balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136

Industri getah kekal relevan kerana masih ada permintaan tinggi di pasaran tempatan dan antarabangsa. (Gambar hiasan)
< 1 / 1 >
“HAMPIR setiap malam saya tidak boleh lelap memikirkan nasib keluarga pada keesokan hari,” kata Mohd Yatim Saad, 49, seorang penoreh getah.
Mohd Yatim yang mengusahakan tanaman getah sejak 10 tahun lalu memilih pekerjaan itu sebagai sumber pendapatan untuk menyara keluarganya.
“Saya telah lama menoreh, dan mewarisi pekerjaan ini daripada ibu bapa sebagai sumber pendapatan tetap.
“Walaupun mengetahui keadaan harga getah selalu jatuh, namun bagi saya dan orang kampung menoreh adalah pekerjaan yang sesuai di kawasan ini,” katanya kepada Sinar Harian.
Mohd Yatim yang mempunyai empat orang anak yang masih belajar berkata, dia terpaksa mencatu makanan setiap hari.
“Setiap hari saya beli ikan kembung dan sayur sawi, kalau nak beli ayam terpaksa fikir beberapa kali.
“Dua anak saya yang menyambung pelajaran di institut pengajian tinggi terpaksa mencari kerja sambilan bagi menampung keperluan pembelajaran sendiri,” katanya.
Katanya, pendapatan sebagai penoreh getah hanya RM300 dan RM400 sebulan sekiranya cuaca baik.
“Kadang-kadang sebulan boleh menoreh hanya 15 hari ada juga kadang-kadang tak sampai 10 hari, kalau harga getah sekarang RM1.20 nak beli ikan hari-hari pun tidak cukup,” katanya.
Seorang lagi penoreh getah yang melakukan pekerjaan tersebut secara pawah, Mohd Sanusi Zainol, 54 berkata, kerajaan perlu memberi insentif kepada penoreh yang masih berada dalam kesempitan hidup.
“Hasil jualan getah sekerap terpaksa dibahagi dua, dengan keadaan sekarang dalam musim hujan dan harga getah menurun menyebabkan saya terpaksa membiarkan isteri bekerja selain mengambil upah mengerjakan bendang.
“Kerajaan perlu memberikan kami sedikit insentif seperti subsidi atau menetapkan harga sesuai,” katanya.
SUMBER:http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/dilema-penoreh-ketika-harga-jatuh-1.327912