- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,652
- Reaction score
- 1,894
- Points
- 591
KAJANG: Remaja lelaki yang menumbuk Pengerusi Senat Kolej New Era, Dr Yap Tian Sian ketika berucap di hadapan 500 graduan dan ibu bapa di sini semalam dikatakan menyamar sebagai petugas konvokesyen.
Sumber polis berkata, suspek memakai kemeja-T hijau sama seperti pakaian seragam petugas konvokesyen.
“Kejadian bermula apabila Dr Yap sedang menyampaikan ucapan. Mikrofon yang digunakannya mengalami masalah menyebabkan beliau berhenti berucap.
“Ketika itu, remaja terbabit naik ke atas pantas lalu Dr Yap menyangka dia ingin membetulkan mikrofon. Bagaimanapun, mangsa terkejut apabila tiba-tiba ditumbuk di muka,” katanya.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi, remaja itu melepaskan satu tumbukan menggunakan tangan kanan ke arah muka Dr Yap.
Serangan itu menggemparkan semua hadirin.
Dr Yap hampir pitam apabila hidungnya berlumuran darah sebelum segera dipapah duduk di kerusi untuk diberikan rawatan.
Difahamkan, Dr Yap belum sempat menyampaikan sijil kepada graduan yang menamatkan pengajian.
Sebaik menumbuk, kata sumber itu, remaja berkenaan melarikan diri seperti lipas kudung ke arah satu bilik.
Dia dipercayai menukar baju dipakainya untuk mengelak dikenali orang ramai.
Suspek menyusup masuk di kalangan orang ramai yang membanjiri kolej berkenaan.
“Sehingga kini tidak dapat dipastikan motif mangsa diserang. Malah, identiti suspek sama ada dia pelajar, kakitangan kolej atau orang luar masih belum dapat dikenal pasti,” katanya.
Pengurusan kolej berkenaan menghubungi ambulans sebelum Dr Yap dibawa ke Pusat Perubatan Pakar Kajang (KSMC) pada jam 10.45 pagi.
Mangsa yang menghidap penyakit darah tinggi bagaimanapun dilaporkan stabil.
Polis sudah menemui mangsa petang semalam untuk diambil keterangan.
Susulan kejadian itu, wakil kolej berkenaan membuat laporan di Balai Polis Kajang kira-kira jam 2.45 petan
nasib baik bukan baling kasut..