Dipukul akibat masalah di atas jalan raya

Recommended Brokers


Latest Threads

oldtbone

Legendary Member
Gold Member
Joined
May 25, 2012
Messages
16,155
Reaction score
3,611
Points
163
Location
6ft under

RAKAMAN video pergaduhan akibat perlanggaran kenderaan yang tular di Facebook. FOTO Video Tular







LAGI kes dipukul akibat masalah di atas jalan raya tular di media sosial Facebook, sejak malam tadi.

Kejadian dipercayai berlaku di Lebuhraya Second Link Iskandar Puteri-Tuas, Singapura di Iskandar Puteri, malam tadi, membabitkan seorang pemandu lelaki warga Singapura yang dipukul dua lelaki dipercayai penumpang dan pemandu bas.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, pihaknya mengesahkan ada menerima laporan dibuat mangsa berusia lingkungan 30-an itu.

Beliau berkata, kejadian dipercayai berpunca akibat pelanggaran kenderaan menyebabkan mangsa dimarah dan ditumbuk sebelum suspek beredar.

“Kita mengesahkan ada menerima laporan polis berkaitan kes itu pada 7.37 pagi tadi. Siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya.

Menerusi video berdurasi 19 saat itu, mangsa dilihat berada di kenderaannya dan ditumbuk seorang suspek, manakala, seorang lagi suspek dilihat cuba menutup pintu kereta mangsa dengan kuat ketika kaki mangsa masih berada di luar kenderaan.

Kejadian itu dipercayai berlaku ketika kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan menuju masuk ke Singapura.

Insiden terbabit dirakamkan seorang pengguna jalan raya yang turut berada dalam kesesakan trafik itu.

Berdasarkan komen netizen, ada yang mendakwa kejadian itu berpunca apabila mangsa cuba memotong barisan ketika kesesakan sehingga berlaku perlanggaran kenderaan.







sumber: https://www.hmetro.com.my/utama/2019/08/485691/langgar-gaduh






.
 
Sponsored Post

Xploit Machine

Super Active Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
7,356
Reaction score
1,753
Points
168
Location
Singapore
"lelaki warga Singapura yang dipukul dua lelaki dipercayai penumpang dan pemandu bas."

biarlah pemandu dengan pemandu settle, yang penumpang campurtangan kenapa, sengaja nak cari pasal .., harap2 Singaporean, jangan libatkan lagi warga Malaysia
 

dausbiz

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 27, 2015
Messages
50,153
Reaction score
1,422
Points
168
Location
www.kedaifirdaus.com
Aduh tak habis habis gaduh atas jalan jangan sampai mati lagi sudah

Kene kawal la panas baran hot temper

Pi report polis lar
 

g-man

Active+ Member
Joined
Jan 16, 2011
Messages
3,483
Reaction score
257
Points
83
Location
Malaysia

tokputih

CG Top Poster Club
Joined
Apr 24, 2008
Messages
27,007
Reaction score
764
Points
118
Gitulah.. sekarang musim hati panas..
Mana tidaknya..
Bayar tol tapi jalan jem..
Kereta semakin banyak tapi lebuh raya semakin sempit..
Trafic light semakin banyak...
Macam macam hal..
 

puyol

Legendary Member
Joined
Jun 28, 2011
Messages
19,537
Reaction score
1,508
Points
163
Ramai yang potong barisan kat sini. Berebut2 nak lalu tempat tol.
 

SMI6

Active Member
Joined
Jan 3, 2016
Messages
1,704
Reaction score
248
Points
68
Kalau mabuk don't drink and drive

Bg la kawan-kawan yg tak mabuk tu bawa kereta.

Arak tak blh diharamkan. Kene naikan cukai arak 500%.

Dgn niat utk mengurangkan pemabuk arak bawak kereta Dan baik utk kesihatan.
 

halfwit

Fun Poster
Joined
Sep 14, 2009
Messages
746
Reaction score
69
Points
28
Ada sesiapa boleh tolong tepek link video kejadian dekat 2nd link ke S’pore tu?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register