BTC USD 27,592.8 Gold USD 1,978.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dilantik Sebagai Menteri KDN, Saifuddin Nasution Akan Dapatkan 'Tips' Daripada Hamzah

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
401,607
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
401,607
Reaction score
27,584
Points
2,836
Awards
2

Saifuddin Nasution akan dapatkan 'tips' daripada Hamzah​


03 DEC 2022
A⁻A⁺

2008869.jpg


Saifuddin Nasution mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negara bagi tempoh sepenggal berkuat kuasa pada Sabtu. - Foto Bernama


KUALA LUMPUR – Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang akan menerajui Kementerian Dalam Negeri berkata, beliau akan mendapatkan tips atau panduan daripada Datuk Seri Hamzah Zainudin untuk melaksanakan tugasnya.

Saifuddin Nasution berkata, beliau menghormati Hamzah selaku bekas Menteri Dalam Negeri selain mempunyai hubungan baik dengannya sejak puluhan tahun yang lepas.

Katanya, ketika dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pada 2018, beliau juga banyak belajar daripada Hamzah yang menerajui kementerian itu pada zaman kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Saya juga banyak belajar daripada beliau dari segi memahami tugas-tugas hakiki kementerian itu dan memahami cabaran-cabarannya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas selesai mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negara di Bangunan Parlimen di sini pada Sabtu.

Saifuddin Nasution berkata, walaupun gaya kepimpinannya dengan Hamzah berbeza, prinsip dan asas pentadbirannya tetap sama.

“Tapi prinsip dan asas permasalahannya harus diteliti mengikut sudut pandang masing-masing, sudah tentu saya ada keutamaan saya, tetapi saya akan segera hubungi Hamzah untuk mendapatkan beberapa tips dari sudut memahami peranan dan fungsi kementerian,” katanya.

Ditanya mengenai keutamaan dalam memegang portfolio kementerian itu, Saifuddin Nasution berkata, beliau akan melihat seluruh aspek berkaitan setiap agensi di bawah kementerian itu.

“Antaranya kita akan melihat aspek misalnya Jabatan Penjara Malaysia mengenai isu kesesakan (banduan) serta perjawatan kepada pegawai (semua agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri).

“Pasukan Rela pula, aspek keberadaan, kesiapsiagaan itu (sudah) bagus, tetapi logistik, sokongan dan suasana tempat kerja itu perlu penambahbaikan,” katanya. – Bernama

 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
401,607
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
401,607
Reaction score
27,584
Points
2,836
Awards
2

Hamzah sedia beri 'tips' pada Saifuddin​

NOOR AINON MOHAMED
03 DEC 2022
A⁻A⁺

2009108.jpg


Hamzah


LARUT – Bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin sedia berkongsi panduan kepada peneraju baharu, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bagi membantu memahami peranan dan fungsi kementerian itu.

Menurut Hamzah, perkara itu dilakukan adalah untuk kepentingan negara selain mengenali Saifuddin sebagai sahabat.

“Saifuddin ini sahabat saya, saya kenal ketika zaman Pemuda UMNO, bukan baharu kenal beliau.

“Apa pun yang kita lakukan adalah untuk kepentingan negara. Kalau sesuatu untuk negara, saya boleh berikan perkara-perkara yang saya rasa baik untuk beliau terus perjuangkan,” katanya pada Majlis Kesyukuran Parlimen Larut di Tapak Bazar Ramadan di Selama di sini pada Sabtu.

Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut mengulas laporan media mengenai hasrat Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) itu untuk mendapatkan tips atau panduan daripadanya.

Saifuddin Nasution menghormati Hamzah selaku bekas Menteri Dalam Negeri selain mempunyai hubungan baik dengannya sejak puluhan tahun yang lepas.

Malah ketika dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pada 2018, beliau juga banyak belajar daripada Hamzah yang menerajui kementerian itu pada zaman kerajaan Barisan Nasional.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
401,607
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
401,607
Reaction score
27,584
Points
2,836
Awards
2
IMG_20221205_111500_959.jpg

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah dan Labuan merayu Kementerian Dalam Negeri agar mengkaji semula langkah pemeriksaan imigresen yang baru dikuatkuasakan di terminal feri Labuan dan Menumbok.

Mereka mendakwa pemeriksaan imigresen itu melambatkan proses kemasukan penumpang ke feri sekali gus boleh menjejaskan kedatangan pelancong ke pulau bebas cukai itu dari Sabah.

Ikuti berita terkini di grid.astroawani.com

#AWANInews #PilihanMalaysia #PantauKerajaanBaharu
 
Sponsored Post

Top
Log in Register