Dipaksa teguk racun

CG Sponsors




TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,704
Reaction score
21,089
Points
1,671



Sitiawan: Bukan saja diculik dan wang RM60,000 disamun, malah badan seorang lelaki turut dikelar sebelum dipaksa minum racun sehingga mati.

Demikian nasib kontraktor, Ong Tee Kong, 53, angkara perbuatan kejam empat penjenayah sebelum dia disahkan meninggal dunia jam 9.05 malam kelmarin.


Sumber polis berkata, kejadian bermula dengan Ong ditahan empat lelaki terbabit ketika dia menunggang motosikal berhampiran Ayer Tawar sebelum dibawa ke sebuah tokong di Sungai Wangi, di sini, Selasa lalu.


Menurutnya, dalam kejadian jam 4 petang itu, suspek merampas RM60,000 dibawa mangsa sebelum dia diseksa di dalam tokong.


“Difahamkan, penjenayah mengelar dada dan badan mangsa berulang kali dengan pisau. Mangsa yang berlumuran darah dibawa ke kawasan perkuburan berhampiran sebelum dipaksa minum racun berwarna hijau dan dibiarkan menggelupur.


“Bagaimanapun, selepas ditinggalkan mangsa yang ketika itu masih hidup dapat menghubungi rakannya yang datang ke lokasi kejadian dan membawanya mendapatkan rawatan di Hospital Seri Manjung.

“Ketika itu mangsa menceritakan segala kejadian kepada rakannya itu bermula daripada dia diculik hingga dipaksa minum racun,” katanya.


Sumber itu berkata, berikutan keadaan mangsa bertambah teruk, ahli keluarga memindahkannya dari Hospital Seri Manjung ke sebuah hospital swasta di Ipoh bagi mendapatkan rawatan susulan.

“Namun, kesan racun itu menyebabkan mangsa disahkan mati pada jam 9.05 malam kelmarin,” katanya. Menurutnya, polis yang melakukan siasatan di lokasi mangsa diculik menemui kesan cecair berwarna hijau di tangga tokong yang tidak berpagar itu.


“Contoh cecair racun itu sudah diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis. Kes pembunuhan itu kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.


Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim mengesahkan menerima laporan itu dan masih menyiasat motif kejadian berkenaan sama ada akibat dendam atau samun.


http://www.hmetro.com.my/articles/Dipaksategukracun//Article
 
Sponsored Post

namasaya

Active+ Member
Joined
Mar 30, 2011
Messages
4,345
Reaction score
32
Points
30
jahatnya manusia.....


p/s: lawa budak lam avatar bro 2...geram je tgk...anak ke:">
 

Yul-Minho

Legendary Member
Joined
Jul 23, 2012
Messages
15,938
Reaction score
1,170
Points
201
gila kejam punya manusia..
merompak saja laa kok yer pun..
xyah la nk seksa2 mangsa tu..
 

ejalim

Fun Poster
Joined
Jun 20, 2011
Messages
744
Reaction score
2
Points
15
ishh dasat nyer ...siksa sblm bunuh ..firaun pun kalah
 

Nazj

Active+ Member
Joined
May 4, 2011
Messages
2,995
Reaction score
16
Points
30
ishh dasat nyer ...siksa sblm bunuh ..firaun pun kalah
Kejam memang kejam..tapi nak bandingkan dengan firaun, macam langit dengan bumi, firaun lagi kejam tau:eek:
 

black_apple

Active+ Member
Joined
Mar 24, 2010
Messages
2,834
Reaction score
5
Points
25
nk hapus kn bukti...nti klu org tu idup lg,nyawe perompak dlm bhye plak..
kertas ape yg d tunjuk tu ek...
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,704
Reaction score
21,089
Points
1,671
naik motor bwk rm60ribu haish
 

hairy84

Legendary Member
Joined
Sep 15, 2010
Messages
15,863
Reaction score
35
Points
120
Naik moto bwk 60k? ?.mesti suspek kenal mangsa
 
Sponsored Post
Top
Log in Register