BTC USD 49,811.9 Gold USD 1,843.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Diserang ‘taiko’ berusia 12 tahun

notrexdame

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 26, 2008
Messages
76,139
Reaction score
63
Points
525
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
[email protected]


SAKIT...Razali di samping Faiz di sebuah hospital pakar
di Kajang, semalam.


BANGI: Hanya kerana menegur rakan kelasnya yang membuat bising, seorang pelajar tahun enam terpaksa dikejarkan ke hospital sejurus pitam akibat diserang dan ditendang oleh rakan sekelasnya yang digelar rakan-rakan dengan panggilan taiko.

Dalam kejadian yang berlaku pagi kelmarin, mangsa, Faiz Hanis Razali, 12, dikatakan diserang dengan dua tendangan bertubi-tubi ke mukanya oleh rakan sekelasnya itu menyebabkan belakang kepala mangsa terhantuk pada kayu.

Kejadian buli itu turut menyebabkan mangsa yang menghidap asma sejak kecil mengalami kekejangan pada tangan akibat kerosakan tisu di bahagian belakang kepala.

Mangsa yang ditemui dirawat di sebuah hospital pakar di Kajang di sini, berkata dia ditendang di muka oleh pelajar berkenaan selepas dipanggil untuk berjumpa dengannya ketika waktu rehat di dalam kawasan sekolah mereka di Bandar Baru Bangi di sini.






“Saya tidak sangka, rakan sekelas saya itu terus menendang muka saya. Saya hanya sempat memejamkan mata menyebabkan saya tercampak ke belakang.


“Saya tiba-tiba rasa amat sakit apabila belakang kepala saya terhantuk pada kayu di pondok rehat itu. Kawan-kawan saya tidak berani memberi pertolongan kerana pelajar itu terkenal dengan gelaran taiko,” katanya, semalam.

Sementara itu, bapa mangsa, Razali Basri, 41, berkata, dia hanya dimaklumkan melalui telefon bimbit oleh pihak sekolah berhubung keadaan anaknya yang jatuh pitam dan terpaksa dihantar ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

“Pada mulanya saya langsung tidak menyangka anak saya itu menjadi mangsa buli di sekolah kerana dia sering dikaitkan dengan sakit asma yang kerap menyerangnya.

“Namun sebaik pulang ke rumah untuk melihat keadaannya, saya terkejut apabila Faiz sebaliknya memberitahu dia dipukul oleh rakan sekelasnya,” katanya.

Menurutnya, keadaan anaknya tidak bermaya dan mengadu sakit pada bahagian belakang kepala menyebabkan dia menjadi begitu bimbang.

“Malah, saya mengetahui insiden yang berlaku itu lebih terperinci selepas bertanya dengan beberapa rakan karib anak saya yang turut melihat kejadian itu,” katanya.

Difahamkan Faiz sebelum itu menasihati suspek supaya tidak membuat bising di dalam kelas namun pelajar terbabit yang tidak berpuas hati dikatakan memanggil mangsa untuk berjumpa dengannya ketika waktu rehat persekolahan sebelum memukulnya.

“Melihat keadaan anak saya yang terbaring semakin lemah dan merintih rasa sakit, saya lantas membawanya mendapatkan rawatan di klinik berhampiran rumah kami di Bandar Baru Bangi sebelum dirujuk pula ke hospital pakar,” katanya.

Menurutnya, dia sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.

“Saya tidak menyalahkan pihak sekolah kerana mungkin ia berlaku di luar pengetahuan mereka, malah guru sekolah itu yang dihubungi berjanji untuk menyiasat apa sebenarnya yang berlaku kelmarin.

“Saya dan isteri, Hasifah Sharikawi, 40, sedikit lega apabila Faiz menunjukkan tanda-tanda untuk pulih kembali,” katanya ketika ditemui di wad hospital, semalam.


p/s:budak baru nak up :eek::eek:
 
Sponsored Post

MyBroadband

Active Member
Joined
Sep 6, 2008
Messages
1,350
Reaction score
38
Points
30
meh sini budak 12 tahun tu aku kasi rasa tendangan aku plak..tgk kepala dia bole pusing 360 darjah ke tak..
 

mj12

Legendary Member
Joined
Mar 22, 2008
Messages
11,812
Reaction score
0
Points
110
adik ko ke notty?...:-?
 

ratusanRM

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Apr 8, 2007
Messages
22,690
Reaction score
361
Points
131
cam dah ada je :-?:-?
 

z3t_ex

Active+ Member
Joined
Feb 27, 2008
Messages
3,601
Reaction score
32
Points
30
sape² yf dekat gi ar cari taiko kecik tu..
lempang 44 kali kt muka dia..
 

notrexdame

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 26, 2008
Messages
76,139
Reaction score
63
Points
525
da ad ke????? adeh.........
 

fareast262

Active+ Member
Joined
Feb 7, 2007
Messages
4,010
Reaction score
7
Points
25
huyo....mkin lama budak smkin tak terkawal.....
sedih aku tgk...
 

ratusanRM

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Apr 8, 2007
Messages
22,690
Reaction score
361
Points
131
yg serang tu budak kat abatar den tu :D:D:D:D:D
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register