Ditangkap kerana cium kekasih

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591

GAMBAR fail (dalam bulatan) menunjukkan Jiang dan kekasihnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Liberty Newark, New Jersey semalam.

SEORANG lelaki, Haisong Jiang berumur 28 tahun ditangkap kelmarin kerana sanggup melanggar peraturan keselamatan semata-mata untuk memberi ciuman selamat tinggal kepada kekasihnya sehingga menyebabkan operasi penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Liberty Newark, di New Jersey ditangguhkan baru-baru ini.

Dia berdepan dengan denda sebanyak AS$500 (RM1,689) kerana menceroboh peraturan keselamatan.

Menurut Pihak Berkuasa Pengkalan New York dan New Jersey, Jiang telah ditangkap di rumahnya di Piscataway, New Jersey dan disoal siasat oleh pihak berkuasa sebelum dia dibebaskan pada tengah malam.


JIANG (tengah) diiringi oleh dua anggota pihak berkuasa selepas dia disoal siasat di bangunan Pihak Berkuasa Pengkalan New York dan New Jersey di Lapangan Terbang Antarabangsa Liberty Newark, New Jersey semalam.

Menurut seorang rakan rumahnya semalam, Jiang yang berketurunan Cina ialah pelajar peringkat doktor falsafah di Universiti Rutgers.

Rakannya itu berkata, Jiang dilahirkan di Jiangxi, China dan telah menetap di Amerika Syarikat (AS) sejak 2004.

Menurutnya, Jiang pergi ke lapangan terbang itu bersama kekasihnya pada Ahad lepas.

Kekasih Jiang itu merupakan seorang siswazah Universiti Rutgers yang menetap di Los Angeles dan berada di New York kerana bercuti, katanya.

Menurut rakannya yang dikenali sebagai Hui itu, Jiang tidak menceritakan kejadian yang berlaku di lapangan terbang tersebut.

Rakan-rakan serumahnya berasa terkejut dengan tangkapan tersebut, jelasnya.

Hui berkata, rakan-rakan serumahnya mengetahui video yang menunjukkan dia melanggar peraturan tersebut tetapi mereka tidak memberikan perhatian serius mengenainya. - AP
 
Sponsored Post

mygol

Super Active Member
Joined
Apr 10, 2008
Messages
5,761
Reaction score
71
Points
70
Sbb cium...sampai penerbangan tertangguh.....:-?:-?
hebat...hebat....:D:D:D
 

KaZuMa_KiRyUu

Fun Poster
Joined
Dec 25, 2008
Messages
612
Reaction score
2
Points
15
cium utk ucap perpisahan kat lapangan terbang kene denda sebanyak AS$500 (RM1,689)...????!! mengarut giler...
 

sekam padi

Super Active Member
Joined
Dec 17, 2006
Messages
8,899
Reaction score
252
Points
91
SEORANG lelaki, Haisong Jiang berumur 28 tahun ditangkap kelmarin kerana sanggup melanggar peraturan keselamatan semata-mata untuk memberi ciuman selamat tinggal kepada kekasihnya sehingga menyebabkan operasi penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Liberty Newark, di New Jersey ditangguhkan baru-baru ini.

Dia berdepan dengan denda sebanyak AS$500 (RM1,689) kerana menceroboh peraturan keselamatan.
law baru ke???
 

kancil biru

Legendary Member
Joined
Apr 4, 2008
Messages
11,641
Reaction score
1,099
Points
191
sayang sungguh dia pada kekasih dia nie
 

soulsix

Super Active Member
Joined
Mar 31, 2009
Messages
5,867
Reaction score
8
Points
65
peraturam keselamatan tak membenarkn bercium? kalau bercium boleh terhempas ke kalapa terbang tu. hehe
 

lestari17

Active Member
Joined
Apr 30, 2009
Messages
2,028
Reaction score
0
Points
20
yeke...ape kene mengene ni eh.....:-?:-?:-?:-?
 

Mr.81

Active Member
Joined
Jul 5, 2009
Messages
1,401
Reaction score
4
Points
35
kenapa ekk tokleh cium...pilot tokleh tgk kot...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register