Dividen KWSP dijangka lebih tinggi

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,410
Reaction score
256
Points
81
PUTRAJAYA: Dividen untuk pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tahun 2009 dijangka lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya iaitu 4.5 peratus.

Pengerusinya, Tan Sri Samsudin Osman, berkata pencapaian itu didorong kedudukan pasaran saham tempatan yang semakin kukuh dan pulangan pelaburan yang lebih baik.

"Mesyuarat mengenai kadar dividen itu akan diadakan pada bulan ini manakala pengumuman mengenainya dijangka diumumkan bulan depan," katanya yang juga Presiden Perbadanan Putrajaya sebelum menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan memancing sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2010 di sini, hari ini.

Disember lalu, KWSP mengumumkan meraih RM5.5 bilion perolehan pelaburan pada suku ketiga tahun lalu, peningkatan sebanyak RM696.32 juta atau 14.51 peratus berbanding RM4.8 bilion yang dikumpul pada suku sebelumnya.

Ketua Eksekutif KWSP, Tan Sri Azlan Zainol, berkata ia menjadikan jumlah saiz dana KWSP meningkat kepada RM361.09 bilion berbanding RM353.93 bilion pada suku kedua tahun lalu.

Sebanyak 12 juta pencarum KWSP menerima dividen 4.5 peratus untuk tahun 2008, lebih rendah berbanding 5.8 peratus pada tahun 2007. - Bernama
 
Sponsored Post

fido1

Banned
Joined
Oct 25, 2009
Messages
7,268
Reaction score
339
Points
81
kata naik keuntungan..tp kenapa dividen tahun berkurang? sampah pya org yg pegang duit ...:))
 
Sponsored Post
Top
Log in Register