Telco Digi Perkenal Pelan Pasca Bayar Untuk Petugas Barisan Hadapan

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,571
Reaction score
3,693
Points
236
Digi hari ini telah tampil memperkenalkan pelan pascabayar eksklusif ditujukan kepada petugas barisan hadapan kita. Dipanggil sebagai Digi Postpaid Smart Bundle adalah pelan yang terbuka kepada pekerja kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Selain itu, ia juga boleh dilanggan pekerja syarikat perkhidmatan keperluan termasuklah petugas barisan hadapan, penjawat awam, bank, dan perkhidmatan penghantaran serta logistik.

Digi-Postpaid-Smart-Bundle-1024x536.jpg

Penawaran pelan ini hanya dibuka dalam masa terhad iaitu sehingga 30 November selagimana stok masih ada. Digi Postpaid Smart Bundle menyediakan;
  • Kuota internet 15GB
  • Bonus harian +15GB (500MB harian)
  • Panggilan suara dan SMS tanpa had kesemua rangkaian
  • Bonus kesetiaan +20GB (+5GB setiap enam bulan)
Bayaran bulanan untuk pelan ini adalah RM58 sebulan dan pendaftaran perlu dibuat sebelum tarikh yang dinyatakan diatas. Pengguna perlulah membawa kad pekerja sewaktu mendaftar di Digi Store atau Digi Store Express.

Untuk senarai syarikat yang layak memohon boleh rujuk disini.
 
Top
Log in Register