BTC USD 94,876.7 Gold USD 3,312.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Didik anak korang supaya lebih berilmu dan bertenang hadapi situasi kemalangan kereta

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
20,296
Joined
Dec 6, 2010
Messages
20,296
Reaction score
1,430
Points
201


Allahuakbar. Semoga dipermudahkan segala urusan adik ni. Didiklah anak2 korang supaya lebih bertenang hadapi situasi ni..sebenarnya tak perlu meratap sedih. Insurans kereta kan ada. Ada dashcam, report polis, claim insurans kereta macha tu yg akan tanggung segala kos kerosakan kereta kita
 
Sponsored Post

Padah langgar kereta orang, seorang lelaki ditahan​

polis-logo-polis.jpeg


TAPAH – Tindakan seorang pemandu melanggar sebuah kereta Perodua Axia di Taman Sungkai Perdana, Sungkai di sini pada 1.28 petang, Isnin lalu mengundang padah apabila ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Mohd. Naim Asmawi berkata, insiden itu melibatkan seorang mangsa iaitu pemandu wanita kereta Perodua Axia manakala suspek seorang pemandu lelaki berusia 47 tahun yang memandu kereta Perodua Aruz.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa mangsa memandu dari kediamannya menuju ke sebuah premis untuk membeli makanan di sekitar Taman Sungai Perdana, Sungkai.

“Secara tiba-tiba, sebuah kereta Perodua Aruz yang dipandu suspek masuk ke laluan mangsa dan terus melanggar bahagian depan Perodua Axia,” katanya di sini hari ini.

Katanya lagi, suspek ditahan polis untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register