Ditangkap kerana cuba telan sawa

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
IPOH: Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Ipoh menangkap seekor ular tedung selar sepanjang hampir enam meter di Taman Canning, dekat sini, pagi semalam.

IPOH: Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Ipoh menangkap seekor ular tedung selar sepanjang hampir enam meter di Taman Canning, dekat sini, pagi semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, haiwan berbisa berkenaan ditemui ketika mahu menelan seekor ular sawa di belakang rumah seorang penduduk di taman itu.


Timbalan Pegawai Operasi JPAM Ipoh, Jasri Mohd Yusof berkata, kejadian itu disedari pemilik rumah berkenaan apabila anjing peliharaannya tidak berhenti menyalak.


Jasri berkata, pemilik rumah terbabit memberitahu, ketika dia memeriksa bahagian belakang rumahnya, dia terkejut melihat ular tedung selar berkenaan sedang membelit ular sawa sepanjang hampir tiga meter.


“Pemilik rumah menghubungi kami dan empat anggota JPAM dikerah ke tempat kejadian sejurus mendapat panggilan.


“Ketika kami sampai, ular sawa berkenaan sudah tewas berdasarkan beberapa kesan patukan pada badan reptilia itu,” katanya.


Beliau berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 10 minit untuk menangkap ular itu dan ia diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.


Jasri berkata, kejadian itu adalah kali kedua dalam tempoh seminggu kerana pada 15 Januari lalu, pihaknya menangkap sepasang ular tedung selar di Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta kira-kira jam 1 pagi.
 
Sponsored Post

kptm

Active+ Member
Joined
Mar 17, 2008
Messages
3,772
Reaction score
26
Points
30
wooo... 6 meter... panjang lori balak nii..
 

virtualbiz

Active+ Member
Joined
Feb 20, 2008
Messages
4,899
Reaction score
177
Points
33
pergh...klu gitu ular tedung pun leh mkn org gak ni...huhu
 

Mr.81

Active Member
Joined
Jul 5, 2009
Messages
1,401
Reaction score
4
Points
35
member tgh dok nak makan lak kena tangkap....
 

geniusneuro

Banned
Joined
Nov 1, 2008
Messages
19,775
Reaction score
7
Points
115
taman canning??

perrrggh~~ situ byk ular ke...

bahaye tu...
 

keri3534

Active Member
Joined
Oct 30, 2009
Messages
1,075
Reaction score
2
Points
25
ular tedung la ular paling aku ngeri tgk....air bise dia blh bunuh org dlm masa setengah jam je, seluruh badan kita akn lumpuh
 

egg_toast

Fun Poster
Joined
Dec 16, 2009
Messages
966
Reaction score
0
Points
10
ular tedung la ular paling aku ngeri tgk....air bise dia blh bunuh org dlm masa setengah jam je, seluruh badan kita akn lumpuh
betul!! ngeri sekali patuk, xblh lari .. #:-S
 
Sponsored Post
Top
Log in Register