Dipukul akibat masalah di atas jalan raya

Recommended Brokers


Latest Threads

QIPIDELANA

Super Active Member
Joined
Dec 13, 2012
Messages
7,412
Reaction score
96
Points
53
Location
JOHOR BAHRU ..KEY ELL
Aku baru nak kesian dekat driver kereta tu.
Bila baca part yang last tu, memang patut kena belasah pun.
Kannn...sama arr sib baik aku baca sampai abis,sape tak bengang dah beratur jem panjang tetiba ada plk mangkuk nak potong q,mmg nak kena libas jawapanya
 
Sponsored Post

Kbyne

Legendary Member
Joined
Jan 23, 2011
Messages
11,497
Reaction score
449
Points
83
Location
Setapk,K.L.
Semoga Allah lindungi kehidupan kita,jauhi dari perkara perkara yg memudaratkan...InsyaAllah...
 

Xploit Machine

Super Active Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
7,356
Reaction score
1,753
Points
168
Location
Singapore
Lagi Kes Pukul Akibat Masalah Atas Jalan Raya

13.08.2019 - Iskandar Puteri, Lagi kes dipukul akibat masalah di atas jalan raya tular di media sosial Facebook, sejak malam tadi.

Kejadian dipercayai berlaku di Lebuhraya Second Link Iskandar Puteri-Tuas, Singapura di Iskandar Puteri, malam tadi, membabitkan seorang pemandu lelaki warga Singapura yang dipukul dua lelaki dipercayai penumpang dan pemandu bas.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, pihaknya mengesahkan ada menerima laporan dibuat mangsa berusia lingkungan 30-an itu.

Beliau berkata, kejadian dipercayai berpunca akibat pelanggaran kenderaan menyebabkan mangsa dimarah dan ditumbuk sebelum suspek beredar.

"Kita mengesahkan ada menerima laporan polis berkaitan kes itu pada 7.37 pagi tadi. Siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya.

Menerusi video berdurasi 19 saat itu, mangsa dilihat berada di kenderaannya dan ditumbuk seorang suspek, manakala, seorang lagi suspek dilihat cuba menutup pintu kereta mangsa dengan kuat ketika kaki mangsa masih berada di luar kenderaan.

Kejadian itu dipercayai berlaku ketika kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan menuju masuk ke Singapura.

Insiden terbabit dirakamkan seorang pengguna jalan raya yang turut berada dalam kesesakan trafik itu.

Berdasarkan komen netizen, ada yang mendakwa kejadian itu berpunca apabila mangsa cuba memotong barisan ketika kesesakan sehingga berlaku perlanggaran kenderaan.

 

rayz

Legendary Member
Joined
Jun 5, 2007
Messages
12,832
Reaction score
699
Points
113
banyak masalah sbb org mabuk


lg mau sembang kencang agaama mana paling suci ..


agama apa paling kuat mabuk2 ni
 

kai2020

Active+ Member
Joined
May 14, 2006
Messages
3,834
Reaction score
318
Points
83
Mabuk satu hal, jem satu hal, musim panas lg, jerebu...stress...stress :D
 

Fabs Gunns

Super Active Member
Joined
Feb 7, 2011
Messages
6,259
Reaction score
51
Points
48
perangai langsi mcm ni mmg elok kena balun
menyusahkan org je
 

azham

Active+ Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
3,732
Reaction score
343
Points
88
Tak pyh lbh2 menghasut. Selagi najib laknatullah masih pgg jwtn dlm bn, selagi itu lah rakyat tolak umno dan sekutunya
Tuan, jangan sebarang memanggil orang lain dengan laknatullah.
Ia gelaran yang sangat hina.
Walaupun saya bukan penyokong Najib tapi belum le sampai menggelar beliau gelaran laknatullah.
Ada syarat2 tertentu yang pernah dibuat oleh Najib, barulah boleh dipanggil laknatullah.
Jika tidak panggilan tu akan jatuh kepada tuan semula.
*Betulkan kalau saya silap*
 

dinlawin81

Fun Poster
Joined
May 24, 2012
Messages
312
Reaction score
1
Points
18
Tuan, jangan sebarang memanggil orang lain dengan laknatullah.
Ia gelaran yang sangat hina.
Walaupun saya bukan penyokong Najib tapi belum le sampai menggelar beliau gelaran laknatullah.
Ada syarat2 tertentu yang pernah dibuat oleh Najib, barulah boleh dipanggil laknatullah.
Jika tidak panggilan tu akan jatuh kepada tuan semula.
*Betulkan kalau saya silap*
Kalau gitu kena panggil juhan laknatullah la..:))
 
Sponsored Post
Top
Log in Register