BTC USD 92,462.6 Gold USD 3,333.88
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Diskusi Menganalisa Chart Ala X-KG3rs <<neo>>

blh guna indi ni d weekly
Boleh bang.

XAU/USD Weekly chart
XAUUSDWeekly.png
 
Sponsored Post

Contoh position yang macam no 3 tu = 1

TF 15M

SL di 38.2 retracement
GOLDM15op.png


TF 1H
GOLDH1op.png


TP depends. Tips kalau 1 position (pada yang boleh monitor) close separuh position size contohlah korang trade 0.02 lot. Close 0.01. Yang baki ride dia kot kot dia boleh break low. Lepas tu BE atas low tu, Kalau ada rejection kena breakeven lah kalau tiada, boleh ride. R: R pun boleh jadi besar. Boleh jadi position itu swing day trading/a berhari-hari. Tu je setakat ni, kang overload kepala tu...G.Luck

Gold semalam retest MA 55 1H/233 TF 15M. Kan, kalau guna previous swing hi tu selamat sedikit area 23.6 fibonacci retracement. Cuma aku memang tak selesa guna SL besar ni. Apatah lagi gold ni haha. Position atas kena breakeven. Malam US open re-entry semula petang tak trade. Maaf aku tak save position US open. SL di 23.6 dan previous Swing Hi di atas MA 2333 TF 15M, 55 TF1H. Ada 3 position, first entry SL 23.6 yang lain atas previos swing high (MA 55/233)TP seperti mana yang aku kata sebelum ni kemungkinan Gold retest area low hari jumaat. Aku close dekat 3007 +-
XAUUSDM151.png
XAUUSDH1.png
OP.png

Edit : Letak picture open position. maaf TP bukan 3007.xx tapi 3008. Pukul 11 baik tidur daaa :D
 
Last edited:
Holy Grail dalam trading adalah mitos jika kita anggap ia satu teknik rahsia yang boleh menang 100% tanpa rugi. Tapi kalau kau faham holy grail sebagai gabungan elemen yang buat kau konsisten profit dalam jangka panjang, maka ia memang wujud.

Apa Sebenarnya Holy Grail dalam Trading?

1. Edge dalam Market (Statistik & Probabiliti)

Ada strategi entry yang terbukti berulang kali berkesan.

Contoh: Tahu turning point guna multiple timeframe, liquidity, patterns, candlestick break high/low dan sebagainya.



2. Money Management (MM) Ketat

Risk per trade = kecil & terkawal (contoh: 5%)

Risk-to-reward ratio (RRR) positif (contoh: 1:3 atau lebih)

Akaun tak MC walaupun ada losing streak.



3. Psychology & Discipline

Boleh ikut trading plan tanpa emosi.

Terima loss tanpa revenge trade.

4. Adaptasi kepada Market

Market berubah, jadi holy grail bukan satu teknik statik.

Kita faham context market dan boleh adjust strategi ikut keadaan semasa.

---

Kesimpulannya

Holy grail bukan teknik rahsia, tapi kombinasi skill, mindset, dan disiplin. Kalau dah ada edge + MM ketat + psychology
kuat, dah jumpa holy grail sendiri.
 
Deria ke-6 (instinct dalam trading) memang akan muncul bila kau dah habiskan beribu-ribu jam dengan chart. Ini konsep yang dipanggil "Unconscious Competence" dalam 4 tahap pembelajaran:


---

4 Tahap Kemahiran Dalam Trading

1️⃣ Unconscious Incompetence (Tak Sedar Yang Kau Tak Pandai)

Awal-awal masuk market, rasa boleh buat duit cepat.

Tak tahu apa yang tak tahu. Trade ikut nasib.


2️⃣ Conscious Incompetence (Sedang Belajar, Tapi Banyak Kena Scam Market)

Dah mula faham teori, tapi execution masih hancur.

Banyak MC, banyak buat silap, emosi masih kuat.


3️⃣ Conscious Competence (Dah Tahu Apa Nak Buat, Tapi Perlu Fokus Gila-Gila)

Dah ada trading plan & sistem, tapi masih kena fikir keras sebelum entry.

Entry masih slow, perlu banyak validation.


4️⃣ Unconscious Competence (Deria Ke-6, Entry Automatik, Market Rasa Mudah)

Tengok chart 2-3 saat pun dah tahu apa market nak buat.

Instinct kuat sebab dah hadap pattern beribu kali.

Tak perlu fikir lama, rasa price movement secara natural.



---

Berapa Lama Nak Capai Deria Ke-6?

10,000 jam (3-5 tahun) = Based on "10,000 Hour Rule" (Malcolm Gladwell).

Berpuluh ribu jam = Kalau kau hardcore charting hari-hari, boleh dapat lebih cepat.

Bukan sekadar tengok chart, tapi backtest & analisa price movement.



---

Bukti & Pengalaman Dari Pro Trader

✅ Jesse Livermore → Dah trade sejak kecil, semua instinct datang dari pengalaman.
✅ Paul Tudor Jones → Katanya instinct dia macam “sixth sense” sebab dah biasa nampak market reaction.
✅ Tuan tanah kedaung neozero→ Kalau kau perasan, dia tak banyak guna indicator pelik, sebab dah rasa market flow secara semula jadi.


---

Kesimpulan

✅ Deria ke-6 akan muncul bila cukup jam screen time.
✅ Semakin lama kau tengok market, semakin otak kau automatik detect pattern.
✅ Tapi kau kena belajar cara yang betul → Kalau asyik trade tanpa post-mortem, otak takkan belajar apa-apa.

So, kalau kau nak sampai tahap trading instinct automatik, teruskan grinding, journal setiap trade & perbaiki execution.
 
Naik Gold hari ini. :(paid
GOLDH1.png
GOLDH1a.png


Tinggal 2 position untuk di ride.

GOLDM15.png



Dari sini aku cuma layan buy sahaja. Tak trade retracement (sell). Kalau position sebelum ini aku layan sell sahaja kan.. Inilah trade predominant trend. Yang menguasai pasaran ketika itu kerana position ini lebih selamat. Perkara inilah yang bang Rimau Kumbang tanya aku dulu. Aku jawab dalam clue masa itu. Hihi. Maaf ya bagi puzzle. Sekarang dah nampakkan apa itu predominant trend. Hanya Sell sampai penghujung trend dan sebaliknya.

Position itu bukan kek lapis. Turning point semuanya nyaris kena BE season asia,europe bawak ke US. Dan position macam ini tak bagus sebenarnya kalau nak compounding sebenarnya. Begini, kalau pagi tadi punya position aku close. Modal lagi bertambah. Petang buka dan close makin bertambah modal. Semakin bertambah modal, semakin besar size position.

Nak bercuti dah ni....Raya raya hahaha
 
Celoteh tambahan.

Sebenarnya aku pun tak tahu trading system Paul Tudor Jones. Yang aku tahu, dia guna MA 200. MA jenis apa pun tak tahu & timeframe. Dari hint dia & beberapa yang lain, aku buat homework. Macam mana nak dapatkan reading PA market. Mapping supaya jadi zigzag base minor, intermediate n major trend supaya dapat 1 corak dan 1 point yang sama.

Aku asalnya pakai TS yang lebih kurang macam sekarang ni tapi bukan pakai nombor Fibonacci. TS tu ada 3 MA, MACD & Pivot point. Masa itu tahulah sedikit sebanyak asas candlestick, SnR, chart patterns, swing hi low, minor, intermediate n major trend, fibo retracement expansion & divergence. Cuma aku tak faham & tak mengerti bagaimana nak mapping chart. Aku pakai TS ni sampailah bro pgygglpknisdhtrg (teknik stochastic) perkenalkan pada aku teknik KG. Lama juga pakai tapi aku frustrating disebabkan pelbagai perkara. Pendek cerita aku tak serasi dengan teknik BB MA. Kerana aku tersedar pada hari dulu yang price bukannya ikut indicator. Itu sebab thread ini tiada rules TS ni. Ada gabungan element art dalam chart reading, combination akal fikiran manusia & bantuan indicator yang mana kau kena dapatkan feel itu.

Sampailah 1 ketika, aku kata pada diri aku "Tak boleh jadi ni, kena buang jauh-jauh". Bermulalah aku baca pelbagai PDF & searching sana sini terjumpa tentang Fibonacci in nature. Dari situ aku adapt buat TS sendiri mengikut gaya TS asal mula-mula aku berjinak dengan dunia trading. Dengan combo sana sini, inilah yang sekarang korang nampak. Dan aku jarang buka tengok divergence. Yang korang tengok tu je la MA. Pivot point tu takde pun tak apa. Matlamatnya di sini pakai mobile phone pun dah boleh trade. Itu yang ada aku share link bagaimana nak open position base % & fibo retracement jika pakai mobile phone.

Anyway mungkin ada yang serasi dengan teknik KG. Aku tak serasi, ini akulah. Dan mungkin juga korang tak sesuai dengan teknik dan gaya trading aku. Jadi, korang apply lah perkara-perkara di bawah dalam membina trading system sendiri. (Post lain)

Konsep multiple timeframe aku adapt dari petikan Jesse Livermore
"The trend is your friend and there are separate trends on different time intervals. The more
trends that line up on each interval, the lesser resistance on the trade’s path."

Cuma Jesse Livermore ni akhirnya dia suicide disebabkan gagal ikut rules dia sendiri. Antaranya adalah revenge & loser average loser ( Buka position size besar, market naik sell, jual & jual buka kek lapis sampai MC & berulang kali blow account). Jesse Livermore dikenali sebagai The Great Bear of Wall Street. Estimated net worth pada tahun 1929 USD 100 million= USD 1.5 billion hari ini. Jadi kita khasnya aku sendiri elakkan kesilapan yang sama. MM & kawal emosi sangat penting 👌

Paul Tudor Jones pun blow account dia 3x masa 5 tahun yang pertama trading. USD 10k, 20k & 50k. Kita semua akan melalui fasa ini. Yang kental akan teruskan perjuangan. Moga jumpa sinar jalan. Kalau kau beri tumpuan pada size position base % ekuiti bukannya bulan bintang seperti mana majority. Langkah seterusnya akan
lebih mudah...
 
Trading system.

Strategi trading setiap trader adalah unik macam cap jari. Ini sebab setiap trader ada psikologi, modal, toleransi risiko, dan pemahaman market yang berbeza.

Namun, ini tak bermaksud kena cipta strategi dari kosong. Sebaliknya, kau boleh belajar dari strategi trader lain dan sesuaikan dengan gaya sendiri. Ini dipanggil "adopt and adapt"—ambil konsep yang berkesan, uji, dan sesuaikan dengan personaliti serta kemampuan kau.

Yang penting dalam membina trading system sendiri ialah:

1. Setup Entry & Exit – Bila nak masuk & keluar trade?


2. Risk Management – Berapa % risiko per trade?


3. Timeframe Pilihan – Intraday atau Swing?


4. Market Condition – Trending atau Sideway?


5. Psikologi & Disiplin – Macam mana nak kawal emosi?



Bila dah ada banyak komponen asas dalam strategi, kena refine money management dan timing entry supaya lebih konsisten. Uji setup yang kau percaya dan pastikan boleh trade dengan tenang dan berdisiplin setiap kali entry.

Trading adalah marathon bukan sprint. Kalau anggap trading macam sprint, kau mungkin dapat hasil cepat, tapi takkan bertahan lama—sebab emosi, overtrading, dan burnout akan buat kau blow account cepat.

Sebaliknya kalau kau anggap trading macam marathon:
✅ Fokus pada konsistensi, bukan keuntungan besar dalam satu trade
✅ Jaga tenaga & modal supaya boleh bertahan lama dalam market
✅ Sabar dan disiplin dalam mengikuti trading plan

Dalam jangka panjang, compound growth jauh lebih kuat daripada cuba kejar untung besar dalam masa singkat. Kalau boleh kekalkan 5% growth setiap minggu secara konsisten, dalam setahun hasilnya jauh lebih besar daripada cuba buat 100% seminggu tapi kemudian blow account.

Buat trading macam atlet marathon—strategi solid, kawal tenaga (modal), jaga mental, dan fokus sampai ke garisan penamat.

Ingat, trading bukan tentang siapa paling laju buat duit—tapi siapa paling lama boleh bertahan dalam game ni. Kalau kau dah ada sistem yang boleh jana 5% seminggu secara konsisten, kau dah menang marathon dalam dunia trading.

Selamat Hari Raya Maaf zahir & batin ⭐🌙
 
Last edited:
Sponsored Post

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.13846
USD / JPY
142.452
GBP / USD
1.33036
USD / CHF
0.82519
USD / CAD
1.38448
EUR / JPY
162.176
AUD / USD
0.63852

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register