BTC USD 62,928.3 Gold USD 1,803.05
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dikejar jiran kerana pasu bunga

rasyid9449

Active+ Member
Joined
Jul 10, 2009
Messages
3,469
Reaction score
73
Points
30
AMPANG: Gara-gara dituduh memecah pasu bunga dan lampu miliknya ketika bermain bola menyebabkan seorang wanita terpaksa menyelamatkan diri ke dalam rumah selepas dikejar jirannya itu dalam kejadian di Taman Permai Jaya, di sini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mangsa yang berusia 40-an menanam pokok di halaman rumah sebelum mendengar perbualan jiran lelakinya itu dengan rakannya yang mahu mencabut pokok bunga ditanamnya itu.


Menurut sumber polis, kumpulan lelaki terbabit ketika itu bermain bola sepak di padang berhampiran rumah mangsa.

“Bagaimanapun, mangsa hanya mendiamkan diri dan menyiram pokok bunganya kerana enggan mencampuri urusan jirannya itu.


“Sebaik selesai bermain bola, lelaki terbabit dan rakannya berjalan pulang sebelum mangsa memanggilnya,” katanya.


Menurutnya, mangsa mengenali lelaki terbabit yang berusia 20-an kerana tinggal di kawasan sama.

“Ketika itu, mangsa meminta lelaki terbabit dan rakannya membayar ganti rugi kerana mereka pernah memecahkan lampu dan pasu bunganya ketika bermain bola sepak,” katanya.


Sumber berkata, mendengar tuduhan itu, lelaki terbabit naik angin dan menjerit mengatakan akan menetak mangsa dengan pisau.

“Mujur dia sempat mengunci pintu kerana lelaki terbabit menendang pagar rumah mangsa hingga rosak dan bengkok,” katanya.


Menurutnya, mangsa yang ketakutan dan hanya berkurung dalam rumah itu kemudian menghubungi polis.


“Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah,” katanya.
 
Sponsored Post

dR-Nazar

Active Member
Joined
Mar 1, 2008
Messages
2,207
Reaction score
5
Points
25
sesetengah manusia dah jadi semakin biol dari haiwan...
 

akanopiat

Permanently Banned -, Spamming in Private Message
Joined
Jan 1, 2009
Messages
1,677
Reaction score
64
Points
30
agaknya bahasa makcik ni kene jawab dengan pisau kot..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register