Dipukul kerana minta jaga anak

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
KUALA LUMPUR: Hanya kerana meminta suaminya menjaga tiga anak mereka, seorang wanita berusia lingkungan 30-an ditampar malah dipukul lelaki terbabit di rumahnya di Sungai Besi, dekat sini, baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta meminta pertolongan suaminya supaya menjaga anak mereka kerana dia keletihan.

Tindakannya itu bagaimanapun mengundang kemarahan suaminya yang sedang berehat sebelum berlaku pertengkaran antara mereka kira-kira 10 minit.

Sumber berkata, mangsa yang sudah faham dengan sikap panas baran suaminya mendiamkan diri selepas gagal mencari penyelesaian dan bersetuju untuk menjaga ketiga-tiga anak mereka itu.

“Bagaimanapun, suaminya itu hilang pertimbangan sebelum memukul mangsa. Dia mendakwa isterinya itu cuba mempermainkannya dengan mengarahkan supaya mengawal anaknya itu.

“Mangsa ditampar dan dipukul pada bahagian badan beberapa kali. Mangsa yang kesakitan meminta belas kasihan daripada suaminya, namun tidak diendahkan,” katanya.

Bagaimanapun, tindakan mangsa yang bertindak meninggalkan rumah mereka berjaya menyelamatkannya daripada dibelasah teruk lelaki terbabit.

Menurut sumber, suami kepada wanita malang itu sering memukul mangsa dan mendakwa perbuatan tidak berperikemanusiaan itu sudah ditanggung lebih empat tahun sejak perkahwinan mereka.

“Pada mulanya mangsa enggan membuat laporan polis berhubung kejadian ini, namun dia terpaksa berbuat demikian berikutan sikap panas baran suaminya masih tidak berubah.

“Dia juga bimbang sekiranya suaminya itu gagal mengawal kemarahannya dan bertindak lebih kasar sehingga menyebabkan tragedi pada masa depan,” katanya.

Difahamkan, mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di sebuah klinik swasta berhampiran kediaman mereka.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Salak Selatan, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abd Rahim Hamzah Othman ketika dihubungi, berkata pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
 
Sponsored Post

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
ada harapan duduk rumah orang tua atau merempat dijalan bila tua nanti
 

lilbee

Active+ Member
Joined
Nov 13, 2009
Messages
4,801
Reaction score
10
Points
25
buat anak pandai..

jaga xnak..
 

zamreda

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Sep 1, 2008
Messages
31,388
Reaction score
51
Points
120
tulah...masa bercinta...suma sanggup...skg lepas tu...masing2ler
 

roslanab

Active Member
Joined
Dec 30, 2008
Messages
2,483
Reaction score
23
Points
25
Jangan anak2 dia ikut jejak perangai bapak dia, sudahlah.

Ada tempat aku anak beranak memang panas baran. dorang cakap dari keturunan nenek moyang dorang lagi memang darah panas baran. sampaikan sorang atuk dorang nak nazak, boleh lagi nak mati sambil pegang parang.
 

MaMaRiSsA

Active Member
Joined
May 23, 2009
Messages
1,953
Reaction score
4
Points
25
kuang ajar punye laki...

elok takde laki kalau dpt suami pangai cam ni..

sian isteri dgn anak2 dia tu..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register