Dilema wanita 'dua suami'

CG Sponsors




eishen

Active+ Member
Joined
Nov 26, 2007
Messages
3,545
Reaction score
82
Points
30
BALING - "Untuk kembali semula kepada suami pertama jauh sekali, untuk bersama suami kedua, mahkamah pula larang, saya celaru dan sangat-sangat tertekan," kata Shanum Shaari, 35, wanita yang mempunyai dua suami dan diperintah oleh mahkamah dua hari lepas berpisah dengan suami keduanya.

Ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Rawa, Sedim di sini, suri rumah itu menceritakan apa yang sebenar berlaku sebelum Hakim Syarie Mohd. Roze Abdul Wahab memerintahkan beliau berpisah dengan Syarif Jasin, 48, bagi mengelak mereka melakukan perkara yang ditegah oleh hukum syarak.

Mahkamah membuat keputusan itu setelah menerima permohonan rayuan suami pertama Shanum, Amir Affandy Zakaria, 39, agar mahkamah mengeluarkan perintah mufaraqah atau memisahkan Shanum dengan Syarif yang bernikah di Yala, Thailand, pada tahun 2005.

Shanum memberitahu, beliau berharap kisah hidupnya akan menjadi teladan kepada semua wanita di negara ini.

Cerita Shanum, beliau memulakan alam perkahwinan seawal usia 19 tahun dengan Amir Affandy dan setelah mereka dikurniakan enam orang anak, mereka bercerai dua kali iaitu pada tahun 1996 dan 1997.

Bagaimanapun, selepas perceraian kedua mereka, Amir Affandy menganggap beliau telah merujuk kembali dengan Shanum berdasarkan surat rujuk bertarikh 27 Oktober 1997 yang dikeluarkan oleh Pejabat Agama Baling.

Namun begitu, Shanum enggan menerima semula Amir Affandy, suaminya mengambil kesemua anak mereka.


Shanum berkata, sejak itu beliau telah berkali-kali berulang alik ke Pejabat Agama Daerah Baling untuk mendapatkan surat cerai.

Akhirnya seorang pegawai di situ memberitahunya surat cerainya mungkin telah hilang akibat banjir. - Bernama
 
Sponsored Post

dek_ang

Active+ Member
Joined
Jul 26, 2008
Messages
4,723
Reaction score
1
Points
25
boleh wat cite dalam dilema wanita kat tv1 nih..:D
 

Mrsham

Active+ Member
Platinum Member
Joined
Jul 10, 2007
Messages
3,708
Reaction score
101
Points
43
apa laa yg susah sgt ni... pegi jer laa tuntut fasakh kalau dah taknak dgn suami pertama...
nanti hidup sbg isteri derhaka plak...
 

infosinar

Active+ Member
Joined
Sep 20, 2008
Messages
3,723
Reaction score
4
Points
35
da jd kes mcm ni sapa plak patut disalahkan..
si perempuan tu ke,2nd suami dia ke,1st suami dia ke atau pejabat agama???
alasan surat cerai hilang tu pling ssh nk dterima..
 

mspenyu

Freshie
Joined
Jun 15, 2007
Messages
10
Reaction score
0
Points
3
yea alasan surat cerai hilang paling tak leh terima. takkan diaorang takder salinan. sekarang siapa yg menanggung susah. perempuan gak...
kekadang rasa tak adil bagi pihak perempuan. nak bercerai si suami tak nak....~X(
 

kni

Legendary Member
Joined
Dec 14, 2007
Messages
10,394
Reaction score
161
Points
138
yea alasan surat cerai hilang paling tak leh terima. takkan diaorang takder salinan. sekarang siapa yg menanggung susah. perempuan gak...
kekadang rasa tak adil bagi pihak perempuan. nak bercerai si suami tak nak....~X(
benda ni naya kat pompuan tu jer...

pejabat agama - senang betul kasi statement camtu... diorang nampaknya takde ler nak jaga sgt pasal hal ehwal keluarga islam ni... alasan banjir jer?? ha ha ha... gaji sikit kut ???

suami 1: ni pun mcm ada niat nak seksa bekas isteri dia...
dah tau kes camni... lepas kan jer la...

suami 2: dia takde apa nak ckp... tapi kena cek ler cara dia berkahwin tu, kawin kat sini atau kat seberang, sebab kalau kat sini.. kena ada pengesahan.



pendapat aku: pejabat agama cuai dlm kerja diorang...
patut diorang ada motto " bersedia utk tidak tertipu"...
 

Wea Izre

Legendary Member
Joined
Apr 13, 2007
Messages
14,009
Reaction score
33
Points
120
kes cam ni pon ade,nuthing will change until ....hurm jus wait n c
 

rising_spirit

Active Member
Joined
May 24, 2008
Messages
1,456
Reaction score
1
Points
25
islam adalah agama yang mudah, adil dan cantik.

tetapi orang islam sendiri yang menyusah dan merosak imej islam itu sendiri.

dalam hal ini wanita itu yg jadi mangsa.
 

qhalid

Active Member
Joined
Aug 31, 2008
Messages
1,951
Reaction score
8
Points
25
Apa pun lain kali kena selidik btul2 .. so pada yg nak kawin janda tuh make sure la dapat clearance dr jabatan agama btul..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register