BTC USD 62,082.5 Gold USD 4,259.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dilema Nak Beli Rumah Pertama

bro_salleh

Fun Poster
Messages
881
Joined
Jul 13, 2009
Messages
881
Reaction score
7
Points
15
Assalamu’alaikum semua,

Saya ingin minta pandangan dari kawan2 semua pasal dilema saya nak beli rumah pertama. Harap kawan2 yg ada knowledge pasal hartanah ni bleh bagi pandangan

Situasi saya macam ni. Sekarang ni saya ada dapat tawaran rumah PPA1M di Putrajaya. Harga RM260,000.00. Tempoh moratorium selama 10 Tahun. Jangkaan rumah tu siap akhir tahun 2017. Rumah PPA1M ni nanti sy kena bayar maintenance fee RM200 sebulan. Rumah apartment keluasan 1200 sqft. Kemudahan disediakan hanya ada surau, dewan dan parking.
Dalam masa yang sama saya juga dapat tawaran beli rumah di Eco World Semenyih. Rumah 800 sqft. harga RM100,000. Tempoh moratorium selama 5 Tahun

Maklumat pasal diri saya pula. Umur 31 Tahun. Bekerja sebagai Pegawai Kerajaan di Putrajaya. Isteri saya pula umur 30 tahun, bekerja sebagai kerani di jabatan Kerajaan di Putrajaya. Ada anak seorang umur 3 tahun

Maklumat gaji saya:
Gaji Pokok + Elaun : RM4,831
Potongan (personal loan, kuarters, ptptn) : RM1,663.55
Gaji Bersih : RM3,168.03

Maklumat gaji isteri:
Gaji pokok + elaun : RM2,342
Potongan (kereta, tabung haji) : RM250
Gaji Bersih : RM1,692

Kalau ikutkan hati saya nak beli jer kedua-dua rumah tu. Tapi tak tahu saya layak atau tak. Jika saya hanya layak beli satu sahaja. Yang mana patut saya beli. PPA1M agak mahal tapi orang cakap rugi kalau tak beli rumah di Putrajaya. Jika saya beli, saya perlu duduk rumah tu dan perlu keluar dari kuarters (syarat beli PPA1M). Potongan kuarters saya sekarang hanya RM450/month (apartment 1200 sqft).

Atau better saya beli rumah di Eco World Semenyih tu sebab harga dia RM100,000 sahaja. Saya boleh sewakan dan dapat +ve cash flow. Lepas tu saya boleh menabung lagi dan beli lagi rumah apartment murah lain lepas ni untuk kumpul aset. Saya boleh terus tinggal di kuarters dengan potongan RM450 tu jer.

Atau jika rumah PPA1M tu saya buat combine loan dengan wife saya. Lpas tu rumah di Semenyih tu saya buat pula loan atas nama saya seorang.

Betul ker sangat untung dan berbaloi jika saya beli rumah di Putrajaya? Ramai sangat cakap rugi kalau tak beli rumah di Putrajaya sekarang
 
Last edited:
Wsalam,klu sy bli dlu d putrajaya,sbb dkt dgn off n fciliti,utk long term stay mmg brbaloi..eco world apply 2nd loan,utk invest +cashflow
 
apply dua2 je bro...untung2, dua2 pon lepas loan...

p/s:biar tamak, asal untung. hoyeahhhh
 
1.Beli ppa1m. Kuaters tu sewa,ppa1m beli.
Fokus yg tu dulu suda...

2.Kalau berani amik dua2..yg smnyih sewakn.

Teorinyala...good luck.
 
sorry tumpang tanya bro..
apartment eco world semenyih tue bro dpt under ape yer..
goverment ke developer..
 
bro.. kalau beli rumah semenyih tu kena keluar kuarters.. itupun kalau BPH dapat detect atau org buat aduan..
 
boleh buat kira2 dulu,gaji bersih yg dah ditolak segala macam hutang tu tolak lagi bulanan rumah baru,agak2 boleh survive x. klau byk lg lebihan on jer beli dua2 rumah, klau rasa2 lebihan tu cukup2 jer beli yg putrajaya dulu.untung2 beli yg putrajaya terus bagi sewa tu pn klau harga sewa boleh cover loan bulanan rumah dan masih boleh lagi tinggal kuarters.cuma kompius tang gaji pokok/elaun 3k++ tolak 1k++ still ada 3k++ lg
 
tahniah TT...

saya setuju dengan cadangan utk TT cuba dapatkan kedua-dua rumah tu.
 
kalao saya jadi tuan.. beli kedua-dua rumah tersebut.. kemudian keluar dari kuarters tersebut dan duduk rumah PPA1M Putrajaya.ramai pejawat-pejawat awam lain yang tidak berkemampuan memerlukan kuarters tersebut.
 
beli dua2...dah dpt,jual 1..buat bayar hutang loan rumah lagi 1
 
Back
Top
Log in Register