BTC USD 61,477.2 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Dikecam persenda ‘sakit’ bulanan wanita

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
19,271
Reaction score
2,883
Points
201
Dikecam persenda ‘sakit’ bulanan wanita


PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki membuat perbandingan mengenai kesakitan dialami lelaki ketika berkhatan dengan apa dilalui kaum wanita ketika datang bulan mengundang kecaman orang ramai.

Tindakan itu dikongsi lelaki tersebut menerusi satu video dimuat naik di aplikasi TikTok dengan membuat perbandingan antara kesakitan berkhatan dengan datang bulan yang dialami kaum wanita.

Lelaki itu membuat perbandingan dengan mengatakan kesakitan dialami kaum Adam ketika berkhatan ialah lebih jika dibandingkan apa yang dilalui kaum Hawa ketika datang bulan.

“Kepada perempuan yang cakap senggugut sakit dan tak boleh tahan, habis itu lelaki sunat tak sakit ke?,” katanya.

Bagaimanapun, perkongsian itu mengundang rasa tidak senang hati orang ramai dengan rata-rata mereka membantah pandangan dilontarkan lelaki tersebut.

“Kita lelaki sunat sekali seumur hidup sahaja, itu pun dah tak tahan, apa lagi perempuan sebulan sekali senggugut,”kata @tashas4flyer.

“Minta maaf cakap, lelaki sunat tak sakit sebab kena ubat bius, kenapa dia tak boleh berfikir panjang,” ujar @imanrawrrrr.

“Dia buat perbezaan macam dia pergi sunat setiap bulan sahaja,” jelas @harutsamnye.

Bagaimanapun, lelaki tersebut difahamkan telah meminta maaf atas kesalahannya berikutan mengeluarkan kenyataan tersebut.

“Saya sedar bahawa setiap manusia tidak sempurna dan memaafkan sesiapa yang berkata tidak baik,” tambahnya lagi – K! ONLINE
 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
159,846
Reaction score
21,822
Points
1,671
Nipu je org tua ckp mcm gigit kerengga
 

Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
23,285
Reaction score
3,531
Points
201
Budaya tiktok patut di hentikan...klau x Makin rosak generasi akan datang
kena buat mcm China...bila benda tu merosakkan....block terus.....
Tapi berani ke Malaysia?...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register