BTC USD 43,771.9 Gold USD 2,028.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Disangka kentang, rupanya barang antik Mesir

Yallah

Active+ Member
Messages
4,614
Top Poster #10
Joined
Jun 21, 2021
Messages
4,614
Reaction score
638
Points
81

Disangka kentang, rupanya barang antik Mesir​

21112023-42-1-pelajar-Khazanah-Mesir-pixs.jpg
BAHAGIAN atas faience shabti yang ditemukan di kawasan sekolah. - AGENSI
  • Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
  • 21 November 2023, 10:00 am

EDINBURGH: Seorang pelajar menemukan sebuah karya agung Mesir yang dipercayai berusia ribuan tahun, di kawasan sekolahnya di Fife, Scotland.

Barang antik Mesir itu ditemukan ketika pelajar tersebut sedang membantu tukang kebun sekolahnya untuk menuai kentang di kawasan itu, sebagai sebahagian hukuman dikenakan ke atasnya.

Lapor The Guardian, pelajar itu pada mulanya menganggap barang antik berbentuk bulat yang dijumpai di kawasan sekolahnya, sebagai kentang.

Namun, selepas dihantar untuk dianalisis, pelajar itu mendapat tahu bahawa artifak berkenaan dipercayai berasal kira-kira 4,000 tahun lalu.

Penemuan khazanah purba Mesir tertanam di kawasan luar bandar Scotland berbanding di Kaherah, adalah sesuatu yang luar biasa.

Namun, penemuan itu dikatakan merupakan yang pertama daripada 18 barang antik Mesir dijumpai oleh pelajar sekolah pada tiga peristiwa berasingan dalam tempoh lebih 30 tahun di beberapa lokasi yang tidak dijangka.

Lokasi itu termasuk Melville House, sebuah bangunan bersejarah berhampiran paroki kecil Monimail di Fife.

Kebanyakan barang antik berkenaan kini berada di Muzium Negara Scotland (NMS).

Seorang guru menghantar penemuan pelajar itu ke Muzium Diraja Scotland kini dikenali NMS, dan pakar terkemuka dari Mesir, Cyril Aldred mendedahkan mengenai kepentingannya sebagai kepala patung batu pasir merah dinasti pertengahan ke-12 iaitu kira-kira 1922 hingga 1855 Sebelum Masihi.

“Kira-kira 16 tahun kemudian iaitu pada 1966, sebuah patung gangsa Mesir ditemukan oleh sekumpulan pelajar di kawasan sekolah yang sama,” jelas laporan.

 
Back
Top
Log in Register