BTC USD 41,545.0 Gold USD 1,813.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Didik Cara Saman Olok-Olok

izack1981

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Feb 15, 2007
Messages
10,380
Reaction score
61
Points
120
ne_06.1.jpg

PEMAKAIAN tali pinggang keledar belakang dikuatkuasakan pada 1 Januari. - Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis akan mengenakan 'saman olok-olok' terhadap penumpang belakang yang tidak memakai tali pinggang keledar mulai 16 hingga 31 Disember ini.

Saman tersebut merupakan sebahagian daripada latihan untuk mengingatkan dan mendidik penumpang-penumpang di tempat duduk belakang supaya memakai tali pinggang keledar kerana peraturan itu akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Suret Singh, latihan saman atau 'mock enforcement' itu menyerupai saman sebenar yang bakal dikenakan apabila tarikh penguatkuasaan peraturan itu bermula.

"Penumpang belakang yang menerima saman itu dalam tempoh berkenaan tidak perlu membayarnya kerana ia adalah latihan sahaja," katanya pada kempen keselamatan jalan raya di Plaza Tol Sungai Besi di sini, semalam.

Kempen itu adalah anjuran UMW Toyota Motor's Traffic Heroes Club (THC), iaitu kelab dalam talian pertama di Malaysia, membabitkan penyertaan 45 pelajar sekolah rendah untuk mengedarkan pengikat kepala bertulis 'Pasang Tali Pinggang Keledar Anda'.

Bagaimanapun tegas beliau, mana-mana penumpang tempat duduk belakang yang tidak memakai tali pinggang keledar mulai 1 Januari ini boleh dikenakan kompaun sehingga RM200.

Suret menambah, peraturan baru itu bagaimanapun tidak dikuatkuasakan kepada kenderaan yang didaftarkan sebelum 1 Januari 1995 dan kenderaan komersial termasuk teksi, kereta sewa, lori dan bas.

"Bagi kenderaan yang didaftarkan selepas 1 Januari 1995 tetapi tidak dipasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang, pemilik diberi tempoh selama tiga tahun untuk memasangnya.

"Sehingga tempoh itu, kenderaan tersebut tidak akan disaman," tambahnya.
 
Sponsored Post

Dellyx

Fun Poster
Joined
Aug 15, 2008
Messages
863
Reaction score
7
Points
15
pehh mcm main masak masak lak
 

atzai

Active Member
Joined
Aug 10, 2007
Messages
1,277
Reaction score
12
Points
25
Jangan ada yang ambil kesempatan dah la
kalau JPJ saman olok-olok
kalau TRAFIK mcm mana?
Jaga-jaga....
 

izack1981

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Feb 15, 2007
Messages
10,380
Reaction score
61
Points
120
Jangan ada yang ambil kesempatan dah la
kalau JPJ saman olok-olok
kalau TRAFIK mcm mana?
Jaga-jaga....

Kalo traffic, dia saman dulu kat balai cerita...
:eek::eek::eek::eek::eek::eek:
 

shane

Legendary Member
Joined
Nov 7, 2007
Messages
14,046
Reaction score
244
Points
133
Jangan ada yang ambil kesempatan dah la
kalau JPJ saman olok-olok
kalau TRAFIK mcm mana?
Jaga-jaga....

Saman tu bayar je ngan duit olok2!..

Duit monopoli ke...
 

pablo_amar

Fun Poster
Joined
Sep 20, 2008
Messages
555
Reaction score
2
Points
15
saman olok2 kt pnumpang blakang je..pemandu depan jgn la olok2 x pakai plak safe belt tu:eek::eek:
 

rissa

Super Active Member
Joined
May 5, 2007
Messages
7,123
Reaction score
54
Points
75
if passenger blakang 3 org camne? bawak tali sendiri ke?

eleh, jpj2 officer n bond2 ni bukan leh pakai sangat. nak carik point je kije...
klau x terlepas la nak pekena sup ekor n ikan siakap 3 rasa :))
 

fazarudin

Legendary Member
Joined
Jan 2, 2006
Messages
10,989
Reaction score
258
Points
136
nak didik elok2 tu boleh ...kira mcm latihan utk penumpang supaya pakai tali pinggang ..

jangan plak abang2 polis mintak pengeras ...bwhahhahhahahaha
 

DDos

Legendary Member
Joined
Nov 7, 2007
Messages
14,111
Reaction score
690
Points
166
if passenger blakang 3 org camne? bawak tali sendiri ke?

eleh, jpj2 officer n bond2 ni bukan leh pakai sangat. nak carik point je kije...
klau x terlepas la nak pekena sup ekor n ikan siakap 3 rasa :))

memang tali keledar disediakan sekali untuk yg tgh pun, tali keledar macam flight punya tu(silang kat perut je), kalu kete wira memang ada le, kete lain tak tau le plak
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register