TT
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
Temerloh: Seorang ejen insurans bersama anak lelakinya yang melayan kerenah cucunya di ruang tamu rumah di sebuah taman perumahan, dekat sini, menempuh detik cemas apabila digertak empat penyamun bersenjatakan parang serta kuku kambing sebelum disamun mengakibatkan kerugian RM63,000, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 4 petang itu, mangsa berusia 70 tahun dan anak serta cucu lelakinya masing-masing berusia 20 dan 12 tahun patuh kepada arahan suspek yang meminta mangsa mendiamkan diri supaya tidak dicederakan.
Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Aziz Salleh berkata, ketika seorang daripada suspek mengawal mangsa, tiga lagi rakannya menggeledah di dalam rumah sebelum merampas barang kemas, wang tunai dan seutas jam tangan berjenama mengakibatkan jumlah kerugian RM63,000.
Menurutnya, selepas merampas semua harta milik mangsa, empat penyamun terbabit melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta yang diletakkan di depan rumah mangsa.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2013050806254420130508062544/Article/index_html