BTC USD 61,136.9 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dimanakah kebenaran di Bumi Malaysia?

wandotshop

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Jul 2, 2010
Messages
2,022
Reaction score
12
Points
25
Salam to all..
Thread ni dibukak utk membuka mata bagi sesetengah pihak yang dok canang2 kat media2 masa...

Persoalanku...Dimana kah kebenaran dibumi Malaysia? Dimanakah ajaran Islam sebgai org islam? haruskah pemimpin jadi mcm ni semata2 mengejar dunia?...

Kita kdg2 cuba pertahankan kebaikan Islam dibumi Malaysia..tapi kita jugak yang merosakkan fikiran anak2 muda dan masa akan dtang...

MasyaALLAH.. bawa2lah mengucap...Berikanlah Kebenaran dalam menyebarkan berita...Tidakkah anda sedar Fitnah itu bkn pkara main2...Tepuk dada Tanya Iman...

Refer....this::::::>>>> http://www.malaysiakini.com/news/147539
Kerajaan negeri Kedah telah memperuntukkan hampir RM1 juta untuk membantu mangsa banjir di samping RM500,000 daripada wang zakat yang diumumkan Sultan Kedah semalam.

Exco kerajaan negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, soal kerajaan negeri tidak membantu mangsa banjir tidak berbangkit langsung di negeri ini.

"Yang menjadi masalah adalah media yang tidak membuat liputan untuk kerajaan negeri," kata beliau.

Kerajaan negeri, katanya, telah menubuhkan Bilik Gerakan Banjir peringkat negeri dan daerah.

Di peringkat negeri ia diketuai oleh Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri manakala di daerah di ketuai Pegawai Daerah.

"Memandangkan SUK di Mekah, Timbalan SUK, Datuk Haji Ahmad Mat Isa yang ketuai operasi ini," kata Phahrolrazi kepada Harakahdaily.

Selain jentera kerajaan, NGO dan parti politik khasnya PAS dan Pakatan Rakyat juga terlibat.

"Dakwaan Shahrizat Jabatan Kebajikan Masyarakat agensi pusat tak betul. Pengarahnya staff kerajaan negeri. Ia agensi bersama," katanya.

Beliau mengaku jabatan itu paling banyak membantu magsa di samping kerajaan tempatan, polis, bomba dan juga jabatan kesihatan dan pelajaran.

Hari ini, kata Phahrolrazi, pihaknya bersama JKR akan bersama syarikat yang menjaga konsesi trek berkembar, Gamuda, akan menyiasat kalau projek itu menyebabkan laluan banjir tersekat.

Tuduhan melulu

Dalam perkembangan berkaitan, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata dakwaan Kerajaan Persekutuan bahawa Kerajaan negeri Kedah melepaskan tanggungjawab untuk membantu mangsa banjir di negeri itu adalah tuduhan melulu.

Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena berkata, sejak dari awal banjir melanda negeri itu, kerajaan negeri sudah mengambil tindakan membantu mangsa banjir termasuk memastikan pusat penempatan sementara mencukupi.

"Tuduhan mengatakan kerajaan Negeri Kedah tak ambil tahu masalah mangsa banjir satu tuduhan yang sangat melulu, yang dibuat oleh BN.

"Kerajaan negeri menyediakan bantuan untuk diagihkan kepada mangsa banjir termasuk sumbangan daripada PAS sendiri, wakil-wakil rakyat dan sumbangan orang ramai," kata Mahfuz.

Ujarnya, media hanya membuat laporan berdasarkan kenyataaan pempimpin Umno, tanpa mengikuti sendiri perkembangan dan usaha yang dilakukan kerajaan negeri.

"Media juga memberikan laporan yang tak betul. Kata tak ada pemimpin Pakatan Rakyat yang turun dan sebagainya. Media tak pernah pun ikut kita. Kita pun tak fikir waktu banjir ini nak panggil media, tak sempat nak tunggu media datang untuk kita redah kawasan banjir.

"Kalau nak tunggu media datang baru nak pergi kawasan banjir, bermasalah juga. Mana nak jaga orang media, mana nak bawa bantuan, bot pun tak cukup.

"Kita tak ada masa nak ambil gambar, nak berlakon, jadi kita pergi semata-mata untuk bagi bantuan. Sharizat datang sehari dua sahaja, bukan pergi semua kawasan pun," katanya.

Semalam, Bernama melaporkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS supaya tidak melepaskan tanggungjawab untuk membantu mangsa-mangsa banjir di negeri itu kepada kerajaan pusat semata-mata.

Sebaliknya, kata beliau kerajaan negeri perlu meningkatkan koordinasi dalam usaha melicinkan penyaluran pelbagai bantuan termasuk bekalan air bersih kepada mangsa banjir.

"Kerajaan negeri tidak boleh terlepas daripada tanggungjawab. Dia tidak boleh serah kepada (kerajaan) pusat. Jikalau beban besar, kerajaan negeri perlu bersama melaksanakan tanggungjawab.

"Bidang kuasa negeri seperti bekalan air bersih terletak dalam bidang kuasa negeri," katanya.
 
Sponsored Post

atlantis

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
saman balek ler. takkan nak bunyi camni je.
 

qubs

Super Active Member
Joined
Oct 4, 2010
Messages
9,713
Reaction score
228
Points
73
kalo saman xjln pnye..
hahahaha
 

jamtulenmurah

CG Top Poster Club
Joined
Mar 11, 2009
Messages
25,458
Reaction score
7,724
Points
316
mcam nie laa... nanti jangan kasik warga kedah bayar cukai kat kerajaan pusat... cukai dikutip oleh kerajaan negeri Kedah sendiri... begitu jugak wang zakat... lama2 bangkrap laa kerajaan pusat... duit cukai beratus juta ringgit jugak dibayar warga kedah bukan untuk dibazirkan buat menara makam firaunah 100 tingkat... tapi diberikan balik kepada rakyat kedah dalam bentuk bantuan pembangunan yg disekat semenjak PR berkuasa disana... begitu jugak kawasan PR lain... klantan, slangor... pulau pinang...

dah nama kerajaan pusat... bantuan HARUS disalurkan pada kerajaan negeri tak kisah dari parti politik mana sekalipun, bukan diberikan pada agen umno kat kedah...

sikap faseq macam nie lah yg dilaknat Allah SWT...
 

dragger

Super Active Member
Joined
Aug 29, 2008
Messages
8,548
Reaction score
35
Points
70
mcam nie laa... nanti jangan kasik warga kedah bayar cukai kat kerajaan pusat... cukai dikutip oleh kerajaan negeri Kedah sendiri... begitu jugak wang zakat... lama2 bangkrap laa kerajaan pusat... duit cukai beratus juta ringgit jugak dibayar warga kedah bukan untuk dibazirkan buat menara makam firaunah 100 tingkat... tapi diberikan balik kepada rakyat kedah dalam bentuk bantuan pembangunan yg disekat semenjak PR berkuasa disana... begitu jugak kawasan PR lain... klantan, slangor... pulau pinang...

dah nama kerajaan pusat... bantuan HARUS disalurkan pada kerajaan negeri tak kisah dari parti politik mana sekalipun, bukan diberikan pada agen umno kat kedah...

sikap faseq macam nie lah yg dilaknat Allah SWT...

setuju:)cgrock
 

taufic

Legendary Member
Paid Membership
Joined
Feb 6, 2008
Messages
14,651
Reaction score
694
Points
161
kt kedah ada dua golongan dok tgh sebuk membantu
satu golongan nie segala kereta/jentera/baju/bantuan etc berlabel/berbendera
hatta lori tanker air bersih utk penduduk pon dibenderakan
satu golongan lagi taktau mai dari mana, tadak apa2 bendera, apa lambang pon di baju mahupun dimana2
siang dan malam tanpa apa satu liputan media pon

paham2 sendiri la kot bendera apa
tp apa2 pon syukur alhamdulillah ada sudi membantu
 

tomyeto

Active Member
Joined
Mar 13, 2010
Messages
1,171
Reaction score
67
Points
30
standard la tu puak2 bend ni..depa saja yg best..org lain xbest..muak dah aku ngn bend ni..kita tukar next PRU!!!!!
 

e.k.

Super Active Member
Joined
Jan 24, 2008
Messages
9,898
Reaction score
70
Points
70
bt keje mcm tak ikhlas je nak nama la ni gak...
 
Last edited:
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register