BTC USD 41,779.4 Gold USD 1,813.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Dikompaun RM20,000 anjur perjumpaan jemaah tabligh

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
16,588
Reaction score
2,590
Points
201

Dikompaun RM20,000 anjur perjumpaan jemaah tabligh​

polistepeng_1623052980.jpg
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat (hadapan) meninjau dan membuat pemeriksaan di SJR Taman Berkat di Taiping. - Foto SHAIFUL SHAHRIN AHMAD PAUZI
TAIPING: Polis mengenakan kompaun RM20,000 terhadap seorang lelaki kerana menganjurkan satu perjumpaan membabitkan 27 individu daripada jemaah tabligh di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Perwira, Kamunting, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat, berkata dalam kejadian sekitar jam 1 tengah hari, pihaknya yang menerima aduan orang awam berhubung aktiviti itu segera membuat serbuan di rumah berkenaan.

Beliau berkata, serbuan itu membabitkan 22 anggota termasuk wakil Pejabat Agama Islam daerah, Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Pejabat Kesihatan daerah dan anggota RELA.

"Sewaktu serbuan dibuat kami dapati seramai 27 lelaki majoritinya adalah warga emas sedang berkumpul dalam rumah terbabit.

"Siasatan dan temubual mendapati semua mereka berkumpul bagi membincangkan mengenai program amal yang akan dijalankan disamping menjalankan aktiviti kerohanian di rumah tersebut.

"Susulan itu, seorang lelaki berusia 54 tahun mengaku menganjurkan perhimpunan itu dikompaun RM20,000 kerana ingkar Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan manakala 26 yang lain diberikan amaran dan nasihat," katanya ditemui media di Sekatan Jalan Raya (SKR) di Taman Berkat yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), di sini, hari ini.

Osman berkata, pihaknya juga giat menjalankan operasi di premis atau kilang sekitar daerah ini bagi mengesan yang beroperasi tanpa surat kebenaran dan memalsukan surat kebenaran Kementerian Perdagangan dan Antarabangsa (MITI).

"Kita akan terus melaksanakan pemeriksaan dan mengambil tindakan tegas termasuk kompaun kepada mana-mana pihak yang gagal mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Hampir setiap hari ada premis dan kilang yang dikompaun kerana kesalahan melanggar SOP termasuk memalsukan surat MITI dan beroperasi bukan di bawah perniagaan yang dibenarkan (jumlah kilang/premis tidak diberikan)," katanya.
 
Sponsored Post

mrvx

Legendary Member
Joined
Feb 20, 2009
Messages
11,356
Reaction score
767
Points
171
ini baru btl.. kalau jiransebelah tu mati, jgn pg tolong
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register