BTC USD 28,134.9 Gold USD 1,979.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Digelar 'Hantu Air'

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Mansor ketika ditemui di kediamannya di Kampung Tampin Jaya, dekat sini, semalam.
< 1 / 1 >
MANSOR 'Hantu Air'. Itulah gelaran yang diberi oleh masyarakat Cina ketika Mansor Ibrahim berkhidmat dengan Pejabat Bekalan Air (JBA) Tampin, awal 1951.

Menurut Mansor, 78, dia tidak tahu mengapa kaum Cina gemar memanggilnya dengan gelaran itu ketika berurusan di pejabat.

"Malah semua kakitangan di pejabat masih ingat gelaran itu sehingga hari ini. Bagaimanapun saya tidak pernah kecil hati atau marah," katanya.

Kata Mansor, pada 1956, dia diberi tugas sebagai pembaca meter air dan perlu memeriksa kira-kira 1,000 kediaman dari Tampin sehingga ke Gemas seorang diri.

"Dalam sebulan saya akan membahagikan 15 hari bekerja dari Tampin ke Gemencheh dan 15 hari lagi dari Gemencheh ke Gemas.

"Berbekalkan buku catatan, saya akan turun naik bas ke rumah penduduk, rumah kereta api dan rumah kerajaan. Itulah rutin harian saya," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Tampin Jaya, dekat sini, semalam.

Tambahnya, peristiwa dikejar dan digigit anjing adalah pengalaman biasa yang dilaluinya memandangkan dia terpaksa berjalan kaki dari rumah ke rumah untuk melaksanakan tugas berkenaan.

"Waktu itu hanya saya seorang sahaja yang ditugaskan untuk memeriksa meter air rumah penduduk sehinggalah pada awal 70-an, seorang lagi pembaca meter ditambah untuk memudahkan kerja-kerja membaca meter," katanya.

Menurut Mansor, jumlah bayaran yang dikenakan kepada pengguna perlu dibuat secara manual terlebih dahulu melalui buku catatan dan dibantu oleh isterinya, Siti Mazlan Darus, 71.

“Kini segala-galanya jauh lebih mudah susulan perkembangan teknologi hari ini. Mungkin sudah tiada lagi gelaran 'Hantu Air,” katanya.

Menurut Mansor, khidmatnya berakhir pada 1991 setelah 40 tahun berkhidmat dengan JBA.

“Kini nama tempat kerja saya sudah ditukar kepada Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) setelah diswastakan. Namun, banyak kenangan yang saya peroleh sepanjang bekerja sebagai pembaca meter air di Tampin," katanya.

Mansor kini banyak membabitkan diri dalam kerja-kerja sukarelawan di Klinik Warga Emas, Pesakit Luar Klinik Kesihatan Tampin.

Malah dia masih lagi memegang beberapa jawatan seperti Timbalan Pengerusi Tetap Umno Tampin Jaya, Timbalan Pengerusi Kelab Warga Emas dan ahli jawatankuasa Panel Penasihat Klinik Kesihatan Tampin.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register