Dipenjara 13 tahun, 5 sebatan, rogol, liwat 2 adik angkat masih kecil

CG Sponsors




akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,499
Reaction score
1,885
Points
201
Dipenjara 13 tahun, 5 sebatan, rogol, liwat 2 adik angkat masih kecil
Dipenjara 13 tahun, 5 sebatan, rogol, liwat 2 adik angkat masih kecil

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara 13 tahun serta lima sebatan atas pertuduhan merogol dan meliwat dua adik angkatnya, masing-masing berusia 10 dan lapan tahun, Ogos serta September lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Nooriah Osman, membuat keputusan itu selepas tertuduh yang berusia 26 tahun mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan pertama, dia merogol seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 10 tahun di sebuah rumah di Kuala Nerus pada jam 12 tengah malam, 31 Ogos lalu.

Selain itu tertuduh juga didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap adik lelaki mangsa pertama itu yang berusia lapan tahun dengan meliwatnya di lokasi sama, kira-kira jam 2 petang, 16 September lalu.


Berikutan itu, dia melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 (2)(e) Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan bagi pertuduhan merogol, manakala tiga tahun dan dua sebatan bagi pertuduhan meliwat.

Mahkamah mengarahkan hukuman berjalan secara berasingan bermula tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 26 Oktober lalu.

Selain itu, tertuduh turut diarahkan berada dalam pengawasan polis selama setahun sebaik selesai menjalani hukuman penjara.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zulfazliah Mahmud, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
154,007
Reaction score
21,126
Points
1,671
hari cuti kan

jilake betol. dua2 selera die bedal
 

nokia3210

Active Member
Joined
Sep 6, 2012
Messages
2,285
Reaction score
315
Points
46
13 tahun..tolak cuti , tinggal 9-10 tahun ..umur 36 bebas ..budak2 tu seumur hidup menderita emosi dan mental..
 

cak cibo

Active Member
Joined
Apr 18, 2018
Messages
1,034
Reaction score
490
Points
51
patut kena sebat banyak lagi!

Kes mcm ni kalau kat luar negara pun..ramai yg kena bunuh dlm penjara je.
 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,499
Reaction score
1,885
Points
201
Biseksual ni
31 ogos rogol bdk ppuan umo 10th
16 sept liwat bdk lelaki umo 8thn

Bole kene rejam dgn batu kot kat terengganu
 
Sponsored Post
Top
Log in Register