BTC USD 38,482.3 Gold USD 1,810.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Didikan agama perlu tekan jijik rasuah

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
16,652
Reaction score
2,595
Points
201

Didikan agama perlu tekan jijik rasuah​

NUR IFTITAH ROZLAN | | 21 Jun 2021
[object Object]
1105014.jpg

Gambar kecil: Dr Mohd Hazmi
SHAH ALAM - Setiap individu perlu mendidik diri merasa jijik dan menganggap perbuatan rasuah itu seperti memakan daging tidak halal.

Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Madya Dr Mohd Hazmi Mohd Rusli berkata, sistem pendidikan agama perlu menerapkan kepada generasi muda terutama umat Islam bahawa amalan rasuah itu jijik seperti memakan daging yang tidak halal.

“Kenapa kita tak diajar untuk jijik terhadap perlakuan rasuah?
“Apa guna kita sebarkan syiar Islam tapi rasuah kekal kental? Negara juga akan lebih maju dan rakyat lebih sejahtera jika rasuah tiada,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Menurutnya, kejatuhan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) menunjukkan reformasi rakyat sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 tidak berkesan kerana kedudukan negara menjadi makin parah.

Tegas beliau, kejatuhan tersebut boleh memberi kesan terhadap reputasi negara dan perspektif pelabur luar dalam melihat sistem pentadbiran yang tidak setelus dulu.
“Mana-mana negara yang dibelenggu rasuah biasanya akan mundur seperti kebanyakan negara di Afrika.
“Jadi bagaimana kita hendak mencapai taraf negara maju jika indeks tersebut menunjukkan negara semakin dibelenggu rasuah?” soalnya.

Mengulas lanjut, Dr Mohd Hazmi berkata, pentadbir yang mengamalkan rasuah perlu dihukum dengan berat seperti hukuman gantung sampai mati, penjara seumur hidup atau yang sama berat dengannya.

“Ini perlu bermula daripada pegawai paling atas seperti ketua setiausaha negara dan perdana menteri.
“Mengapa perlu ada menteri dan timbalan menteri yang ramai jika pentadbiran tidak dapat dijalankan dengan baik?

“Saya rasa wakil rakyat (ahli politik) dan pegawai kerajaan perlu bekerjasama dalam membanteras rasuah dari peringkat atas ke bawah,” ujarnya.
Baca Artikel Penuh
 
Sponsored Post

pelitaminyak

Active+ Member
Joined
Aug 13, 2008
Messages
4,252
Reaction score
1,259
Points
111

Dia ni baru keluar dari gua ke? Dari peringkat sekolah pun ada beri penekanan pasal rasuah ni tapi kenapa org masih ambik rasuah.............
 
muorian

Active+ Member
Joined
Apr 27, 2007
Messages
3,796
Reaction score
57
Points
40
generasi hari ini dah dididik dgn rasuah sejak kecil tanpa disedari dr rumah, berbeza dgn didikan org tua dulu

ganjaran kpd anak2 bila melengkapkan sesuatu tugasan dirumah, permainan video tanpa disedari menjadikan individu tu terbiasa dgn ganjaran harta dunia

"subliminal programming"

bila melangkah ke alam dewasa ia menjadi norma yang mmg dh terbiasa dalam diri, x de semangat utk laksanakan kerja kalau ganjaran tidak setimpal, kerana kemahuan pelbagai keperluan yang disediakan (kereta, rumah, gajet dan macam2 lagi)
 
Last edited:

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
16,652
Reaction score
2,595
Points
201
Dia ni baru keluar dari gua ke? Dari peringkat sekolah pun ada beri penekanan pasal rasuah ni tapi kenapa org masih ambik rasuah.............
Tu laaa
Tak jijik kot bro

mkn rasuah kenyang
Mkn babi tak kenyang 😂
1624288264519.jpeg

siap pandai lg ni huhuh
 
muorian

Active+ Member
Joined
Apr 27, 2007
Messages
3,796
Reaction score
57
Points
40
terapkan didikan anak2 dirumah berkonsepkan "sedekah" inshaAllah generasi akan berubah
 
pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
8,528
Reaction score
794
Points
121
Ko nak terap didikan apanya selagi yang tua-tua kaki pelahap tu makan rasuah macam makan nasik hari-hari.
Dia macam si ketam dok ajar anak berjalan lurus sedangkan dia sendiri jalan mengiring.
Kalau betul nak benteras kena buat hukuman macam kat negara china pemakan khinzir tu biar hapus semua baru lah budak-budak ni senang nak dididik.
 
jagajaga

Active Member
Joined
Jul 7, 2009
Messages
1,531
Reaction score
112
Points
43
Masuk darjah satu mak bapak ejas kelas A
Tingkatan 1, 4 mak bapak ejas masuk sbp, mrsm, sekolah elit
Lepas spm ejas masuk u
Dh grad ejas lagi keje gomen, glc
Dr kecik smp tua di ajar gitu
Mcm mn nk hapus rasuah
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register