BTC USD 27,106.3 Gold USD 1,948.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Instagram 'Direct Message' TikTok Makin Maju, Mirip Ciri Yang Ada Dalam Instagram

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
43,638
Joined
Nov 23, 2012
Messages
43,638
Reaction score
5,300
Points
516
Awards
1
Seperti yang kita tahu, TikTok merupakan sebuah platform yang memaparkan kompilasi video dan menerima bilangan pengguna yang semakin meningkat hari demi hari. TikTok juga sedang berusaha untuk menjadikan aplikasi itu untuk berfungsi sama seperti platform sosial yang lain. Oleh itu, mereka mula menawarkan ciri lain di mana pengguna boleh menerima mesej langsung sama seperti Instagram.

Sebelum ini, mesej di Tiktok hanya dibenarkan jika pengguna tersebut mengikuti profil berkenaan. Jadi, Tiktok bercadang untuk mengubah pilihan tersebut agar peti masuk kini boleh dibuka untuk semua orang.Pengguna juga boleh menghantar mesej kepada mana-mana pengguna TikTok yang membuka peti masuk mereka secara umum. Pengguna masih boleh tetapkan had peti masuk tersebut kepada kenalan mereka sahaja agar dapat menjaga privasi dan keselamatan.

Tujuan pengenalan ciri ini untuk meningkatkan bilangan pengguna berkongsi video kepada rakan mereka tanpa perlu menggunakan platform lain. Ciri ini membuatkan TikTok hampir sama seperti Instagram. Bagi Instagram pula, mereka mula memfokuskan kepada ciri video berbanding gambar. Namun, syarikat tersebut perlu mempertimbangkan semula kerana majoriti pengguna masih menggunakan Instagram sebagai platform gambar utama mereka.​

Tiktok-768x432.jpg

Sumber asal 9To5Mac
 
Top
Log in Register