BTC USD 61,649.4 Gold USD 4,222.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ditipu pelaburan madu kelulut

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
17hmpicmadu2_1547682864.jpg


17hmpicmadu3_1547682861.jpg

ANTARA pelabur dan bakal pelabur yang hadir menghadiri taklimat dan lawatan di ladang terbabit.

17hmpicmadu1_1547682858.jpg

LELAKI yang mendakwa memiliki ladang sarang kelulut terbesar di Asia Tenggara memberi penerangan kepada pelabur serta bakal pelabur mengenai pelaburan berkenaan di sebuah ladang di Segamat, Johor.






Kuala Lumpur: Mengaku miliki ladang sarang madu kelulut terbesar di Asia Tenggara. Itu taktik digunakan seorang lelaki yang menawarkan pelaburan madu kelulut selain mengaut keuntungan jutaan ringgit hasil penipuan pelaburan berkenaan.

Malah, lelaki berusia 60-an itu sanggup mengadakan sesi ceramah di seluruh negara bagi memperkenalkan produk madu kelulut kepada mangsa yang didakwa dihasilkan dari ladang miliknya termasuk di Indonesia serta Johor.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Mona, 58, memaklumkan dia kerugian RM36,000 selepas membeli 10 lot (sarang) dan saham bagi 20 lot dengan lelaki terbabit selepas mengikuti lawatan ke ladang kelulut di Johor beberapa kali sejak September 2016.

Katanya, dia tertarik menyertai pelaburan itu selepas ditawarkan komisen RM50 setiap bulan bagi satu lot serta bonus RM120 setiap enam bulan bergantung kepada pengeluaran madu.

“Setiap lot dibeli pada harga RM1,200. Berdasarkan pengiraan saya, kami boleh mendapat keuntungan melebihi modal iaitu beberapa ratus untuk setiap lot bagi tempoh dua tahun melalui pelaburan ini.

“Bagaimanapun, saya hanya dapat merasa wang komisen dan bonus selama tujuh bulan sebelum individu itu menghilangkan diri,” katanya.

Mona berkata, dia merasa tertipu dengan kata-kata manis lelaki terbabit yang meyakinkan pelaburan itu membawa keuntungan lumayan dan sudah terbukti berjaya sebelum ini memandangkan pasaran syarikat melitupi seluruh Asia Tenggara.

“Kami dimaklumkan lelaki itu memiliki banyak ladang namun dia hanya membenarkan lawatan ladang di Johor saja dengan alasan sarang itu sensitif dengan persekitaran, sekali gus mengganggu pengeluaran madu.

“Sepanjang tempoh lawatan di ladang berkenaan, saya tidak pernah ditunjukkan lot yang dibeli dan dimaklumkan lot terbabit diletakkan di ladang lain,” katanya yang juga suri rumah.

Katanya, dia dimaklumkan oleh mangsa yang lain bahawa ada suami isteri di Lahad Datu, Sabah yang kerugian RM360,000 selepas membeli 300 lot sarang kelulut dari suspek.

“Saya difahamkan lelaki itu sanggup turun hingga ke Lahad Datu untuk memperkenalkan pelaburan itu. Malah, difahamkan dia membawa sekali contoh produk berserta dokumen dan gambar yang dijadikan bukti kononnya pelaburan itu berjaya memandangkan kebanyakan mangsa di sana tidak dapat datang ke Johor untuk melawat ladang,” katanya.






sumber: https://www.hmetro.com.my/utama/2019/01/412947/pelaburan-madu-bertukar-pahit








.
 
melaburlah di tempat yang sah dan dilindungi
 
ni yg kat muar ke segamat tu..lupa aku..ramai makcik2 tertipu..diaorg buat trip ke ladang kelulut..free jer..tp kat sana kene beli madu..hahaha..pastu ada yg melabur..

geng surau ayah aku ramai yg join..hihi
 
org melayu ni kaya...tapi byk membazir buat benda benda vodoh...melabur sana sini..tak habis habis ni...skim duit..tanah..kelulut..lepas ni melabur tenuk pulak agaknya...
 
skim ternak cacing pn pernah buat camni...
 
Orang kampung banyak betul duit kan..

Selamba jer RM360,000 bagi kat orang..

Kita kat bandar ni harap pakai jer smart, dalam akaun silap2 RM1000 pun x ada
 
skim ternak ikan keli pun ada dulu kat kelantan..
 
Back
Top
Log in Register