahan sebegitu patut dibiarkan kepada tentera Indonesia….

Secara teorinya, kepala peledak thermonuklear W-53 Amerika dengan kekuatan 9 megaton seperti yang ditunjuk pada bahagian kiri, akan mudah sahaja dibalut dalam ruang selaman saturasi kecil seperti dalam gambar kanan, bagi melindungi ia dari tekanan hebat 10,000 paun bagi setiap inci di dasar Jurang Laut Sumatera. Pakej keseluruhan armor itu adalah kurang lima tan beratnya, membolehkan ia mudah sahaja diseludup pada bahagian buritan sebarang kapal bekalan ke telaga minyak, yang mana mereka memiliki lebih dari 300 buah di Asia sahaja. Siapakah yang akan terperasan?

Saya akan melihat dengan teliti akan berapa besar senjata thermonuklear Amerika yang berjaya sampai ke dasar Jurang Laut Sumatera, kerana kesemua bukti seismik dan persediaan bagi misi sendiri itu menunjukkan dengan kuat perkaitannya. Lagi pun, kita kembali kepada soalan cepumas yang masyhur “Siapakah yang mengaut untungnya?” dan dalam kes khusus ini, “Siapakah yang cukup gila untuk membunuh lebih 150,000 orang awam yang tidak berdosa hanya untuk mereka terus mencengkam kuasa?’ berdasarkan kepada prestasi di Iraq dan negara-negara yang tidak bernasib baik, jelas menuding kepada calon yang benar-benar mampu iaitu Wolfowitz dan gerombolannya, yang sentiasa menekan kepada mewujudkan “Kerajaan Tunggal Dunia”.
 
Tentu sahaja kuasa nuklear lain termasuk Russia dan China tidak mengaut keuntungan dari pembunuhan massa yang dahsyat itu, jadi seperti mana biasanya, kita kembali kepada kisah Sherlock Holmes melalui mata pena Sir Arthur Conan Doyle: “Apabila anda telah menolak kemustahilan, apa jua yang tinggal, tidak kiralah sekecil mana kemungkinan adalah merupakan satu kebenaran.”

Bagi jongos Zionis, untuk memperoleh senjata thermonuklear bukanlah tugasan yang berat terutamanya apabila kita mempunyai sejarah bagaimana 100 kepala peledak kecil udara-ke-udara yang dilupuskan (decommisioned) telah diseludup melalui pintu belakang Pentagon, membentuk pati asas kepada simpanan senjata nuklear Negara Haram Yahudi hari ini. Sebaik sahaja sistem senjata itu melewati tarikh luput perkhidmatan, anggota tentera AS yang setia tidak lagi boleh menjejaknya.

Bagi mereka yang mahu memahami bagaimana senjata kecil itu mampu menggegarkan jurang laut sedalam 20,000 kaki dan kemudiannya menghasilkan tsunami gergasi merentasi Lautan Hindi, akan mudah memahaminya dengan melihat gambarajah serangan bom '‘Dambuster'’ di Jerman di bawah ini, gambarajah itu dapat menerangkan dengan sendirinya.

Pencipta bom melantun Tentera Udara Diraja (sebenarnya dipanggil ‘Bola tinggi’) ialah seorang Saintis bernama Barnes Wallace yang sudah pun memiliki reputasi hebat dengan pesawat pengebom Wellington, yang telah dibina beliau secara geodetically, yang membolehkan ia bertahan dengan asakan hebat sebelum berjaya dimusnahkan di udara. Banyak pesawat tersebut yang kembali ke pangkalan dalam keadaan yang rosak, sementara pesawat jenis lainnya seperti Stirling dan Halifax sudah pun menjunam terkubur dalam kesejukan Laut Utara (North Sea).

Wallace tahu yang pengeboman empangan secara tegak adalah kerja sia-sia sahaja, hanya dengan meletakkan bom di dasar dindingnya sahaja barulah akan memberi kesan. Anda tahu, yang air tidak boleh dimampatkan, bermaknanya jika bom dilekatkan kepada dinding empangan pada masa diletupkan, sebahagian dari tenaga letupan akan secara automatik mengembang ke arah dinding empangan. Jika terlalu jauh kedudukannya dalam air yang agak cetek kebanyakan tenaga letupan tentunya akan hilang ke atmosfera dalam bentuk ledakan awan besar air.

Walaupun jelas yang dinding empangan itu tidak boleh dimusnahkan oleh sebutir bom Lancaster sahaja (kerana terlalu berat bagi pesawat untuk berlepas), Wallace bergantung harap kepada fakta Saintifik yang tekanan kumulatif akan melaksanakan tugas itu dengan jayanya, dan sememangnya andaian beliau tepat. Walaupun secara rasminya tiga biji bom digunakan yang setiap satunya mengandungi 6,500 paun TNT, dianggap mengena sasaran dengan tepat, salah sebuah darinya agak tersasar, sekali gus bermakna yang Empangan Mohne gergasi itu telah musnah sepenuhnya dengan kekuatan 13,000 paun tri-nitro toluene (TNT).

Fakta betapa air tidak boleh dimampatkan itulah yang amat penting dalam menerangkan apa yang terjadi dalam Jurang Laut Sumatera. Di dasar laut anda sudah pun ada tekanan sebesar 10,000 paun seinci persegi yang menekan senjata pilihan anda, manakala di atas dari senjata itu ada kolum air setinggi 20,000 kaki yang menghasilkan tekanan sekuat itu. Bukan itu sahaja. Jurang itu semakin menyempit pada dasarnya, bermakna yang senjata itu telah menghentak masuk, dengan peluang yang tinggi bagi menggerakkan plat tektonik sekiranya kuasa letupan yang mencukupi digunakan.

Dalam kes khusus ini memang tidak perlu pun untuk menggerakkan plat tektonik, dan sains mencadangkan sekiranya letupan ini telah menghasilkan kesan sebegitu, beberapa gegaran susulan yang amat kuat pasti berlaku, seperti mana yang terjadi dalam setiap gempa bumi besar di masa lalu. Akan tetapi seperti mana yang dinyatakan sebelum ini, dengan tidak mempedulikan provokatif yang disengajakan melalui amaran palsu dari NOAA Amerika, tidak pun terdapat gegaran susulan.

Bagi memaksa penghambaan di Asia dan memastikan agihan besar akan kontrak pembinaan semula yang amat mewah itu, apa yang perlu ialah satu gelombang tsunami yang besar disasarkan kepada negara yang dipilih, yang amat mudah dilaksanakan oleh bom termonuke besar. Bukanlah suatu yang baru tentang apa yang mereka panggil ‘ledakan laut’, kerana rancangan itu pernah wujud 30 tahun lalu di Amerika dan juga Russia bagi menyapu bandar-bandar besar di pesisiran pantai menggunakan teknik ini. Ombak tidal dari ledakan laut dalam secara relatifnya bersih, membenarkan penceroboh mengambil alih tanah serta bangunan yang tinggal serta sebagainya dengan pantas.

Sekiranya semua itu berjalan dengan licin, kemudiannya Indonesia, Sri Lanka serta India akan dicangkuk dengan IMF serta Bank Dunia bagi tiga puluh tahun atau lebih- masa yang cukup untuk menunggu harga minyak kembali jatuh selepas kegagalan di Iraq. Dalam masa yang sama, sekiranya kerajaan India memakan umpan, pakatan Russia-China-India serta Brazil akan tersadai sebelum sempat dilaksanakan. Lumayan betul bagi kerja sehari senjata thermonuklear yang dicuri secara sulit dari proses pelupusan (decommisioned) senjata terbabit.

Terdapat mereka yang mendakwa saya telah ‘tertinggal’ perihal telaga minyak gergasi ExxonMobil di Acheh, akan tetapi ia tidak disengajakan. Tentu sahaja ianya adalah telaga minyak bawah permukaan air yang sangat produktif, serta tanpa ragu akan sekali lagi menghasilkan banyak minyak sebaik sahaja peralatan permukaannya diperbaiki, akan tetapi secara sendirian ianya tidak mampu membantu Zion Baru dari runtuh. Wall Street memerlukan kontrak pembinaan semula yang besar serta banyak.

Seingat saya, sejurus sebelum Krismas saya ada menerima sejumlah besar email dari pelbagai orang tentang ‘Lelaki Jerman’, yang jelas mendakwa Wolfowitz telah memperolehi senjata kritikal dan mahu meletupkan Houston pada 26 atau 27 Disember. Saya tidak pun membaca keseluruhan email itu, tetapi ianya jelas dimulakan oleh Wolfowitz ataupun jongosnya, sebagai alih tumpuan erotan maklumat yang klasik. Cuba renungi “Kamu semua memerhati Houston dengan teliti pada 26 Disember, manakala saya meletupkan nuklear di Asia di belakang kamu….”

Artikel asal: Joe Vialls: Did New York Orchestrate The Asian Tsunami?
Terjemahan N-SPAR - 10.01.2005 (suntingan M@RHAEN)
 
Pasal pompuan yang tipu surat mati bapak tu... aku menyirap betol!!! muke leh tahan... kalau dah sanggup tipu camtu... lelaki tu pon same gak biadap!!!!... pale hotak die suke hati buat camtu.. kalau dah orang yang camtu pompuan tu nak kawin.. agak2nye keluarge yang macam mane dieorang nak bina....???? kesian mak bapak die.... macam mane kite sayang pade pasangan kalau tak mendapat restu ibu bapa... susah kite kat dunia lagi tuhan dah tunjuk.... mak bapak biasany akan memberi yang terbaik untuk anak2... kalau ak suke msti ade sebab....
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register