eishen
Active+ Member
- Joined
- Nov 26, 2007
- Messages
- 3,545
- Reaction score
- 82
- Points
- 30
UTRAJAYA: Mulai tahun depan, penghuni kediaman bertingkat seperti rumah pangsa dan pangsapuri tidak lagi dibenarkan menyidai pakaian secara terbuka seperti sekarang.
Satu garis panduan berhubung perkara itu akan dikeluarkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memastikan bangunan kediaman baru memiliki kemudahan ampaian seperti ditetapkan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata Pesuruhjaya Bangunan (COB) akan ditugaskan bagi memastikan peraturan baru itu dipatuhi, termasuk menyediakan tempat dan peralatan khusus kepada penghuni kediaman terbabit.
"Kita akan cuba melalui COB untuk ambil tindakan bagi menguatkuasakan perkara ini dan tindakan seperti menyediakan tempat yang khusus dan peralatan yang sepatutnya disediakan akan diambil.
"Sekiranya tindakan ini tidak berkesan maka, pindaan ke atas undang-undang sedia ada akan dipertimbangkan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Negara Untuk Kerajaan Tempatan (MNKT) Ke-61 di sini, hari ini. :">:">